Rayyan berdiri di hadapan cermin seraya memilah milih tali leher yang sesuai dengan kemeja berwarna navy nya hari ini. Sepatut nya Rayyan masih cuti daripada pejabat.
Rayyan bukan hanya seorang chef pastry yang berjaya dengan kedai mewah nya tetapi dia juga seorang ahli waris daripada Kerajaan milik ayah nya. Rayyan juga masuk office seperti CEO kebanyakan. Namun dia baru menjadi bakal CEO. Jadi dia tidak harus ke pejabat setiap hari.
Tetapi Rayyan tidak menumpukan seratus peratus masa nya untuk pejabat sebab saat ini Ayah nya masih lah sihat dan bertenaga untuk menjadi seorang CEO.
Rayyan ke office kali ini sebab masalah keuangan yang membuat honeymoon nya dengan Annura harus terhenti.
"Yang mana satu?" Rayyan bertanya pada diri nya sendiri.
"Tie yang kat tangan kanan awak"
Annura tiba-tiba saja menjawab tanpa Rayyan pinta. Itu yang buatkan Rayyan terkejut.
"Kenapa macam tengok hantu je?" Annura berlakon mencebikkan mulut nya.
"Sorry. Lupa lah kalau dah ada isteri"
Rayyan Rayyan macam baru sehari dua saja jadi pengantin baru. Padahal sudah pun hampir setengah tahun.
"Cisssss.... nasib baik tak lupa janji awak terus"
Rayyan tersengih manja pada Annura.
"Kalau yang tu sampai mati pun takkan lupa"
Annura mengangguk sambil tersenyum.
"Meh, saya pasangkan tali leher"
Annura mengambil tali leher dari tangan kanan Rayyan. Tali leher itu di kalungkan Annura pada sela-selah kerah kemeja. Annura sedikit menjinjit kerana tinggi badan Rayyan yang melebihi tinggi maksimum Annura.
Bau wangi parfume Polo Ralph Lauren milik Rayyan itu sangat sesuai dengan diri seorang Rayyan. Annura menikmati wangi yang hari ini sah menjadi wangi kegemaran nya.
"Dah siap!!" Annura tersenyum sambil membersihkan sedikit baju dan tie.
Tali leher itu sangat rapi. Rayyan memaut tangan Annura selepas tali leher itu dipasangkan.
"Hari-hari pun saya sanggup pergi office kalau macam ni"
"Bukan ke awak rimas hari-hari pergi sana?"
"Ye lah. Memang rimas. Tapi kalau pergi PETITE awak tak akan macam ni kat saya"
"Tolong awak pasangkan apron kan boleh" Annura mengedipkan matanya yang ternyata boleh menembus hingga ke jantung dan mata Rayyan.
"Alolololo kalau macam ni tebal lah pocket saya. Hari-hari rasa nak kerja"
"Kalau macam tu saya yang tak suka"
"Kenapa pulak?" Tanya Rayyan hairan
"Kalau awak 24/7 kerja saya ni isteri siapa lah? Siapa yang nak perhatikan saya?"
Rayyan menepuk kening nya sambil tertawa.
"Jangan cakap lupa kalau dah ada isteri" Annura perli Rayyan dengan tatapan matanya.
"Okay! Baik lah Tuan Puteri awak lah yang pertama dan utama. Selama-lamanya"
"Tak lah. Mama awak yang utama dan saya yang pertama"
Rayyan mengedipkan matanya tanda setuju dengan Annura.
###
Suara lagu You are The Reason daripada Callum Scott terdengar di seluruh penjuru PETITE. Rayyan selepas dari pejabat terus ke PETITE. Dia memang tak tahan kalau sehari saja tidak ke PETITE. PETITE adalah hidup nya. PETITE juga lah alasan Rayyan untuk terus bersemangat. Tapi, sekarang semangat nya sudah bertambah dua, yaitu Annura.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lelaki Pilihan Umi
Romance"Umi ni macam lah Nura ni tak boleh cari calon sendiri" - Annura Rizrose "Umi macam lah anak umi ni tak ada peminat" - Annura Rizroze "Umi, stop! Nura penat dengan lelaki" - Annura Rizrose "Sampai masa nanti Nura kahwin lah" - Annura Rizroze