LPU #1

689 22 2
                                    

"Macam mana aku nak hadapi ini semua? Macam mana aku nak jelaskan perasaan aku sekarang ini?"

"Nura, cukup bagitahu dia" Amani mencuba memberi Nura nasihat.

"Tapi daripada kecik aku diajar untuk pendam perasaan aku. Aku diajar untuk simpan seorang rasa bahagia aku, sedih aku. Aku tak pandai meluahkan, Amani"

Amani menepuk bahu sahabatnya itu dengan lembut.

Dia tahu Annura adalah wanitankuat kuat. Tapi Nura tidak yakin kalau dia akan kuat untuk tempuhinya.

"Aku nak tanya, kenapa kau boleh serik sangat dengan lelaki?"

"Sebab ayah aku, aku dan umi aku merempat hidup. Kitaorang hidup senang sekarang, bukan sebab ada lelaki kat hidup kami. Aku rasa aku juga boleh hidup tanpa lelaki disisi"

Amani menggeleng mendengar jawapan sahabatnya itu.

"Nura, aku tak rasa yang pilihan umi kau tu salah"

"Kenapa pulak? Amani, aku dah semacam kena jual beli. Aku tahu hidup senang yang kitaorang ada sekarang, duit yang menyara kos hidup aku selama aku belajar dekat Mesir semua dari keluarga bekas majikan umi. Tapi, aku tak nak berurusan dengan lelaki. Aku tak nak kahwin"

"Salah ke umi nak yang terbaik untuk anak umi?"

Tiba-tiba sahaja puan Saleha duduk di atas katil anak daranya yang sangat keras kepala itu.

Annura diam seribu bahasa. Dia takut menyakiti hati umi nya.

"Umi...Nura tak bermaksud nak kecikkan hati umi"

Nura segera menggenggam tangan umi nya.

"Nura, umi tak paksa kalau Nura tak mahu, umi akan cakap dengan Yang Mulia"

"Yang Mulia?"

Anak Raja mana pulak ni yang hendak di kenenkan dengan Annura?

Sendu terlihat wajah puan Saleha.

"Umi, Nura hanya takut lelaki itu akan sakitkan hati Nura, macam apa yang ayah buat dekat kita"

Puan Saleha menyeka air mata Annura

"Tak semua lelaki sama, Nura. Tak semua lelaki macam ayah Nura. Umi dah tak sanggup nak hidup hanya bertiga dengan Nura dan Amani. Umi mahu ada yang jaga Nura"

"Tapi Umi dan Amani boleh jaga Nura"

Puan Saleha dan Amani hanya menggeleng. Susah sangat nak buka fikiran anak gadis ini.

"Tengku Rayyan tu baik. Nura belum kenal dia lagi"

Annura berfikir dalam hati. Tengku Rayyan nama dia, mesti susah nak berkawan dengan dia.

"Nura, aku yakin orang yang bernama Tengku Rayyan ni akan jaga kau sebaik mana Umi dan aku jaga kau"

"Aku harap macam tu"

"Jadi Nura setuju?"

Wajah puan Saleha sudah berbinar. Annura hanya mengangguk sepantas kilat.

"Alhamdulillah"

                                    ###

"Silahkan masuk Cik Puan Annura"

Salah seorang pelayan dirumah agam yang besarnya sudah bak istana diRaja itu memanggil Annura dengan gelaran Cik Puan. Annura hanya menganggaru tudung kaler peach yang di pakainya pagi ini.

Annura datang bersama dengan puan Saleha dan juga Amani.

Rumah agam yang memiliki 4 lantai itu sangat besar. Memiliki halaman yang luas, dengan taman bunga, kolam renang sehingga dua, dan jauh sangat daripada bisingnya Kuala Lumpur. Sangat cantik. Nura dan Amani tergamam. Inikah tempat kerja umi nya dahulu. Maklum lah dulu mereka hidup dirumah berlainan dan Nura tidak pernah datang kemari.

Lelaki Pilihan UmiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang