Tajuk : WARIS PART 7
Penulis : CSP
Page : Sabahan Writer_Csp
Wattpad : @CSPthewriter
Genre : True storySemasa dlm perjalanan pulang kg tu kami diam saja.Tiada cerita kami.Abg sy yg keempat tertidur sudah dlm kereta.Saya perhati saja tu cikgu.Kesian sebab tu benjolan makin membesar.Tiba2 tu cikgu perasaan saya perhati dia.Masa ni tu cikgu duduk depan sama kawan dia.Kami semua belakang.
"Kenapa Ella?"-Cikgu
"Bengkak cikgu makin besar"-Ella
"Cikgu rasa makin sakit"-Cikgu
Terus saya pegang kepala tu cikgu.Tapi tu cikgu tiba2 pegang tangan saya.Selepas tu baru dia tingu semua tangan abang2 saya.Dia nampak tu gelang tangkal kami semua sama.
"Buat barukah ni?"-Cikgu
"Ya cikgu"-Ella
Saya menipu tu cikgu pasal dia tanya tu tangkal.Terus tu cikgu kasi sandar balik kepala dia di kerusi.Petang sudah ni.Jalan pun gelap sudah sikit sebab hutan gia.Banyak pokok yang tinggi2 disebelah kiri kanan kami.
Sekali saya tingu depan kan tiba2 saya nampak orang bunian banyak betul limpas menyeberang tu jalan.Semua pakaian sama.Macam oranglah betul2 tu org bunian.Tiada beza sama manusia.Cuma diorang kulit putih2 asli.Diorang ada pakaian juga.Memang lengkap macam manusia.Tapi yg lelaki dia semua badan tegap2 tiada yg gemuk.Begitu juga yg perempuan.
"Berenti...."-Ella
"Kenapa?"-Cikgu
"Ada yang mau limpas jalan.Tunggu diorang habis limpas dulu.."-Ella
Terus tu cikgu sama kawan dia diam.Diorang berabis tingu yg limpas depan tapi tiada.Tapi kawan tu cikgu kasi berenti juga kereta dia.Saya perhati tu bunian kan ada juga yg menyinggah berenti tingu2 sama kami tapi diorang tidak kacau.Org bunian ni kewujudan diorang memang ada.Tapi hanya org tertentu boleh nampak diorang.Tu sebab diorang kena gelar BUNIAN.
Diorang sebenarnya macam manusia juga.Ada bahasa diorang sendiri sama boleh cakap bahasa manusia.Diorang ni tidak suka kacau manusia kalau manusia tidak kacau diorang atau buat perjanjian dengan diorang.
"Banyak juga Bunian limpas"-Abang ketiga
Abang saya tiba2 bersuara.Terus tu cikgu sama kawan dia tingu tempat abanga saya.Lain muka diorang.Abang saya buat macam biasa saja.Terus kasi sandar balik kepala dia kerusi.
"Ella..Buniankah yg limpas?"-Cikgu
"Eya cikgu..Sebab tu saya suruh berenti"-Ella
"Ooh..kamu semua boleh kobibirikah?"-Cikgu
"Eya cikgu.."-Ella
Terus tu cikgu diam lagi.Lain sudah muka diorang.Saya diam saja ni.Kawan tu cikgu yang ketara ketakutan.Sekali saya tingu balik didepan habis sudah tu orang bunian limpas.Terus syaa kasitau tu cikgu.Terus dia on enjin kereta baru kami jalan balik.Semasa mau jalan tu,tu anak2 bunian melambai sama kami.Saya yang nampak ni terus lambai2 sama tu anak2 bunian.
Dalam 15 minit perjalanan macam begitu tiba2 kawan tu cikgu kasi berhenti tu kereta.Selepas tu dia turun macam menghalau sesuatu.Sekali saya tingu dari dalam kereta saya nampak kawan tu cikgu menghalau burung hantu yang betul2 ada di tengah2 jalan raya.Terus saya pun turun dari kereta sama abang saya yg ketiga.
"Macam lain2 tu puvok"-Ella
"Memanglah..bukan puvok tu"-Abang ketiga
Sekali saya tu puvok terbang pigi atas pokok yang tinggi.Dari sana baru saya nampak tu puvok sebenarnya haiwan yg jadi-jadian.Bertukar jadi monyet sudah balik.Tapi tu pun tidak kacau orang tu kalau kita tidak kacau dia.Sebab kalau kamu pernah dengar yg haiwan jadi-jadian ni sebenarnya dia makan haiwan saja.Tapi jarang org boleh nampak tu.Tapi tu saya rasa semua org boleh nampak dengan mata kasar.Cuma tulaaah jarang kita nampak dia berjadi-jadian.
Kami sambung balik perjalanan.Tapi sepanjang dalam perjalanan tu kan kami rasa berat betul tu kereta.Saya tingu2 belakang kereta manatau ada menumpang kami.Tapi tiada juga.Pelan tu kereta bergerak.Tidak boleh laju sudah bilang kawan tu cikgu.Kami paksa saja jalan sebab mau malam sudah ni.Banyak sudah bunyi2 yang pelik2 dari hutan.
Syukur jugalah sebab walaupun perjalanan kami lambat kami sampai juga di kampung halaman.Terus semua orang kampung keluar ni meningu tu kereta yang masuk kampung.Biasalah masih jakun bah semua.Semua d kampung masa tu tiada kereta.😅 Sampai dirumah terus bapa saya keluar bawa bujak ni.Mama saya mengintai dari dalam rumah.Garang muka bapa saya.Terkejut kali nampak kereta tiba2 masuk2 di kawasan rumah.
