Hitungan menuju hari bahagia telah bertukar menjadi satu kedukaan. Dari seorang wartawan bidang Astrofizik, nekadnya berubah menjadi seorang pengemudi kapal Angkasaraya. Pertempuran & peperangan melibatkan batalion dari bumi penjaga angkasa berdaula...
Di dalam kenderaan yang berteknologi tinggi dan tiada pemandu, Ara dan beberapa orang pengiring sedang menuju ke tempat roket perlepasan. Dikala Ara mengenangkan yang dia akan meninggalkan Mama-nya dan bumi, hatinya menjadi pilu lalu berkaca mata. Siapa yang akan teman Mama nanti? Kalaulah Daddy masih ada...
Kejerihan yang dia lalui akhirnya membuahkan hasil. Ara telah dipilih oleh Kerajaan dan hasil undian ramai daripada Agensi Angkasa Negara untuk menggantikan Kapten Angkasaraya yang terdahulu. Pemilihannya sebagai wanita kedua yang dilantik sebagai Kapten menimbulkan banyak kontroversi kerana kredibilitinya untuk menjadi Kapten diragui.
Dalam sekelip mata, namanya terkenal ke seluruh negara dan dunia lalu menjadi bahan bualan orang ramai. Ada yang menganggap Ara memberi insipirasi kepada seluruh wanita untuk berada di atas pucuk kempimpinan dan ada juga yang masih bangkitkan isu bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin yang paling tinggi.
Terserah pada setiap individu yang mahu menilai.
Pada waktu Ara bersedih hati, tiba-tiba hatinya tercuit teringat kembali pesanan daripada Mama-nya, Datin Melia.
"Nanti kirimkan salam dekat Riez ya?"
"Baiklah Mama." Ara tersenyum meleraikan pelukkan.
"Lepas tu.. erm... kirimkanlah sekali dekat yang lain-lain tu."
"Ish mama ni. Don't start."
◊◊◊◊◊
Lima... Empat... Tiga... Dua... Satu...
"Roket berlepas!"
Gegaran di dalam kokpit roket yang sedang dinaiki Ara membuatkan dia tidak senang duduk. Dalam hati tak henti-henti berdoa agar semua dalam keadaan terkawal dan selamat. Ara takkan dapat berpatah kembali.
Datin Melia hanya mampu melihat anak kesayangannya pergi menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab yang sangat besar sebagai Kapten yang mewakili negara. Dia setia menunggu dan melihat pelepasan roket itu sehingga hilang daripada pandangan mata. Hilang di langit bumi.
Selepas berlakunya pecahan bahagian ekor dan badan roket, Ara kini berada di luar atmosfera bumi. Apa yang dapat dilihat hanyalah ruang angkasa lepas yang gelap lagi hitam, bertemankan bintang-bintang yang jauh cahayanya. Dia kini keseorangan dan hanya bunyi pernafasan yang menemaninya.
Sunyi sepi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pada waktu ini, Ara masih mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan perjalanannya ataupun tidak. Dia lama nekad untuk berjumpa dengan Riez dan tak teragak-agak untuk meneruskan perjalanannya ke Angkasaraya. Itulah cinta yang Ara taruhkan dan dia takkan lepaskan dengan mudah.
Ara menekan satu butang pada kekunci di dalam kokpit tersebut. Ia kemudiannya bertukar menjadi warna merah menyala dan satu suara wanita robotik berkata, " anggaran waktu perjalanan ke Marikh adalah sejauh 55 juta kilometer dan akan mengambil masa selama 7 bulan. Sila tepati arahan yang disediakan."