Bab 9

52 5 2
                                    

Sesudah mandi, Ara mahu mengakhiri harinya yang penuh tekanan dan cabaran dengan mendapatkan tidur yang lena. Dia mencapai alat kawalan jauh untuk menutup tingkap kaca yang menampakkan pemandangan ruang angkasa yang hitam kegelapan itu.

Apabila tingkap mulai menutup, lampu-lampu di dalam bilik bertukar malap. Tapi ada satu cahaya bewarna biru berkelip-kelip. Cahaya yang datang dari sebuah peranti mesin yang berada di meja katil bersebelahannya.

"Mesej?" Ara tanya pada diri sendiri lalu menekan butang pada peranti itu.

Timbul satu paparan yang mengeluarkan video-log dari orang yang sangat dikenali di hadapan mukanya.

Datin Melia merangkap sebagai Mama kepada Ara memberi kata-kata.

"Hai Ara... Mama ni... Ara apa khabar?"

Ara tersentak terus mengalirkan air mata. Akhirnya, setelah beberapa bulan dia dapat mendengar suara Mama kembali.

"Jangan risaukan Mama dekat sini ya... Mama okey je... Kadang-kadang auntie datang temankan Mama..."

Ara cuba-cuba menyentuh pipi Mama, tapi ia hanyalah paparan semata-mata. "Miss you mama."

"Cuma Mama rasa terkilan sikit... Mama dapat tau Riez dah kahwin dengan orang lain... Maafkan Mama Ara... Mama cuba yang terbaik untuk anak Mama sorang ni..."

Pada ketika itu, Datin Melia mula mengalirkan air mata.

"Kesian dekat Ara... Mama tak tau nak cakap apa... Harap-harap anak Mama dekat sana always be strong... Mama dekat sini selalu doakan Ara to be the best whatever you want to be... Kalau arwah Daddy tau dia mesti marah Mama..."

Tertambah lagi tangisan Ara mendengar kata-kata itu, " no Mama. It's not your fault."

"Mama tunggu Ara tau... Mama ada bincang dengan Papa Joe, kalau Ara nak breach the contract, Ara kahwin and immediately dia orang akan hantar Ara balik ke bumi..."

Ara bertukar raut wajah yang pelik.

"Ok Ara... Mama tak boleh lama-lama... Love you Ara. Take care dan jangan lupa makan banyak-banyak."

Paparan skrin tadi terus tertutup dan suasana dalam bilik terus menjadi gelap-gelita.

◊◊◊◊◊

"Hai Ara... so how?" tanya Afief lalu duduk bersebelahannya.

Ara masih merenung pada peranti simulasi peperangan di antara Zaxa, East Vanguard dan Bumiraya. Angkasaraya berada berhampiran Bumiraya.

"Kalau tengok trend, East Vanguard tak banyak menyerang."

"Betul... East Vanguard lebih kepada pertahanan."

"East Vanguard tau pasal Zaxa adalah Kapal pemusnah?"

"Mereka tau, dan mereka ada perjanjian dengan Zaxa untuk berkongsi sumber dari bumi. Tapi pecahan di antara mereka kita masih belum tahu."

"Kongsi?"

"Ya... In order to keep survive. Zaxa dan East Vanguard buat perjanjian itu."

"Jadi rasanya siapa dapat pecahan yang lebih? Atau sama rata?"

"Kepten boleh tanya terus Orang East Vanguard. Kita dah arrange-kan perjumpaan dengan mereka bersama-sama dengan Riez nanti."

Ara hanya mampu mengangguk. 'Jumpa lagi Riez tu'. Dia mengeluh lagi dan melepaskan rasa sedih, " kenapalah kita tak boleh aman dan bersama-sama? Kenapa mesti nak perang dan berbunuh sesama sendiri?"

"Kepten..." panggil Afief kemudian menarik kerusi Ara sehingga membuatkan Ara berpaling ke arahnya. Kemudian, Afief menyandarkan badannya ke belakang sambil menyilangkan kaki.

AngkasarayaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang