Ara kembali menjalani hidupnya seperti hari-hari biasa. Sebagai wartawan dalam bidang astronomi yang berjaya dan dikenali ramai, dia menghabiskan masa mengeluarkan artikel-artikel yang berkaitan dalam bidangnya. Dia bukanlah calang-calang wanita. Dia wanita yang mempunyai PHD dalam bidang astrofizik.
Kelas.
"Ara. Saya terpaksa reject artikel ni," kata Professor yang merangkap sebagai bos Ara.
"Sorry Prof. I will re-check and send back to you," balas Ara mencebik muka.
"Lately, you make a lot of mistake and teori yang bercampur-baur. What's bothering you? Mana Ara yang fierce yang saya kenal?"
Ara mengeluh kesah. Dia malas nak jawab soalan itu. Dia sendiri rasa kesepian. Siapa yang tak akan rasa sedih? Atau jiwa kacau?
"And again. I am sorry. I will refer to Prof as soon as I can".
"Or else... take some leave. Go find yourself..."
◊◊◊◊◊
"Stress-lah Mama!" Ara mengadu sambil menggaru kepala yang tak gatal itu.
"Prof cakap apa lagi?"
"Tiba-tiba dia cakap suruh cari pengganti. Cari new boyfriend. Go dates and yada yada yada. Kalau prof tu rasa ada orang boleh buat artikel yang dia nak, kenapa dia tak cari pengganti?". Ara memutihkan matanya.
Datin Melia menoleh melihat anaknya dengan muka pelik sambil menghidupkan butang pemanas makanan. " easy Ara".
"Mama pun satu. Seriklah nak kenal-kenal orang lagi. Tau-tau perangai macam tah apa-apa. "
"Eh kita pulak yang kena..."
"Mama selalu bising suruh kahwin suruh kahwin. Bila nak kahwin... pengantin lari!" lantas perasaan Ara bertukar geli hati. Mengenangkan situasi itu ia seperti pengantin lelaki berlari memegang tengkolok dan keris. Dia dan Mama ketawa anak.
"Maafkanlah Mama. Biasalah Ara... Mama teringin nak timang cucu". Datin Melia memberikan makanan kepada Ara di atas meja lalu duduk dihadapannya.
"Amboi Mama. Semudah A, B, C ke?"
Ara menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya. Sesudah menelan makanan, Ara bertanya, " what should I do Mama? Sorry tak dapat tunaikan permintaan Mama."
"Apalah Ara ni. Yang kena kahwin Ara, bukan Mama."
"Taupun". Ara meletakkan sudu dan mengeluh lagi. "Ara rindu Riez-lah Mama. Kalaulah dapat contact dengan dia. Tapi tak boleh kan..."
"Mama ada suggestion". Tiba-tiba Datin Melia terfikirkan sesuatu.
"Apa dia ma?"
"Cuba tanya Papa Joe, ada tak job vacancy dekat 'atas' sana?"
◊◊◊◊◊
Di kawasan perumahan banglominium bertingkat-tingkat di tengah Kota Millenium yang berkonsepkan pembinaan kaca bercampur besi, Ara melawat kedua ibu bapa Riez
"Papa tau, Ara nak jumpa Riez... di sana bukan tempat public. Bukan tempat orang suka-suka hati datang. Bukan tempat orang atasan or orang kaya yang tinggal di situ," ujar Papa Joe.
"Please Papa Joe. Anything possible. Jadi P.A pun tak apa." Ara dalam keterpaksaan. Dia nak sangat jumpa Riez. Itulah cinta matinya.
Papa Joe puas menerangkan kepada Ara tentang Bumiraya iaitu sebuah kapal angkasa yang hanya dihuni oleh pakar-pakar ahli saintis dan anak kapal. Pengendali professional yang hanya di pilih khas daripada Kerajaan. Jarang sekali rakyat biasa dapat ke sana.

ANDA SEDANG MEMBACA
Angkasaraya
Science FictionHitungan menuju hari bahagia telah bertukar menjadi satu kedukaan. Dari seorang wartawan bidang Astrofizik, nekadnya berubah menjadi seorang pengemudi kapal Angkasaraya. Pertempuran & peperangan melibatkan batalion dari bumi penjaga angkasa berdaula...