30

14.3K 363 58
                                    

Tengku Haikal melangkah keluar dari KLIA 2 dengan sebelah tangan menarik beg rodanya sambil tangan kanan nya dimasukkan ke dalam poket..

Cermin mata hitam terletak elok di pangkal hidung nya..

Kaki nya terus melangkah ke kereta BMW mikiknya itu..dia hanya meninggalkan kereta itu di kawasan tempat letak parkir selama dia berada di luar negara atas urusan kerja..

Punat unlock ditekan sambil remote(?) itu dihala pada kereta nya..Bonet belakang dibuka dan meletakkan beg rodanya di dalam bonet lalu ditutup bonet belakang..

Sejurus itu,dia melangkah ke bahagian pemandu..pintu kereta bahagian pemandu dibuka sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta itu..

Enjin kereta dihidupkan seusai sahaja memasukkan kunci kereta di lubangnya(?)

Dengan bacaan bismillah dia mula memandu membelah jalan raya Kuala Lumpur..

∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆

Salam diberi oleh Tengku Haikal sebelum melangkah masuk ke dalam rumah yang dirindui nya itu..

Tengku Haikal mengerutkan dahinya apabila rumah itu sunyi sepi seperti tiada penghuni..

"Sayang?"

Dia mula mencari isterinya di seluruh bahagian di tingkat bawah..

Setelah itu,dia melangkah ke atas..ke biliknya..

Sampai di depan bilik,tombol pintu dipulas lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik..

"Sayang?..where are you?"

Tiba-tiba phone nya berbunyi tanda ada panggilan masuk..

Setelah meng slaid ikon hijau itu,telefon dilekapkan di telinga nya..

"Assalamualaikum, mummy"

[Waalaikumussalam.. Along!!..Jawab pun!..Isteri along masuk hospital!.. Dia kena langgar lari..cepat datang!!..nanti mummy text hospital mana]

Tengku Haikal terkaku sebentar sebelum tersedar dan terus berlari ke bawah lalu keluar dari rumah..

∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆

Tengku Haikal berlari-lari anak ke arah keluarga nya dan keluarga isterinya di depan bilik ICU..

"Assalamualaikum"

Dia menyalam ke dua-dua ibu bapa dan kedua-dua mertuanya..

"Nisa macam mana?"

"Dia masih dalam bilik ICU"

Balas Tengku Sufian sayu..

"Kamu pergi mana selama ni,along?..tak fikir perasaan isteri kamu ke?..kesian dia..kamu ingat 2 minggu tu sekejap ke?"

Tanya Tengku Kamilia bertubi-tubi..geram tau..

Tengku Haikal menekur lantai kerana berasa bersalah..

"Dah la,Lia...insyaallah anak aku selamat dalam tu..kita doakan je ye"

Ujar Tengku Wana dengan mata bertakung tanda kerisau-an dan takut kehilangan anak tersayang..

Beberapa minit kemudian,doktor keluar dari bilik ICU...Mereka cepat-cepat pergi ke arah doktor itu..

"Isteri saya macam mana,doktor?"

Doktor itu menghela nafas berat..

"Saya mintak maaf..pihak hospital dah cuba sebaik yang mungkin..tapi Allah lebih sayang kan Tengku Nisa..Tengku Nisa kehilangan banyak darah dan lambat di hantar ke hospital..Disebabkan itu juga,kandungan nya juga tidak dapat diselamatkan kerana kandungan itu masih kecil yang berusia 3 minggu..saya mintak diri dulu ye..assalamualaikum"

Suamiku Pemalu [Complete]Where stories live. Discover now