Annura baru sahaja bangun daripada tidur nya. Tidur selepas subuh memang tak baik tapi dia dah penat sangat itu yang tertidur. Dilihat nya rumah masih sepi saja, kemanakah Rayyan?
Annura membuka peti ais. Dia bercadang nak buat sarapan. Sebab ini kali pertama mereka tidak dilayani. Rayyan menolak pelawa ibu untuk menghantar dayang-dayang mereka kemari. Annura juga setuju. Sudah lama Annura nak buat semua kerja-kerja dapur ini sendiri.
Annura mengambil satur-sayuran dan juga telur dekat dalam peti ais. Tak lupa udang juga. Hari ini dia nak buat nasi goreng Cina.
Walaupun Annura takut untuk mencintai Rayyan bukan bererti dia lepas tanggung jawab sebagai seorang isteri. Dia tetap akan melayani makan dan minum Rayyan. Seperti isteri-isteri kebanyakan.
Annura menghiris bawang putih kemudian menumiskan nya di atas pan berukuran 30 cm. Alat memasak Rayyan sangat lengkap. Kemudian ia memaasukkan cili padi potong dan juga udang untuk ditumis bersama bawang putih. Aroma nya membuatkan Rayyan yang berada di halaman depan rumah turut masuk ke dalam dapur.
Annura tak perasan kalau Rayyan sudah duduk di meja makan tepat di belakang nya.
Nasi leftover itu dimasukkan Annura kedalam pan dan di beri nya penyedap rasa, kicap ikan dan kicap manis barang sedikit. Selepas nasi goreng Cina siap, Annura menggoreng telur mata.
Saat Annura membalikkan badan untuk eletakkan Nasi Goreng Cina dan juga telur mata ke atas meja makan, Annura dikejutkan oleh Rayyan yang sudah pun duduk disana seraya memakan epal hijau.
"Morning" Ucap Annura pada Rayyan
"Morning" Jawab Rayyan sambil tersenyum dan membantu Annura menyiapkan cutlery.
"Makan lah" Pelawa Annura pada Rayyan.
Rayyan pun mengambil sudu sebab nasi goreng dah pun ada diatas pinggan. Rayyan hanya tinggap suap aje kat dalam mulut.
"Sedap jugak awak masak kan?"
"Awak ingat awak sorang je ke boleh masuk dapur?" Jawab Annura sempoi. Mereka berborak sempoi pagi ini. Seperti kawan.
"Saya tahu buat kek je dengan cookies. Masak semua ni memang saya tak minat langsung"
"Itu pun boleh"
"Saya boleh sebenarnya. Tapi tak minat je. Biar sekadar buat kek dan cookies"
Rayyan sudah berfikir semalamam penuh. Ia bercadang untuk ikut alur Annura yang mahu perlahan-lahan dalam hubungan mereka. Rayyan akan buat Annura semacam kawan dulu. Rayyan tahu Annura takut. Rayyan juga sedar kalau Annura takut disebabkan dia yang pernah ada kekasih sebelum ini.
Tapi Rayyan nak segalanya berubah. Dia yakin kalau Annura lah satu-satunya wanita didalam hidupnya seperti yang dikatakan oleh Ayahanda nya.
Annura hanya mengangguk mendengar penjelasan Annura.
"Hm....Umi dah tahu ke kita pindah rumah?"
"Belum, nanti lah saya call Umi" Jawab Annura
Annura memang tidak bisa menafikan kalau Rayyan memang sempurna sebagai seorang lelaki. Rayyan memiliki segalanya. Rayyan memiliki apa pun yang orang lain tidak ada. Seharusnya Annura sangat bertuah menjadi sebahagian daripada hidup Rayyan.
Annura membasuh pinggan ditemani oleh Rayyan yang berdiri di samping nya. Annura merasa malu berdampingan dengan Rayyan. Rayyan terlalu mempesona juga menakutkan.
"Kita pergi honeymoon nak?" Pelawa Rayyan pada Annura
Annura seketika menutup paip air.
"Honeymoon?" Kemudian Annura tergelak. Rasa geli hatinya mendengar pelawaan Rayyan. Biar betul?
KAMU SEDANG MEMBACA
Lelaki Pilihan Umi
Romance"Umi ni macam lah Nura ni tak boleh cari calon sendiri" - Annura Rizrose "Umi macam lah anak umi ni tak ada peminat" - Annura Rizroze "Umi, stop! Nura penat dengan lelaki" - Annura Rizrose "Sampai masa nanti Nura kahwin lah" - Annura Rizroze