Tajuk : WARIS PART 3
Penulis : CSP
Page : Sabahan Writer_Csp
Wattpad : @CSPthewriter
Genre : True storyBila saya sedar dari tidur sy, saya berada didalam bilik bapa dengan mama saya.Mama saya masih tidur lagi.Saya masih rasa mengantuk tapi saya lawan juga.Saya bangun selepas itu keluar dari bilik tu.Sekali saya keluar dari bilik, tiada orang diruang tamu.
Saya jalan pigi dapurlah ni sebab sy dengar bunyi bising dari tu sungai belakang.Dapur kami betul2 menghadap tu anak sungai.Selepas tu ada pintu keluar dari dapur terus pigi sana anak sungai.Dari dapur tu saya nampak adik beradik sy yang lelaki main2 di anak sungai.Sy pun kesiukan ni meningu.
Sekali saya turunlah ni ikut tu pintu dapur.Sebelum saya turun tu saya tingu balik di bawa kulung rumah kami.Manatau tu lembaga yang saya nampak ada lagi sana.Sekali saya tingu tiada ni.Saya turun terus mau pigi sana sungai.Dalam perjalanan tu saya terhidu balik bau wangi betul.
"Ellaaaaa.....Ellaaaa.."
Nama saya kena panggil.Suara dia jauh betul.Suara perempuan juga tapi lembut tu panggilan dia.Suara dia merdu.Sekali saya kasi pusing2 badan saya mencari arah tu suara.Kamu tau saya nampak balik tu perempuan pakai baju hitam hari tu.Yang mama saya cakap susumara.
Saya tingu tu perempuan kasi lambai2 tangan dia sama saya.Cantik betul ni.Putih muka dia lepas tu bibir dia merah,bulu mata dia melentik,badan dia ramping,rambut dia panjang dan lurus.Tanpa saya sedar ni badan saya automatik jalan menuju sama tu perempuan.Yang saya nampak itu bukan hantu tapi orang biasa yang mau berkawan sama saya.
Sekali saya mau sampai sudah dekat tu perempuan,tu perempuan terus jalan lepas tu dia bawa saya.Manis tu senyuman dia.
"Mau pigi mana?"-Ella
"Rumah saya..saya mau kawan2 sama kau."-Susumara
"Dimana rumah kau?"-Ella
"Sanaa.."-Susumara
Saya terus mengikuti tu perempuan masuk kedalam hutan.Tapi perjalanan saya lancar saja walaupun saya sudah memasuki kawasan hutan tebal.Saya mula sudah kepenatan ni.Saya duduk sekejap.Saya tingu tu perempuan tadi masi lagi ada.Dia tingu sama saya balik.
"Dekat sudah.."-Susumara
"Saya penat sudah ni.."-Ella
"Dekat sudah.."-Susumara
Saya berdiri lagi jalan.Tapi kali ni saya curi2 tingi belakang.Dibelakang saya hutan belantara sudah.Hutan tebal yang betul2 semak.Saya tidak tau macam mana saya boleh kasi limpas tu semak begitu.Dengan duri semua.Terus saya kasi berhenti langkah saya.Saya tingu balik tu perempuan.
"Saya mau pulang nanti mama saya cari.."- Ella
"Jangan..!"-Susumara
"Nanti saya kena marah lagi.."-Ella
"Hahahahahahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahahahahahhaahahaaaa"-Susumara
Tiba2 tu perempuan ketawa mengilai macam pontianak.Saya tingu tu perempuan sambil dia mendekat sama saya.Kamu bayangkan kali ni mata dia jadi merah,kuku di tangan dia menjadi panjang lepas tu muka dia yang cantik bertukar menjadi tua.Macam nenek kebayan.Muka dia ada lubang2.Gigi dia warna kuning lepas tu panjang rata.Dia tarik tangan saya lepas tu jilat pipi saya.
"Aarrghhghhhhhhhhh!!!Amaaa..!!Appaaa...!!"-Ella
Saya berabis berteriak ni.Tapi tiada sudah yang dapat tolong saya.Terus tu lembaga tolak saya sampai terpelanting.Sana baru saya ada pokok besar.Akar dia pun besar2.Sekali saya tingu di atas pokok tu saya nampak lagi ada dua lembaga merangkak turun pigi tempat saya.Makin kuat saya berteriak.
YOU ARE READING
W A R I S
HorrorCerita ini adalah bukan rekaan.Cerita ini dikongsikan oleh seorang gadis berasal dari SABAH. Ceritanya bermula ketika dia dijadikan WARIS kepada ilmu keturunan keluarganya sejak turun temurun! Mau tau cerita selanjutnya..Jom ikuti kisah gadis ini...