Bab 6

56 6 0
                                    

BAB 6

Pintu Gerbang bahagian Timur Tenggara.

Kerana perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, Ara mengarahkan Angkasaraya menuju berhampiran dengan Pintu Gerbang bahagian Timur. Angkasaraya sedang di dalam mod 'lutsinar'.

Dari sudut pandangan yang sangat jauh, mereka melihat kapal angkasa Zaxa, East Vanguard dan Bumiraya berada dalam berkedudukkan formasi segi tiga

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dari sudut pandangan yang sangat jauh, mereka melihat kapal angkasa Zaxa, East Vanguard dan Bumiraya berada dalam berkedudukkan formasi segi tiga.

Setiap kapal angkasa menghantar beberapa pesawat untuk berperang buat masa sekarang. Ikut pada masa tertentu mereka akan hantar kapal perang dalam jumlah yang banyak demi mengekalkan kuasa dan sumber. Setiap kapal angkasa mempunyai cara dan teknik masing-masing. Salah langkah boleh mengakibatkan kekalahan.

Ara hanya mampu mengaksikan medan perang itu daripada bilik kawalan utama tanpa membuat apa-apa. Bumiraya bagaikan tidak pernah 'tidur' kerana mereka bertungkus-lumus untuk mengekalkan momentem. Timbul satu persoalan yang sedang bermain di fikirannya. "Sampai bila kita nak berperang? Tak sangka... Dekat sini pun manusia berebut kuasa."

"Kepten...," sapa Afief. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam bilik kawalan itu. Yang lain sudah pulang ke kuarters masing-masing.

"Saya tak faham...."

"Apa maksud Kepten?"

"Dah berapa lama peperangan ni sebenarnya Afief? Kenapa saya tak tahu..."

Afief berdiri sama selari dengan Ara. Jawabnya," apa yang berlaku di angkasa tak ada kena mengena dengan bumi selepas perlembagaan undang-undang cakerawala di wujudkan. Zaman sekarang ibarat angkasa dan bumi terpisah dua. Perang diantara kita dah beratus tahun sebenarnya. Angkasaraya baru gantikan kapal angkasa dari negara jiran."

Ara menerima kenyataan itu penuh pasrah. Soalan di tujukan lagi, " East Vanguard?"

"Kalau kita dekat bumi ada 'Polis Dunia' dekat atas sini kita ada 'Vanguard'. Apa sahaja masalah dan konflik mesti mereka nak masuk campur.."

"Dari negera mana?"

"Hpmh... Dari mana lagi... Negara paling berkuasa di dunia."

Ara memeluk tubuh. Naluri seorang wanita menjadi resah jika sesuatu perkara yang difikirkan tidak kena pada gayanya. Kemudian, barulah datang syak wasangka yang paling maksima. Ara menyimpan perkara itu untuk dirinya sendiri.

"Dah lah Kepten... Pergilah balik dan rehatkan diri... dah sehari suntuk ada dekat sini," ujar Afief.

"Tak apalah. You pergilah dulu."

Afief mendekati Ara dan mencuri pandangan wajahnya. Ara terkaku dan terbau minyak wangi yang tak pernah bertukar baunya itu. Wangian itu mampu mengimbas setiap detik dan memori yang pernah dicipta bersama-sama. Dia adalah lelaki yang pernah dicintai ketika dahulu. Dia adalah lelaki yang pernah diakui sebagai kekasih ketika dahulu.

AngkasarayaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang