Ara bergerak pantas menuju masuk ke dalam Pusat Kawalan Utama. Langkah kakinya dihentak kuat sehingga kedengaran bunyi kasut tiga inci itu. Gaya langkahnya persis seorang model yang sedang berjalan di pentas peragaan.
Ara mengubah persepsinya. Kegagalan menyahut cinta seperti siri novel yang berjilid-jilid adalah satu pengajaran buatnya. No more love! Itulah moto baru yang ditanam di dalam hati. Apa yang perlu di lakukan adalah meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Kepten. Tempoh percubaan ini yang akan menilai kebolehannya untuk terus menjadi seorang Kepten yang bertauliah dan disegani orang ramai.
Afief datang dari arah bahagian yang bertentangan. Melihat sahaja Ara, langkahnya terus terhenti. Dia melihat Ara yang tiba dari lorong tengah itu.
Ara berjalan dan terus berselisih dengan Afief. Mereka memandang wajah masing-masing. Pada saat itu, Afief seperti mahu membuka kata. Mungkin ucapan selamat orbit keempat atau seumpamanya. Tapi ada suatu perkara yang Afief perasan.
"Bengkak mata Kepten?"
"SHUT UP!" tinggi suara Ara ditempek ke muka Afief. Dia terus berjalan dengan wajah lagaknya.
Afief menoleh melihat Ara masuk ke dalam pintu yang terbuka itu. Kedua belah tangan dan bahu dinaikkan. "Apa salah aku?"
◊◊◊◊◊
"Dalam 72 Jam lagi, majlis keramaian Planet Marikh akan berlangsung di bahagian tengah foyer. Bumiraya akan sertai kita." Afief menutup acara mengemaskini status Angkasaraya seperti kebiasaannya.
Tiba-tiba sahaja Komander berdehem lalu berkata, " Aku nak cakap sikit".
Apabila Ara turun dari pentasnya, pancaran garisan-garisan yang berhubung ke pentas Ara mula susut menghilang dan pencahayaan kembali menjadi terang. Dia dan Ketua-ketua anak kapal yang berdiri di pentas masing-masing turun dan berkumpul dalam bulatan, di bahagian tengah bilik kawalan utama itu.
"Aku nak mengingatkan semua orang yang ada di dalam ni. Ini wajah-wajah pemangkin yang mewakili negara dalam alam semesta. Berebut-rebut orang nak dapat tempat yang kau orang tengah pijak."
Komander berdiri dalam keadaan senang diri. Bengis wajahnya.
"Seperti yang sedia maklum, kita tak boleh bawa emosi dan kepentingan individu dekat sini. Sesiapa yang bawa perkara begitu di sini. Ada kemungkinan kita akan diberhentikan serta-merta. Jangan pandang remeh! Angkasaraya bukan tempat untuk bermain. Kali ni aku nak semua orang lebih serius... mental dan fizikal kena kuat!"
Dalam sekelip mata, suasana di situ menjadi tegang lagi dingin. Sudah tentu Ara terasa dengan pesanan itu.
Pada Komander, sebagai veteren yang sudah lama makan garam. Sudah pasti ini adalah tugasannya untuk senantiasa memberi kata-kata semangat.
"Mental kena kuat. Kita akan selalu di beri ujian, selagi nyawa dikandung badan. Hanya kita yang mengawal minda kita sendiri. Anggaplah kelemahan itu sebagai satu tanda permulaan untuk bangkitnya kekuatan yang baru. Kita lagi hebat dari sesiapa pun. Kalau dibiarkan kelemahan menguasai diri, cepat-cepat bangkit dan sedarkan diri. Kalau niat terpesong untuk ke sini, baik balik semula ke bumi..."
Ara tersentap lagi. Setiap orang di situ begitu tekun mendengar apa yang diperkata oleh Komander. Kadang-kadang dia menjeling Afief. Kata-kata nasihat itu berlanjutan sehingga 2 jam seterusnya. Itulah yang dimaksudkan "cakap sikit" oleh Komander itu.
◊◊◊◊◊
Angkasaraya dan Bumiraya disambungkan dengan sambungan pintu dek berkaca. Kedua-dua kapal angkasa berada berhampiran planet Marikh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Angkasaraya
Ciencia FicciónHitungan menuju hari bahagia telah bertukar menjadi satu kedukaan. Dari seorang wartawan bidang Astrofizik, nekadnya berubah menjadi seorang pengemudi kapal Angkasaraya. Pertempuran & peperangan melibatkan batalion dari bumi penjaga angkasa berdaula...