Hitungan menuju hari bahagia telah bertukar menjadi satu kedukaan. Dari seorang wartawan bidang Astrofizik, nekadnya berubah menjadi seorang pengemudi kapal Angkasaraya. Pertempuran & peperangan melibatkan batalion dari bumi penjaga angkasa berdaula...
Ara menyarungkan Cape yang mencecah lantai sebagai pelengkap imej kod pakaian seorang Kepten bewarna kelabu cair, berserta baju skirt yang dan dipadankan dengan seluar dan kasut bewarna krim. Hari ini adalah hari bersejarah buat Ara,hari pertama dia memerintah Angkasaraya.
Ara berjalan dan berhenti di hadapan pintu pusat kawalan utama. Pusat kawalan ini diibaratkan sebagai jantung Angkasaraya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melangkah masuk. Pintu kebal besi itu terbuka dan kembali tertutup dengan pantasnya selepas Ara berada di dalam.
Di dalam pusat kawalan berbentuk bujur yang luas yang mempunyai paparan kaca lutsinar. Ia menampakkan pemandangan cakerawala yang tersergam indah. Di bahagian tengah hadapan ada pentas rendah iaitu tempat Kepten berdiri. Di bahagian kiri dan kanan pula, ada pentas bertangga dan juga mempunyai tiga pentas kecil pada tiap bahagian dan mempunyai paparan skrin digital tertimbul. Terdapat juga dua meja kawalan yang dipisahkan oleh laluan tengah di antara bahagian pentas kiri dan kanan itu.
Ara memberhentikan langkahnya dan melihat kesemua anak kapal berdiri di tempat peranan masing-masing. Ternyata orang pertama yang dia lihat adalah lelaki yang dikenali itu. Peranannya adalah penasihat Kepten Angkasaraya. Dia orang pertama yang memberikan tabik hormat. Kemudian yang lain-lain mengekorinya. Lelaki itu tersenyum-senyum melihat Ara. Nampak bongkak pada riak wajahnya. Dia mempelawa untuk Ara naik ke pentas Kepten.
Ara berjalan melintasi ruang yang paling berkuasa, pencahayaan bilik yang agak terang itu termalap dengan sendirinya. Ara menoleh melihat lelaki itu dan berkata, " terima Kasih Afief."
Afief berdekus dan membalas, "sama-sama... Falak Ara... Kepten Ara".
Ara melihat penuh sinis dan perlahan-lahan naik ke atas pentas. Inilah waktu yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang di dalam pusat kawalan itu. Setelah hampir beberapa bulan mereka menunggu pengganti.
Ara berdiri tegak dan sedikit mendada. Bahu dinaikkan sambil kepala mendongak tegak kemas kehadapan. Kemudian, kaki dibelah kanan dijengketkan dan lutut kehadapan sedikit. Dan akhir sekali ialah kedua belah tangan diletak di bahagian belakang pinggang. Itulah tradisi berdiri terhormat yang akan dilakukan oleh Kepten sebelum memberi arahan. Jika berdiri terhormat itu tidak dilakukan, takkan ada satu pun arahan yang boleh diturut.
"Kemaskini, Angkasaraya. 17 haribulan Oktober, Tahun 2235 Bumi. Sol 13 Bulan Makara Tahun Martian 333 Marikh."
Keluar sahaja arahan itu, pusat kawalan disimbahi dengan cahaya yang datangnnya dari lantai pentas Kepten. Ia bernyala dan menjalar ke arah pentas kiri dan kanan. Turut ke belakang di mana tempat Penasihat Kepten berdiri dan di sambungkan kepada dua meja kawalan itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pada pentas kiri, orang pertama yang memberi reaksi sambil keluarnya info-info pada paparan skrin digital timbul itu. Dia adalah Ketua Sumber Tenaga. "Reaktor Nukluer masih stabil. Tenaga simpanan hidrogen adalah 90 peratus dan penal solar 95 peratus".
"Populasi Angkasaraya seramai 247 orang, lelaki seramai 180 dan wanita seramai 67 orang. Persekitaran stabil," kata Ketua Populasi dan persekitaran.