Terus abang2 saya duluan keluar ni.Bapa saya nampak abang2 saya terus dia berlari menuju pigi tempat abang2 saya.Saya nampak abang2 saya bercakap sama bapa saya.Lama jugalah.Selepas tu baru abang saya bagi isyarat suruh kami keluar.Terus kami semua keluar dari kereta.Semasa kami keluar tu bapa saya tingu saja tu cikgu kami yg sakit.
"Naik kamu semua.."-Bapa
"Apa macam ada yg ikut kami pulang"-Abang ketiga
"Eya..Ada tunaa diatas bumbung kereta"-Bapa
Baru saya perasaan ada lembaga besar duduk diatas kereta.Patutlah kami tidak nampak rupanya tu lembaga duduk atas bumbung tu kereta.Tu lembaga besar badan dia.Tegap ni.Mata dia pun tajam tiada kening lagi tu.Sekai bapa saya menuju pigi kereta terus tu lembaga lari pigi masuk hutan semula.Terus bapa saya kasi biar.
Terus kami naik semua di atas rumah.Sampai di atas rumah mama saya kasi hidang minuman sama tu linopot pisang.Ngam2 juga masa tu mama saya membuat linopot.Tu cigu sama tu kawan dia macam segan2.Bapa saya kasi sedia semua perkakas diruang tamu.Dia tunggu kami siap makan baru dia suruh tu cikgu duduk di tengah2 tu atas kain kuning.
Bapa saya sudah tau sebab apa tu cikgu datang.Habis abang saya yg kasitau masa kami dlm kereta menunggu.kami adik-beradik yg tidak suruh tu cikgu turun sebab nanti tu rogon bapa saya yg menjaga rumah terkejut terus serang diorang.Sudah ada isyarat baru kami turun.
"Apa saja yang saya buat lepas ni jangan kau bagitau orang diluar sebab ni penyakit akan datang balik sama kau"-Bapa
"Ya saya janji"-Cikgu
"Sama apa saja yang kau nampak atau dengar semasa saya kasi ubat kau jangan kau lari dari kawasan ni kain tempat kau duduk"-Bapa
"Ya.."-Cikgu
Terus bapa saya tabur sesuatu diatas badan tu cikgu.Mulut bapa saya terkumat-kamit membacakan sesuatu.Saya tingu tu cikgu berpeluh-peluh sudah sambil batuk2.Kawan tu cikgu diam saja.Macam dia ketakutan.Pertama kali mungkin dia nampak orang berubat secara kampung.
Tidak lama lepas tu saya nampak ada serangga kekuar dari benjolan tu cikgu.Terus satu rumah tu bauh.Kawan tu cikgu terus pigi luar muntah2.Baih betul.Tu cikgu masih diam tapi airmata dia keluar sudah.Bapa saya pegang kepala tu cikgu baru dia tangkap tu serangga kasi mati.Mungkin ada lebih sepuluh ekor tu.Tapi serangga tu bukan serangga biasa2.Tidak lama lepas tu keluar tu lembaga yang serba hitam marah sama bapa saya.
Tu lembaga berpusing-pusing di kawasan tu kain.Tapi tu lembaga tidak dapat keluar dari kawasan tu kain.Kali ni cikgu saya nampak tu lembaga terus dia berteriak sekuat hati.Bapa saya bagi isyarat suruh sedia2 manatau tu cikgu mau lari.Kami adik beradik sedia2 mau tangkap tu cikgu kalau dia berlari.Tapi bagus tu cikgu.Kuat semangat dia.Dia tidak lari.
Kali ni tu kutu dikepala tu lembaga berjatuhan semua diatas tu kain.Berteriak tu lembaga macam kesakitan.Bapa saya ada cakap suruh tu lembaga kasi tinggal tu cikgu tapi mcm tu lembaga tidak mau.Jadi bapa saya terpaksa guna cara kasar.Sampaj tangkal kami bapa saya sirih mama saya bakar di sana dampuran.
Sudah tu baru bapa saya kasi tuang air di badan tu cikgu.Macam air bunga saya nampak sebab dalam botol tu saya nampak macam2 jenis bunga dari hutan.Sana baru tu cikgu tertidur.Tu lembaga pun hilang sudah.Yang benjolan terus surut dari kepala tu cikgu.Mama saya sama kawan tu cikgu angkat tu cikgu masuk dalam bilik.
Malam tu bapa saya suruh tu cikgu sama kawan dia tidur dirumah.Sebab ada lagi mau dibuat selepas tu cikgu sedar dari tidurnya.Mau dikasih rendam dalam air bunga.Kasi rehat dulu tu cikgu bilang bapa saya.Nanti dia kehabisan tenaga kalau dikasi terus.Yang penting tu lembaga tiada sudah ikut2 sama tu cikgu sama tu benjolan pun mulai surut..
YOU ARE READING
W A R I S
HorrorCerita ini adalah bukan rekaan.Cerita ini dikongsikan oleh seorang gadis berasal dari SABAH. Ceritanya bermula ketika dia dijadikan WARIS kepada ilmu keturunan keluarganya sejak turun temurun! Mau tau cerita selanjutnya..Jom ikuti kisah gadis ini...