Ara membaringkan kepalanya di atas tilam menemani Nadi yang sedang dirawat.
Datang seorang doktor bersama dua orang jururawatnya masuk ke dalam wad itu. Ara menoleh dan melihat kehadiran mereka bertiga. Sejurus melihat wajah Doktor itu terus dia mengeluh perlahan, "my.. God."
"Doktor Mark...," panggil jururawat sambil menunjukkan laporan pada paparan tablet.
Ara terus berdiri sebaik melihat Doktor lelaki itu sebab dia kenal sangat orang yang berkaliber itu. Lelaki berkaca mata dan mempunyai jambang yang lagi kemas itu berkata, " keadaan Nadi terkawal dan kami akan pasang kaki robotik pada minggu depan."
Entah mengapa, ada satu perasaan yang agak menjengkelkan merasuk diri Ara. Walaupun begitu, dia terpaksa berpura-pura rasa macam biasa. "Bila dia boleh berjalan balik selepas operation Doc?"
"Kalau operation berjaya, dimana urat-urat dapat selari dengan sambungan kaki robotik... Nadi boleh terus jalan balik secepat mungkin."
"Ada kesan sampingan?"
"Mesti ada Kepten. Walaupun besi jenis kuantium tahan karat, lama-lama mesin akan disfunction juga. Perlu tukar selepas lapan ke sepuluh tahun."
"Chances of operation?"
"Eighty percent success..."
"Syukur." Ara menghembus nafas lega.
Doktor Mark beri arahan kepada jururawat untuk membuat pemeriksaan rutin. Kemudian, kedua-dua jururawat keluar daripada bilik itu selepas memberi penjelasan. Dia masih di situ memeriksa Nadi dengan memicit-micit kakinya.
Ara kembali duduk dan kalau boleh tak nak bersemuka dengan Doktor itu. Sampai di satu masa, dia terpaksa meluahkan perasaan yang dipendam dari tadi. "Tak sangka for all the places. You pun ada dekat 'sini' juga".
Mark berdekus dan berkata, " suprise... So do you Kepten."
"Kawan-kawan you pun adalah sekali?"
"Tak... Apa kena mengena?" tanya Mark meneruskan kerjanya.
"Manalah tau... You kan dengar cakap dia orang," Ara sarkastik. Rambut diselak. Menyampah.
Mark pantas menjeling Ara. Mereka berdua bagaikan mempunyai satu dendam kesumat yang masih belum terlerai. Tapi Mark kembali melakukan tugasannya dengan perasaan tenang dan profesional. Perangai Ara langsung tak dilayan.
Selang beberapa saat, Afief masuk dalam keadaan cepat-cepat macam baru lepas dikejar anjing.
"Heyy... kat sini lagi Kepten kita rupanya."
Ara berdecip dan terus bangun. "Datang dah..."
"Heyy dosalah curi tulang waktu kerja! Banyak benda kita nak buat ni Kepten! Semua orang tengah pening-pening dekat sana. Dia kat sini pulak. Lepas-lepas ni kan boleh datang melawat." bebel Afief mencekak pinggang. Ara bergerak keluar daripada bilik wad dan Afief melihat saja pergerakkan Ara pergi.
Sebaik sahaja Mark berpaling melihat Afief, Afief menegurnya sambil menunduk sikit, " Doktor..."
Mark membalas dengan mengangkat keningnya saja.
"Sempat dating bro..."
◊◊◊◊◊
Bilik persidangan.
Acara persindangan bersama ketua anak kapal dan Kepten kapal Angksaraya, Bumiraya dan Agensi Angkasa Negara sedang berlaku secara serentak. Kepten Kapal Angksaraya, Ara dan Afief selaku Penasihat duduk di meja dan yang lain ada pada paparan skrin yang besar dan terbahagi banyak kepada setiap orang. Sesiapa sahaja yang bersuara, paparan skrin itu jadi besar ke bahagian tengah-tengah.
YOU ARE READING
Angkasaraya
Science FictionHitungan menuju hari bahagia telah bertukar menjadi satu kedukaan. Dari seorang wartawan bidang Astrofizik, nekadnya berubah menjadi seorang pengemudi kapal Angkasaraya. Pertempuran & peperangan melibatkan batalion dari bumi penjaga angkasa berdaula...