#LUP17

164 8 0
                                    

Rayyan mendekati tubuh Annura yang sudah sejuk membeku di atas katil.

"Saya bagi milik saya pada awak sepenuhnya malam ini"

Dengan perlahan Rayyan mengusap pipi Annura yang sudah merah bak ketam rebus.

"Eeeh nak apa ni?" Tanya Annura seraya mengontrol debaran jantung nya yang hampir saja mahu lepas daripada tempat nya bergantung.

"Kan saya dah cakap saya akan bagi semua milik saya pada awak. Mulai daripada masa, hati, jiwa, cinta, kasih sayang, pengorbanan, perhatian, duit belanja, kek dekat PETITE, termasuklah milik saya malam ini"

"Iuuuuhhh so dirty!! Don't you dare talk that shit to me, Rayyan"

Annura menutup bahagian depan badan nya dengan dua telapak tangan . Sedangkan Rayyan tergelak melihat gelagat Annura yang malu-malu.

"Hmmm dosa tau tak layan suami"

"Iuhhh.... tahu lah. Tapi...."

"Tapi apa?" Tanya Rayyan seraya mengangkat sebelah alis matanya.

Annura seketika menunjuk tingkap yang nampak langit malam Seoul.

"Hmmm... tak faham" Jawab Rayyan.

"Ini" Annura menunjuk bunga mawar  yang berwarna merah merekah di atas meja tetamu bilik itu.

Rayyan menggeleng-gelengkan kepalanya sambik gelak.

"Apa? Tah faham lah. Cakap direct, please!"

"Hmm... saya....saya tak boleh. Saya tengah datang bulan"

Annura menamatkan ayatnya secepat kilat. Entah Rayyan dengar atau tak.

"Ha? Apa dia? Slow slow lah kalau nak bercakap pun"

"Ishhh awak ni. Malu lah saya"

"Dengan suami sendiri tak baik malu. Nanti lari"

Annura mencubit lengan Rayyan yang agak sasa. Namun tak menakutkan untuk di pegang apatah lagi dicubit.

"Dengar baik-baik sebab saya tak akan repeat! Saya datang bulan"

Rayyan menelan air liur nya. Senyuman manis di berikan nya pada Annura.

"Oh cakap lah daripada tadi. Chill, kita masih ada masa sampai bila-bila"

"Gatal" Annura kali ini mencubit pipi flawless Rayyan.

"So, malam ni kita nak buat apa?" Tanya Rayyan masih dalam nada gatal dan manja nya.

"Malam ni eh? Malam ni kita tidur je lah sebab penat saya jalan kaki tadi"

"Nak saya urut ke?" Pelawa Rayyan

"Kalau sudi, boleh je" Jawab Annura dengan senyuman.

Rayyan lalu meletakkan kaki Annura di atas peha nya. Annura nampak belum terbiasa dan malu-malu hendak memberikan kaki nya pada Rayyan.

Rayyan pun mula mengurut kaki Annura. Jangan tanya seberapa lajunya tarikan nafas Annura malam ini. Jangan tanya juga seberapa berdebar nya dan malu nya Annura pada Rayyan malam ini. Sebab dia belum terbiasa kot mendapat perlakuan baik dan romantic daripada Rayyan.

"Jangan lah nak nervous"

Annura menelan liur dan mengetapkan bibir sebab kantoi dah kalau dia tengah berdebar tak keruan.

"Kantoi dah kan" Jawab Annura

"Why are you so cute ahhh? Rasa nak gomol je pipi tu" Rayyan terlihat geram seraya memandangi wajah Annura yang bersinar. Ceeeh.

"Awak ingat saya budak tadika"

"Kenapa saya dulu tak nampak eh kalau awak ni sebenarnya good enough to be my everything?"

Annura menggelengkan kepala nya tanda tak tahu.

"Yang lalu tak payah kenang. Sekarang ni macam mana caranya untuk kita hidup dekat rumah tangga kita" Jawab Annura.

Rayyan menurunkan kaki Annura daripada peha nya.

"Okay sayang"

"Kenapa saya macam geli dengar awak panggil saya sayang ye?" Annura tergelak pelan.

"Tak boleh ke?"

"Boleh, tapi nanti. Saya masih tak selesa. Panggil awak saya je lah dulu untuk masa ni, please?!" Pinta Annura

"Anything for you my everything"

Annura lagi-lagi tersipu malu disebabkan oleh Rayyan malam ini.

"Pandai awak kan nak buat saya malu"

"Apa dia?"

"Cakap saya sweet lah, cute lah, your everything lah. Kan saya malu"

"Laaaah memang awak adalah segala-galanya untuk saya. Nak buat macam mana?"

"Tapi tak payah lah nak memuji saya sangat. Tak terbiasa"

"Baiklah tuan puteri saya akan buat benda-benda macam ni menjadi biasa untuk kita"

Annura hanya tersenyum sebab tak boleh nak lawan dah tahap sweet ayat-ayat Rayyan. Dia kalau dah merayu nombor satu agaknya.

###

"Hallo Tuan, ada kekacauan dengan system keuangan company kita. Saya nak bagitahu yang Tuan kena tengok sendiri system yang rosak tu sebab teruk ni banyak pemasukkan yang tak masuk"

Salah seorang staff Rayyan menelepon pada saat kami hendak berkemas ke Bukcheon Village.

Rayyan terdiam sekejap, Annura nampak terdiam juga.

"Kenapa?" Tanya Annura pelan.

"Kita kena balik Malaysia pagi ini juga. Sorry tak dapat nak bawa pergi sana"

Annura memegang tangan Rayyan sambil tersenyum.

"Tak apa. Kita kan masih ada banyak masa, kan?"

Rayyan tersenyum seraya mengedipkan mata nya.

"Sorry tau. Saya akan cancel semua reservation dan pesan ticket balik"

Annura mengangguk sambil melanjutkan mengemas baju dan segala benda yang mereka bawa.

##

Setelah 6 jam mereka tiba di KLIA2. Walaupun dekat korea hanya 2 hari tapi itu dah cukup untuk Annura.

Sebab Annura dan Rayyan jadi berbaik sebab Seoul.

"Aku tak akan lupa semalam dan hari ini di Seoul" Ucap Annura dalam hati seraya menggenggam tangan Rayyan masuk ke dalam kereta.

"Sorry plan kita tak berjalan sesuai rencana" Lagi-lagi Rayya meminta maaf pada Annura.

"Tak apa. Saya okay. Kita masih boleh pergi nanti-nanti. Sebab saya pegang janji awak sampai mati"

Rayyan kemudian mengelus tudung Annura dengan lembut selepas mendengar jawaban Annura.

Janji itu dibawa mati, Rayyan...


Lelaki Pilihan UmiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang