Tajuk : WARIS PART 2
Penulis : CSP
Page : Sabahan Writer_Csp
Wattpad : @CSPthewriter
Genre : True storySemasa dalam perjalanan pulang tu sy pegang saja tangan mama sy.Saya tidak kasi lepas genggaman tangan saya dari tangan mama saya.Saya tingu mama saya diam saja.Dia kasi biar saja sy.Mungkin dia tau saya ketakutan.Saya boleh dengar sudah degupan jantung saya ni.
"Amaaa..."-Ella
"Apalagi..kau ni kan Ella dari tadi tidak pandai berenti Ama..Ama.."-Mama
Mama saya marah lagi sebab saya panggil dia.Sebenarnya saya mau tanya dia kenapa tu perempuan buruk muka ikut-ikut sama dia.Tapi disebabkan mama saya marah2 sudah sy tidak jadi mau tanya.Dalam perjalanan tu saya dengar nama sy kena panggil.
"Ellaaaaaa.......Ellaaaa.."
Saya tidak tau tu suara dari mana tapi jauh betul saya dengar tu suara yang memanggil nama saya.Suara perempuan.Merdu betul suara tu perempuan.Tapi tidak tau kenapa sy boleh jadi takut dengar tu suara.
Saya terus tingu belakang sebab tu suara dari belakang.Saya ada nampak perempuan serba hitam jaraknya lebih kurang 20meter.Cantik ni tu perempuan.Wangi lagi..Terus mama saya tingu kiri kanan.Dia pun terhidu tu bau wangi.
"Dari mana pula ni wangi ni?"-Mama
"Dari sana Amaa..Tunaaa tu perempuan baju hitam sana..Dia panggil lagi sy"- Ella
Selepas sy cakap macam tu terus mama sy pegang tangan saya.Langkah dia pun laju sudah ni.Sy pun ikut kasi laju langkah sy.Sambil berjalan tu saya pigi tingu belakang balik.Saya nampak tu perempuan tiada sudah sana tp wangi dia masi terhidu lagi.
"Ama..hilang suda tu perempuan tapi kenapa wangi dia masih ada"-Ella
"Diam! Jalan saja jangan banyak cakap.."-Mama
Kena tengking lagi saya ni oleh mama saya.Padahal saya cuma kasitau kebenaran.Dalam hati saya tu perempuan bukan hantu sebab saya nampak cantik.Kulit dia putih lepas tu rambut dia panjang lurus.Badan dia pun ramping.Tapi menjadi persoalan sebab tu perempuan kenal nama saya.
Sy terus tingu muka mama saya.Dia macam ketakutan ni.Masa tu kan yang perempuan buruk muka tiada sudah ikut-ikut sama kami.Saya suka juga tu lembaga tiada sebab kalau nampak muka dia memang menakutkan.Saya mau kasitau mama saya tapi sy diamkan saja.Takut kena marah lagi.
Sampai dirumah terus mama sy kasi lepas tangan sy.Dia berlari pigi naik atas rumah.Rumah kami ni ruma biasa saja.Macam sulap(pondok).Dinding kayu lepas tu lantai kami suliu(lantai yg diperbuat dari bambu).Atap sama juga nipa.Tapi rumah kami tinggi.
Dibelakang rumah kami ada satu lokos(anak sungai).Disitulah kami mandi,tempat cuci kain,cuci piring,masak..banyak lagilah.Air dia sangat bersih.Ditepi sungai tu ada lokos tu ada pokok tangkol yang besar dan tinggi.
"Ada susumara tadi masa kami balik sini"-Mama saya kasitau bapa saya.
"Ada kamu terlanggarkah sama tu susumara?"-Bapa.
Mama saya kasi geleng-geleng kepala dia saja.Susumara yang mama saya maksudkan ini adalah tu perempuan baju hitam yang saya nampak.Susumara juga bermaksud setan/iblis tapi susumara ni lebih bahaya sebab kalau kamu telanggar kamu akan jatuh sakit seumur hidup.Sakit dia yang sengsara dan tiada ubat.Palis-palis..
____________________
Malam tu macam biasa,sy kena tidur satu orang diruang tamu.Sebab ruma kami ada satu bilik saja untuk bapa sama mama sy.Di ruang tamu tu ada juga adik beradik sy yang lelaki cuma diorang tidur di kawasan lain sy lain.Sebab diorang lelaki.Saya nampak2 jugalah tempat tidur diorang.
YOU ARE READING
W A R I S
HorrorCerita ini adalah bukan rekaan.Cerita ini dikongsikan oleh seorang gadis berasal dari SABAH. Ceritanya bermula ketika dia dijadikan WARIS kepada ilmu keturunan keluarganya sejak turun temurun! Mau tau cerita selanjutnya..Jom ikuti kisah gadis ini...