PART 5 - WARIS

2.6K 129 0
                                    

Tajuk : WARIS PART 5
Penulis : CSP
Page : Sabahan Writer_Csp
Wattpad : @CSPthewriter
Genre : True story

Masa ni sy di sekolah sudah.Sekolah rendah dalam kelas darjah 3.Zaman sekolah sy ni kurang menonjol sebab bukan tergolong dalam budak2 yang pandai.Hihihi..Dijadikan cerita satu hari tu nenek saya ada bawa saya jumpa kawan dia yang ada ilmu juga.Kawan nenek sy ni lelaki tp kalau kamu nampak muka dia sgt garang.

Sudahlah besar tu mata,kening dia tebal sama misai dia pun tebal.Lepas tu ada pakai sigar di kepala.Tingu orang pun macam mau makan orang.Tujuan nenek saya bawa sebab mau kasi tu ilmu bikin pandai dalam pelajaran.Bagi yang student tu,pasal ilmu ni sy warning awal2.Kalau kamu tidak jaga dia kamu jadi gila terus.Jgn berani2 cuba.Menyesal seumur hidup..

Semasa masuk dalam kawasan rumah lelaki tu saya nampak sudah macam2 yang memgerihkan.Tapi saya berani sebab nenek saya ada.Saya nampak hantu yang tiada kakilah,hantu di atas zink ruma oranglah.Kami sampai terus kena pelawa naik atas rumah.Dalam rumah tu kan lama tu lelaki tingu sy.Selepas tu dia sentih kepala saya.

Tiba keluar satu ekor ular tedung disebelah bahu kanan tu lelaki.Warna tu ular senduk hitam betul sama mata dia merah.Kasi keluar2 lagi lidah dia yang bercabang.

"Nenek syaa takut ada ular tedung gia tu.."-Ella

"Tidak juga tu.."-Nenek

"Aikk..boleh nampak pula cucu kau ni"-Tu lelaki

"Ya.."-Nenek

"Bah senang karaja kalau begini"-Tu lelaki

Nenek saya senyum saja.Terus mulut tu lelaki terkumat-kamit membacakan sesuatu.Sana baru saya faham tu ular tedung tu bukan ular biasa2 yg mcm kita selalu nampak.Tu ular tu peliharaan dia.Cuma orang tertentu saja boleh nampak.Kira rogon jugalah bah tu.

Tu lelaki terus pegang tangan saya lepas tu dia hidu.Meremang bulu roma saya kena buat begitu.Selepas itu, tu ular dia menjalar pigi tangan saya.Paling saya gelilah masa tu.Terus pelan2 tu ular pigi tenung muka saya.Takut sidah saya ni kena patuk.Sia2 hidup kalau kena patuk.Kali ni tu ular menjalar pigi leher saya.

Shhhhhh....shhhhhh...shhhh.. sy bole dengar saja tu bunyi desisan tu ular.Sudah puas ditempat saya baru tu ular balik semula pigi tempat tuan dia.Terus lelaki kasi hulur tangan dia sama tu ular.Tidak lama tu ular memuntahkan sesuatu ditangan tu lelaki.Macam batu tapi lain sebab hitam dia berkilat.Terus tu lelaki tingu nenek saya.

"Suru dia telan ni.."-Tu lelaki

"Ella telan tu.."-Nenek

"Tidak mau!"-Ella

Sy tidak mau dengar cakap nenek saya.Sudahlah tu yang kena suruh makan tu bekas muntah tu ular.Gilakah saya mau makan begitu dengan air liur tu ular bercampur lagi.Nenek saya mcm marah2 sudah.Tu lelaki diam saja.Selepas tu tu lelaki tingu nenek saya.

"Ella makan tu..Untuk kebaikan kau juga ni.."-Nenek

"Saya bilang tidak mau..Saya geli!"-Ella

"Tulah susah kalau orang yg terbuka hijab dia.Sebab diorang nampak semua.."-Tu lelaki menyampuk

"Ella makan tu saya bilang!"-Nenek saya kasi tinggi suara sudah.

"Tidak mau!"-Ella

Saya terus berdiri tapi nenek saya terus tarik saya.Kuat tenaga nenek saya.

"Sebenarnya ni ilmu ni tidak boleh paksa2 nanti ada kesan sampingan dia.Mesti mau sukarela.."-Tu lelaki

Terus nenek saya diam sambil dia kasi duduk saya atas riba dia.Dia gosok2 kepala saya lepas tu dia tingu tu lelaki.

W A R I SWhere stories live. Discover now