PART 8 - WARIS

2.1K 139 1
                                    

Tajuk : WARIS PART 8
Penulis : CSP
Page : Sabahan Writer_Csp
Wattpad : @CSPthewriter
Genre : True story

Keesokannya awal pagi nenek saya datang bawa bermacam-macam jenis bunga yg di petik dari hutan.Sy lupa sudah apa jenis dan nama bunga2 yg nenek saya bawa.Dari jauh saya dpt hidu bau harum yang keluar dari bunga2 tu.Sampai berdiri bulu roma sy terhidu bau tu bunga.

Saya masuk dalam terus sy jumpa bapa saya.Bapa saya tengah kasi tuang tu tempayan besar dengan air.Tu tempayan muat untuk dua orang.Selepas tu bapa saya kasi campur air panas sama tu air yg dlm tempayan.

"Ella..pigi kau ketuk bilik kasi bangun cikgu kamu.."-Bapa

"Ya appa.."-Ella

Terus sy menuju bilik kasi bangun tu cikgu.Semasa sy sampai kan saya nampak roh tu cikgu berdiri di tepi badan tu cikgu.Kawan tu cikgu masih tidur lagi.Saya pernah ingat pesan bapa saya,kalau kita nampak roh org yg masih tidur keluar dari badan, jangan sesekali tegur nanti tu roh dia lari jauh dari badan dia.Jadi sy perhati sajalah roh tu cikgu.

Roh tu cikgu lama betul dia perhati badan dia sendiri.Macam dia sedih nampak keadaan tubuh badan dia.Tapi last2 tu roh dia masuk juga balik dlm badan.Sudah masuk tu baru saya pigi dekat kasi bangun tu cikgu sama kawan dia.

"Cikgu..cikgu..bangun"-Ella

Terus tu cikgu bangun.Lama dia duduk baru tu cikgu sy berdiri sambil tu kawan tolong dia.Kami papah tu cikgu bawa pigi ruang tamu.Diruang tamu tu nenek saya tengah gaulkan air dlm tempayan tu dengan bunga2 yg dia bawah.Mulut nenek dan bapa saya terkumat kamit membacakan sesuatu.

"Bah sini kau.."-Nenek

Terus tu cikgu datang dekat sama nenek saya.Nenek saya siram dia pakai tu air dlm tempayan.Saya nampak ada kepulan asap hitam keluar dari badan tu cikgu.Saya perhati saja.Terus nenek saya suruh bapa sama abang2 saya keluar dari tu rumah.Tu cikgu kena suru buka pakaian dia lepas tu ganti sama tu gansing(kain sarung).Sudah tu barulah kami tolong tu cikgu masuk didalam tu tempayan.Empat orang tu kami angkat.Saya,mama,kawan cikgu sama nenek..Tu pun tu peliharaan nenek sy tolong kami..

Disana baru saya perasaan tu cikgu berat betul.Bayangkan bah tu cikgu bukan gemuk pun.Kurus saja bah tu cikgu tp berat dia mcm berat yg tiga kali ganda bah.Saya perhati tangan tu cikgu terketar-ketar sudah.Kesian saya sama tu cikgu.Kalau bukan pasal tu tangkal saya mesti tu cikgu tidak akan jadi begini.

"Ella..panggil balik bapa kau..surulah diorang masuk."-Nenek

"Bah nenek.."-Ella

Saya terus berlari panggil bapa sy sama abang2 saya.Terus diorang naik semula pigi rumah.Bapa saya ambil bujak dia.Sudah tu baru bapa saya datang dekat sama tu cikgu kami.Bapa saya letak tu bujak atas kepala cikgu kami sambil terkumat-kamit membacakan sesuatu.

"Saya bagi amaran terakhir..kalau kau tidak keluar dari badan dia saya kasi mati kau!"-Bapa

"Saya selesa sudah tinggal dalam badan dia.."-Cikgu

Tu cikgu kami menjawab tp bukan suara tu cikgu.Suara tu cikgu lain betul ni.Sampai kawan tu cikgu pegang lengan mama saya sebab dia ketakutan.

"Kau jangan memaksa saya untuk kasi keluar kau dari sana!"-Bapa

"Sy tidak akan lepaskan badan dia.!!"-Cikgu

Terus nenek saya yang maju kali ni.Dia kasi keluar pisau kecil lepas tu dia ambil tangan tu cikgu.Sudah tu terus nenek saya hiris jari tu cikgu smpai darah menitis didalam tu tempayan.Tu cikgu tarik balik tangan dia..

