Tajuk : WARIS PART 6
Penulis : CSP
Page : Sabahan Writer_Csp
Wattpad : @CSPthewriter
Genre : True storyMasa ni umur saya masa masuk 15 tahun sudah.Saya kasi skip terus yg lain sebab semuanya lebih kurang saja.Masuk remaja sudah saya.Jadi saya bersekolah disalah sebuah sekolah menengah yang terletak jaih dari kg kami.Bapa saya cuma kasi bawa kami tangkal yang paling kuat kunun.Tapi tu tangkal x bole terlepas dari tangan kami.Tu tangkal sejenis gelang yang dipakaikan di pergelangan tangan kami.
Kami semua adik beradik ada tu tangkal termasuk mama sama bapa saya.Tujuan dia untuk menjaga kita dari kena buat2 orang,kena rasuk,kena kacau sama rogon atau pun orang biasa.Kira kalau orang kacau kita dia akan kena balik.Kalau Kena tu bukan calang2 tu teruk dia.Mau kena kasi ubat segera.Yang boleh kasi ubat cuma bapa sama nenek saya.
Dijadikan cerita satu hari tu semasa dalam kelas ada ni cikgu arr..cikgu perempuan.Dia marah sama saya sebab saya pakai gelang.Tapi gelang tu sebenarnya tangkal.Sampai perut saya kena cubit.Ada bekas terus kena cubit.Selepas itu,tu tangkal dia gunting dari tangan saya dan terus simpan dalam beg pencil dia.Terus duduk dimeja guru.Syaa berdiri semula pigi tpt tu cikgu.
"Cikgu saya mau balik tu gelang"-Ella
"Kamu taukah ni sekolah..mana boleh pakai benda2 macam tu.Kalau mau berhias tidak payah sekolah."-Cikgu
"Tapi tu amanah keluarga cikgu.Kami kena jaga bagus2.."-Ella
"Lain kali jangan pakai masa sekolah.."-Cikgu
"Adat keluarga kami cikgu.Tu gelang memang kena sentiasa pakai."-Ella
"Banyaklah kau adat.Tidak pernah sy dengar adat begitu.Sudah..Balik tpt duduk kau.."-Cikgu
Saya terus balik semula pigi tempat duduk saya.Berabis sudah saya pujuk tu cikgu tapi tidak mau percaya sama saya.Senyum2 sinis lagi dengar penjelasan saya.Hati saya tidak keruan sudah ni.Jantung saya berdegup kencang.Saya takut terjadi sesuatu sama tu cikgu.
Sekali tu cikgu menulis di papan tulis tiba2 ada angin kuat di sekolah.Sampai pecah tu cermin tingkap kelas kami satu biji.Punya main terkejut semua yang dalam kelas tu.Tapi tiada tanda2 mau hujan.Sekali saya tingu dikuar kelas saya nampak banyak lembaga diluar.Teratur susunan diorang ni.Lembaga tu semua sama.
Kamu bayangkan saja muka diorang bujur panjang.Mata diorang pun sama tapi mata diorang warna hitam.Mulut diorang lebar tapi tiada bibir.Gigi diorang rata lepas tu banyak bintik2 hitam.Badan diorang pun pun panjang.Kaki sama tangan diorang panjang.Tu kalau sy tidak silap tompu LALAINGOI.Kalau dalam bahasa melayu sejenis hantu yang tinggi.Tu lembaga terus melangkah dari kelas ke kelas.
"Apa yang kau tingu tu Ella?"-Cikgu
Saya diam kali ni sambil mengeleng-gelengkan kepala saya sama tu cikgu.Tu cikgu muka bengis sudah ni marah sama saya sebab tidak tumpuhkan perhatian dalam kelas.Saya terpegun bah nampak tu lembaga.Saya masa umur remaja ni kurang sudah sikit penakut saya.Sebab saya sudah biasa nampak apa yang orang tidak boleh nampak.Kecuali kalau saya nampak tu lembaga yang tidak bagus,itu memang saya takut.Kalau jenis yang tidak kacau orang saya tidak takut.
"Bah murid2 semua..siapa yang tidak mau tumpuhkan perhatian semasa cikgu sedang mengajar boleh keluar.."-Cikgu
Ini kali tu cikgu marah sudah.Macam menyindir sama saya pula tu ayat dia.Tapi saya diam saja sebab ni cikgu ni boleh tahan juga panas baran dia.Selepas tu cikgu cakap begitu tiba2 ada sekumpulan pelajar keluar.Geng pelajar yg nakal2 tu.Selamba lagi tu keluar dari kelas.Mungkin peluang diorang tu mau skip kelas.Sudah kena bagi green light sama cikgu kan..
Sekali tu cikgu duduk di kerusi guru tiba2 saya ada nampak kepulan asap hitam dibelakang tu guru.Terus tangan saya menggigil.Memang kali ni tu rogon tangkal sudah yang saya nampak.Kamu tau macam saya mau menangis nampak tu rogon.Saya kesian sama cikgu saya.Didalam kelas tu langsung tiada siapa yang nampak tu kepulan asap.
Tu cikgu saya tiba2 batuk2..Kali ni saya nampak ada lembaga wanita panjang betul rambut dia tapi mengurai.Kening dia tebal panjang,mata tu lembaga merah betul.Kepala tu lembaga banyak gutuk(kudis kepala)juga.Lepas tu di rambut dia banyak macam serangga berjalan-jalan keluar masuk dari rambut.Macam kutu tapi bukan.Tu serangga berjatuhan di kepala tu cikgu sampai tu cikgu garu2 kepala dia.Tu lembaga serba hitam.Pakaian dia koyak2 sudah warna hitam lepas tu pegang tongkat perak.Buruk muka dia berlubang-lubang yang ada nanah lagi.Saya jadi takut masa tu.Kamu bayangkan cara pandangan tu lembaga sama tu cikgu macam tu yang kucing tengah marah.
