19

7.9K 245 7
                                    

Seminggu kemudian

Tengku Nisa meletakkan mangkuk hidangan Maggi goreng di atas meja makan..

Teh dan sosej goreng juga sudah terhidang di atas meja.. Dia hanya perlu menunggu suaminya itu sahaja..

Apabila nampak kelibat suaminya yang baru turun,cepat dia mengorak langkah ke sana..

"Abang..jom sarapan sekali"

"Tak payah lah..Aku sarapan dengan bakal madu kau..ok,aku pergi dulu"

Tanpa memandang isterinya,dia membalas dan sejurus itu dia melangkah pergi..

Keluhan dilepaskan oleh Tengku Nisa..

Sejak minggu lepas,Tengku Haikal menggunakan 'Aku' dan 'kau' ketika bercakap..tiada lagi panggilan 'sayang' dan 'abang'..Tengku Haikal juga sering bercakap dengan bakal isterinya yang kedua di dalam talian..

Disebabkan itu,Tengku Nisa tidur di bilik lain dengan Tengku Damia dan Tengku Dania supaya senang hendak menyusu..

Selain itu,Tengku Haikal juga tidak makan di rumah lagi,membuatkan Tengku Nisa terasa hati sangat..

Di cafe nya juga,Tengku Haikal selalu membawa bakal isterinya yang kedua itu makan di sana..Sengaja juga dia meminta Tengku Nisa yang mengambil pesanan kerana dia mahu menyakitkan hati milik Tengku Nisa..

Tengku Hakimi sudah tahu akan hal ini kerana satu hari itu,Tengku Haikal membawa seorang perempuan ke cafe itu..kira-kira 5 ke 6 bulan yang lalu..ketika itu,Tengku Nisa sedang mengandung..

Luluh hati Tengku Nisa apabila Tengku Hakimi memberitahu bahawa sudah lama Tengku Haikal curang di belakang nya..Jadi selama ini gambar yang diterima dulu adalah benar

Adik iparnya itu pernah memberi cadangan supaya memberi tahu Tengku Shah dan Tengku Kamilia akan hal ini,tapi dilarang olehnya kerana dia tidak mahu hal ini diketahui oleh ibu bapa dan mertuanya..

∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆

Tengku Haikal mencicip sedikit the panasnya nya itu..

Dia sedang bersarapan dengan bakal isterinya yang kedua itu di luar..

"You bila kita nak kawin?..kita kan dah lama kenal"

Tanya Raisha dengan gedik nya..ya,itulah nama perosak rumah tangga orang!!!..

"Ala nanti la..banyak lagi masa"

"Ish!!..Dari haritu lagi cakap nanti...ke you tak nak kawin dengan I sebab you masih sayang dengan wife you yang curang tu.."

Tengku Haikal hanya diam tak berbalas..malas nak layan perempuan gedik ni..menyampah jugak sebenarnya Si Tengku Haikal ni pada Raisha..

"You dengar tak?!"

"You ni bising lah..I busy la..nanti bila I dah tak busy ,kita bincang la pasal ni.."

Raisha menjeling Tengku Haikal..

"Nampak sangat you masih sayang kan perempuan tu..entah apa yang dia hasut pun,I tak tau"

Tengku Haikal memandang Raisha dengan pandangan tajam..

"Dia ada nama ok..Tengku Nisa Qaisarah binti Tengku Sufian..so jangan pandai-pandai panggil dia macam tu.."

Raisha tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh di atas kerusi..kaki nya juga disilang..

Suamiku Pemalu [Complete]Where stories live. Discover now