"Hahahahhahahahahahahaahahahahahhahahahahahahahahahaha"-Cikgu

Nyaring suara tu cikgu ketawa.Nenek saya sentuh kepala tu cikgu baru dia genggam.Saya tingu tu air dlm tempayan jadi merah sudah sebab darah dari jari tu cikgu.Kali ni tu tempayan begegar.Bapa saya terus tuang sesuatu diatas kepala tu cikgu.

Terus tu cikgu berteriak sekuat hati.Macam satu kampung boleh dengar tu suara dia.Ayam terus bising sama tu anjing dirumah.Begitu juga burung2 yg ada dikawasan rumah kami.Bising bebunyi semua.Macam2 bunyi boleh dengar.

Saya tingu balik tu cikgu pengsan sudah.Terus kami pigi angkat tu cikgu sebaik saja nenek saya bagi isyarat suruh angkat.Sekali kami angkat badan tu cikgu ringan sudah.Mama saya angkat satu org pun boleh sudah.Semasa kami angkat tu kan tu cikgu sedar tp lemah sangat dia.

Saya tingu balik ditempayan kan rupanya masi ada yang tertinggal didalam tu tempayan.Ada lembaga serbah hitam.Kepala dia penuh dengan kutu.Lembaga yg saya nampak hari tu mula2 tu cikgu sakit.Tu lembaga meronta-ronta mau keluar tp tidak dapat.Sampai tu lembaga ludah muka nenek saya.Dia marah sama nenek saya.

"Kau yang jajal(degil)!saya suda suruh kau keluar tp kau tidak mau!"-Nenek

"Sy selesa tinggal dalam badan dia!"-Lembaga

"Tulaaah! Org tu bukan tpt kau tinggal! Sy terpaksa guna cara kasar utk kasi keluar kau!"-Nenek

Terus bapa saya maju dekat tu lembaga.Tu kepala bujak kena letak atas kepala tu lembaga.Terus bapa saya tikam tu mata lembaga.Selepas tu bapa saya tikam lagi dada tu lembaga sampai tu lembaga macam termuntah sesuatu.Muntah yang sangat bau busuk.Satu rumah terhidu bau tu muntah.Macam bau nanah atau bangkai yang sudah buruk..

Kali ni nenek saya yg ludah tu lembaga.Terus nenek saya tabur macam garam tapi bukan garam di atas badan tu lembaga.Terus tu lembaga menggulupur kesakitan.Sampailah tu lembaga hilang dari tu tempayan.Sekali saya terus datang dekat tu tempayan yang bau busuk tu.

Saya nampak tu tempayan penuh dengan muntah nanah bercampur darah.Memang saya geli masa tu.Terus bapa saya tutup tu tempayan guna kain sama plastik.Dlm beberapa saat tu bau hilang terus.Bapa saya dekat sama nenek sya.

"Sembuh sudah dia tu amma..Cuma perlu rehat saja.."-Bapa

"Ya sembuh sudah dia tu tp nanti kau kasi buat dia tu ubat gosok utk dia pakai2.."-Nenek

"Ooh..adalagi tu.Nanti saya bagi sama tu cikgu.."-Bapa

"Ngamlah itu.."-Nenek

Terus bapa saya sambung buat kerja dia.Bapa dgn abang2 saya angkat tu tempayan turun pigi bawa.Nenek saya pigi datang sama tu cikgu.Terus dia urut2 badan tu cikgu.Sy baru nampak tu cikgu senyum.Memang sembuh sudahlah tu.Dia bercakap-cakap sama nenek dgn mama sy lagi tp tidak tau apa sebab saya perhati dari ruangtamu saja.

Petang tu,tu cikgu sama kawan dia balik sudah termasuk dengan abang2 saya.Saya kena suruh tinggal dirumah oleh bapa saya sama nenek saya.Saya pun tidak tau kenapa.

Sebelum balik tu,tu cikgu mcm bagi sesuatu sama nenek dgn bapa saya.Macam duit mungkin.Bapa saya sama nenek saya tabur sesuatu di kereta kawan tu cikgu.Supaya tiada yang menunpang balik atau ikut diorang.Tu cikgu pun macam beransur pulih sudah.

Nenek saya sempat pesan sama abang2 saya supaya jaga tu cikgu sama tu kawan cikgu sepanjang perjalanan.Lagipun abang2 saya ni pandai juga sikit2.Jadi kami tidak risau betul tentang perjalanan diorang.Tiada sudah rogon yg boleh kacau diorang sepanjang perjalanan sebab nenek sy bilang tu pagar paling kuat diorang kasi bawa.Ilmu org lain pun tidak dapat tembus.

Cuma diorang kena bagi pantang supaya tidak pergi jauh dari tu kereta kalau diorang ada masalah.Cintohnya tayar pancit atau kereta rosak.Boleh keluar tapi jangan jauh sangat dari tu kereta.

W A R I SWhere stories live. Discover now