Tengku Nisa Qaisarah POV
Harini aku tak bukak cafe sebab nak bagi pekerja-pekerja aku cuti..yela,orang muda pun perlu kan cuti jugak..diaorang bukannya robot..
Allhamdullilah, anak-anak ku sudah berusia 5 bulan lebih..diaorang ni jenis diam je..menangis pun kadang-kadang je..
Sekarang ni aku kat depan TV layan cerita yang disiarkan sambil Damia dan Dania bermain bersama..
Ala,bayi yang baya diaorang ni cuma duduk menghadap satu sama lain dan main jari kaki la,tangan la..cuma diaorang duduk kene ada sokongan di belakang dan dikelilingi bantal supaya kalau terjatuh ke belakang,tak adalah sakit..ada juga mainan-mainan bayi berhampiran diaorang..
Fokus ku pada siaran tersebut terganggu dengan deringan telephone ku yang berada di sebelah ku..
💕Abg 💕
Aku slaid kan ikon hijau kepada ikon merah lalu skrin telephone ditekapkan di telinga..
"Hello?..Assalamualaikum..ada apa call ni?"
[Waalaikumussalam..just nak tanya,awak ada masak tengah hari tak?..sebab saya cadang nak balik makan tengah hari]
Aikk??..dah tukar panggilan??..bagusla..tak Adela kasar aje bunyi nya bila bercakap dengan aku..kan??
"Errr,saya tak masak lagi makanan tengah hari sebab selalu nya awak tak balik..awak nak makan apa?..saya takut nanti saya masak kang,awak tiba-tiba tak nak makan sebab awak tak suka"
Sebenarnya aku nak cakap "takut nanti tiba-tiba tak nak makan sebab sengaja nak sakit kan hati saya" ..tapi aku batalkan sahaja,sebab nampaknya dia macam tepati janji dia..mungkin ini permulaannya?
[Saya teringin makan ikan siakap 3 rasa,sotong goreng tepung,kailan ikan masin..boleh awak masak kan?]
"Ouhh..senang je..itu je ke?"
[Itu je kot..kalau awak rajin,buat la pencuci mulut..tapi kalau tak ade pun tak apa]
"Insyaallah saya buat pencuci mulut..oklah,saya nak jaga Damia and Dania kejap..kerja elok-elok..assalamualaikum"
[Waalaikumussalam]
Screen telephone aku jauhkan dari telinga dan ikon merah di screen,aku tekan..
Nak buat pencuci mulut apa ehh??
End of Tengku Nisa Qaisarah POV
∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆
Pinggan hidangan ikan siakap 3 rasa diletakkan diatas meja makan yang berdekatan ruang tamu,oleh Tengku Nisa..
"Siap pun"
Ujar nya sendirian..yela,susah jugak nak masak bila si kembar bergaduh kecil..kalau tak bergaduh kecil pun,tetap perlu dipantau sekejap..yela,jarak dapur dan ruang tamu,boleh tahan jauh juga..
"Assalamualaikum"
Suara yang memberi salam amat dia kenali..dia melangkah ke pintu rumah..
YOU ARE READING
Suamiku Pemalu [Complete]
RomanceSelalu nya kerabat tengku ni ada yang friendly,ada yang sombong nak mampus,ada yang riak dan lain-lain.. Tapi bukan jejaka yang bernama Tengku Haikal Iskandar..Walaupun dia berpangkat tengku dan fullpackage,sifatnya teramatlah malu.. Nak cium dahi i...