Selepas tu, itu lembaga tingu saya sambil senyum2 sama saya.Terus saya kasi tunduk kepala saya.Malas saya tingu tu lembaga dari tangkal.Saya diam saja ni walaupun sebenarnya saya mau berteriak sudah.
Keesokannya tu cikgu betul2 sakit.Saya dengar2 masa tu,tu cikgu sakit sebab ada benjolan tumbuh dikepala dia.Macam bisul diorang bilang sebab bernanah.Padahal baru satu hari tu.Apalagi yang membuatkan saya betul2 terkejut tu gelang tangkal ada sudah balik tepakai di pergelangan tangan sy.Baru tu gelang macam yg asal.Tiada bekas kena gunting atau bekas kena sambung balik.
Saya terus jumpa abang saya.m yang ketiga.Ngam2 masa tu ialah hujung minggu.Saya mau kasitau pasal tu kejadian.Firasat sy kuat mengatakan yg tu Memang perbuatan tu rogon dari tangkal saya.Dua2 abang sy keluar pigi jumpa saya.
"Kenapa tu?"-Abang ketiga
"Tu cikgu kami bah sakit tapi bukan sakit biasa2 tu.."-Ella
"Jadi kenapa?"-Abang ketiga
"Tu rogon ditangkal yang buat."-Ella
Disana terus saya menceritakan segala-galanya sama kedua abang saya.Terus abang saya macam terkumat-kamit membacakan sesuatu.Kami tiga orang ni bersusun saja.Sy tingkatan 3,yg satu 4 dan yg satu lagi tingkatan 5.Terus abang saya bawa kami junpa tu cikgu sebelum jadi teruk.Kami berlari pigi dirumah tu cikgu.
Sekali kami ketuk2 rumah dia tiba2 kami dengar bunyi mengerang kesakitan dalam tu rumah.Tidak lama lepas tu,tu cikgu pigi buka tu pintu.Kamu tau apa saya nampak..Saya nampak baby mungkin dlm 6 bulan begitu bergayut dikepala tu cikgu.Tu baby bukan biasa2 arr.Baru senyum2 lagi sama syaa.Dia pegang kepala tu cikgu sambil tenung saya.
Kepala tu lembaga baby bulat,badan dia masih merah tp mata dia semua putih tapi gigi dia ada sudah semua.Gigi dia warna kuning.Kuku tu baby panjang2 ni.Terus saya tutup mulut saya.Terkejut sama kesian sama tu cikgu.Kamu tau tu benjolan dikepala tu cikgu besar2 ni.Tu cikgu pegang kepala dia sambil kasi sandar badan dia di dinding pintu.
"Kenapa datang ni?"-Cikgu
"Cikgu kami dengar2 cikgu sakit"-Abg ketiga
"Ya tp nanti sembuhlah ni selepas cikgu jumpa doktor.Bah baliklah kamu pigi asrama kamu."-Cikgu
"Doktor tidak dapat kasi ubat tu sakit cikgu"-Abg ketiga
Terus tu cikgu terdiam.Dia tingu muka kami satu persatu.Selepas tu terus tu cikgu keluar dari rumah pigi dekat abang saya.
"Apa maksud kamu.."-Cikgu
"Cikgu bukan kena sakit yang biasa2 ni.Ada benda lain kacau cikgu."-Abg ketiga
Terus tu cikgu diam lagi.Lama betul tu cikgu diam.Macam dia tidak percaya apa yang dia dengar.Tapi abang saya tidak bagitau th sebab dari tu tangkal yang tu cikgu kacau dari saya.
"Kalau cikgu mau kami boleh tolong.."-Abg ketiga.
"Macam mana.."-Cikgu
"Bapa saya boleh kasi ubat orang yang kena begini tapi kena pigi kg kami.."-Abg ketiga
Terus tu cikgu setuju.Sama dia ada cerita kami yg malam tu dia ada mimpi lembaga serba hitam kepala dia penuh dengan kutu kasi ketawa dia.Sana sy agak tu lembaga tangkal pigi kacau dia masa tidur.Terus abang saya tolong tu cikgu kasi kurang sedikit sakit dia.Abang saya buang tu lembaga baby.
Abang sy ni pandai2 juga.Saya pun pandai kasi ubat org sikit2.Lama juga diorang mau kasi lepas tu lembaga baby yang bergayut dikepala tu cikgu sampai abang saya memaki-maki ni.Akhirnya tu abg sy yg tingkatan 4 tolong dia.Baru terlepas tu lembaga baby.Sekali sudah terlari terus ada tangisan baby dalam tu rumah.Tu cikgu pun dengar ni.Terus tu cikgu kasitau kepala dia ringan sudah sikit sama tidak sakit lagi.
Petang tu kami jalan balik pigi kampung.Ada kawan tu cikgu satu org ikut sama kami.Perempuan juga.Sebab kami pakai kereta kawan tu cikgu.Kereta 4x4 hilux.Kalau kereta yg biasa2 saja tidak dapat limpas tu masuk di kampung kami.Kami semua adik beradik ikut.
YOU ARE READING
W A R I S
HorrorCerita ini adalah bukan rekaan.Cerita ini dikongsikan oleh seorang gadis berasal dari SABAH. Ceritanya bermula ketika dia dijadikan WARIS kepada ilmu keturunan keluarganya sejak turun temurun! Mau tau cerita selanjutnya..Jom ikuti kisah gadis ini...