Tajuk : WARIS PART 10 FINAL
Ditulis oleh : CSP
Page : Sabahan Writer_Csp
Wattpad : @CSPthewriterMalam tu saya sama bapa dan abang2 sy turun pigi memgintai tu empat orang penginjil.Ada juga beberapa org kampung yang ikut.Bapa sy bawa ilmu yang paling kuat sama tangkal yang paling kuat.Dari jauh kami nampak sudah tu empat duduk di bawah pokok lepas tu ada unggun api di tengah2 diorang.Ada juga beberapa orang kampung sana.
Kami dengar suara tepukan sama menyanyi lagu2 dari arah tu penginjil.Terus kami semua bersembunyi di kawasan semak sebab bapa saya bilang dia mau tau apa ilmu yang tu empat orang pakai.Kalau sudah tau apa ilmu diorang senang mau cari kelemahan diorang.Lama juga kami ni perhati diorang.Yang saya nampak diorang cuma menyanyi sambil tepuk tangan.
Sama adalah diorang berdoa tapi masa ni saya belum tau lagi pasal berdoa atau lagu2 pujian..Masa tu kami ingat diorang baca mentera ilmu diorang.Menyeruh tu ilmu diorang.Tapi selepas selesai berdoa macam tiada apa2 juga yang terjadi.Bapa saya tepuk bahu saya.
"Ella cuba kau tarai(try) ilmu kau sama diorang."-Bapa
Saya ni macam takut2 sebenarnya.Lagipun saya malas mau bermusuhan.Ilmu ni pun bukan kemahuan saya dari awal.Saya terus duduk bersilah selepas tu saya baca mentera yang saya tau.Skrg sy lupa suda tu mentera macam mana.Mulut sy tidak berhenti baca mentera ni.Sampailah keluar satu kepulan asap.Tu ilmu saka yang sy seruh.Sy terus bagi arahan serang sama tu empat orang.
Tapi kamu tau apa jadi tiba2 ada angin kuat betul macam ribut sampai tu saka yg saya hantar untuk menyerang tebalik tempat kami.Kami pelik juga sebab kalau ribut mesti tu empat orang pun terkacau juga.Tapi diorang rileks saja ni macam tiada apa2 terjadi.Terus saya terpusing belakang dua kali sebab tu angin ribut.
"Berani diorang!! Diorang pasang pendinding tu!Sebab tu ilmu si Ella tidak sampai!"-Bapa
"Kuat juga pagar diorang appa"-Abang pertama
"Tingu biar bapa yang kasi buat sama diorang.Kasi pengajaran sikit..Diorang ingat ilmu diorang hebat sangatkah!"-Bapa
Terus bapa saya bersilat sambil kasi main2 tu bujak dia.Mulut bapa saya terkumat-kamit membacakan sesuatu.Selepas tu bapa saya tunjuk tu bujak dilangit.Saya nampak ada cahaya hijau dari tu bujak terus bapa saya hantar tu cahaya hijau pigi sama tu empat orang.Kamu tau apa jadi.Tu cahaya tidak kena sama tu empat orang.Tu cahaya menyimpang pigi tempat lain di atas pokok sampai tu dahan pokok patah.
Tambah bapa saya marah sebab ilmu dia tidak kena sama tu orang.Terus bapa saya maju ni pigi dekat sama diorang.Diorang masi menyanyi lagi masa tu.Saya sama yang lain ikut bapa saya saja.Terkejut diorang nampak kedatangan kami.Terus salah seorang tu datamg dekat sama kami tapi terus kami undur langkah termasuk bapa saya.Berhati-hati kunun sebab kuat ilmu diorang.
"Selamat datang..mau berbakti bersama kah?"-Penginjil
"Kamu kenapa buat kacau di kampung kami!!"-Bapa
"Ooh kami ni penginjil saja..datang melawat.."-Penginjil
"Apa yang kamu cakap ni?? ilmu apa yang kamu pakai?"-Bapa
"Kami tiada ilmu ni.."-Penginjil
"Jangan kau menipu sana!Kalau berani bisuk petang kita lawan ilmu..Kalau ilmu kau kuat kami akan ikut apa kemahuan kamu!itupun kalau saya kalah!kalau kamu kalah sila keluar dari kampung kami!"-Bapa
Baru tu penginjil mau bercakap terus bapa saya pergi dari sana.Saya nampak bapa saya pegang dada dia macam kesakitan tapi pura2 lagi menahan sakit.Saya diam saja ni sebab mau ambil peluang untuk minta pertolongan dari tu orang.Macam saya yakin masa tu diorang saja yang boleh tolong saya lari dari tu saka warisan nenek saya.Bapa sy sama konco2 dia terus jalan.Saya mendiamkan diri saja.
YOU ARE READING
W A R I S
HorrorCerita ini adalah bukan rekaan.Cerita ini dikongsikan oleh seorang gadis berasal dari SABAH. Ceritanya bermula ketika dia dijadikan WARIS kepada ilmu keturunan keluarganya sejak turun temurun! Mau tau cerita selanjutnya..Jom ikuti kisah gadis ini...