#LPU21

191 7 0
                                    

Hari ini begitu tenang. Seperti segala kenangan masa lalu akan terkumbur dan hilang sampai disini. Senyuman terukir diwajah Annura seraya memandangi kotak-kotak yang berisi segala barangan dari rumah Umi nya. Annura memaut tangan Amani yang sedari tadi ikut berdiri disampingnya dan juga ikut memandang kotak-kotak yang bertumpuk.

"Akhirnya kita tinggalkan juga rumah itu kan, Amani?" Ucap Annura memandang Amani sayu.

Amani nampak aje periang dan tiada kesedihan. Tapi Annura tahu di dalam hati Amani yang paling dalam dia merasa traumatic sebab pernah hampir di rogol dirumah itu. Kalau bukan kerana Umi, Amani pun takut nak jejak rumah itu lagi. Kerana Umi adalah syurga kedua nya.

"Alhamdulillah.... Sekarang aku boleh tidur lena. Terimakasih untuk segalanya, Nura"

"Terimakasih juga dah pujuk Umi untuk pindah. Aku sayang kau, Amani. Sayang sangat....sangat"

Annura dan Amani berpelukan sangat hangat. Untuk menjadi saudara tak perlu sedarah, kan?

"Cik abang dah tunggu kat kereta tu" Umi datang daripada belakang. Amani dan Annura pun meleraikan pelukan mereka yang hangat.

"Eh Umi... tak perasan ada Umi. Okaylah... Nura minta diri dua kali ni, sebab tadi kan dah dengan Rayyan."

"Ye lah. Umi ingatkan Nura dah balik dari tadi. Rupanya masih sembang kat sini, kesian Rayyan tunggu"

"Iya Umi, Nura balik dulu ye? Jaga diri ye, Umi, Amani. Assalamualaikum"

"Waalaikumsallam" Umi dan Amani serentak menajwab salam dari Annura.

##

Selepas Annura dan Rayyan hilang dari pandangan. Puan Saleha memeluk Amani sambil menepuk-nepuk punggung Amani.

"Terimakasih Amani untuk segalanya"

"Umi.... jangan berterimakasih pada Amani. Ini semua memang patut Amani buat. Kerana Umi adalah Umi Amani. Wajar seorang anak menjaga ibu mereka, kan?"

Sekali lagi Puan Saleha memeluk Amanu tanpa mampu berkata-kata. Puan Saleha membesarkan anak-anak dengan baik.

##

Jalanan malam ini sangat ramai, hujan juga renyai-renyai turun nya. Annura membuka sedikit kaca tingkap kereta. Udara segar hujan itu kini dapat ia dan Rayyan rasa. Walaupun sejuk sikit cuaca tak membuatkan Annura mengurungkan niatnya membuka tingkap.

Rayyan hanya memerhati sambil memandu kereta. Kereta mereka malam ini hening, hanya suara rintikan hujan. Annura memejamkan matanya, mencoba merasakan nikamt Allah yang turun malam ini. Rasa lepas satu beban nya. Tinggal dirumah itu adalah beban untuk Annura. Tinggalkan Umi hidup sendiri dekat sana juga beban untuk Annura.

Kini beban itu sudah hilang. Umi kini tak jauh dari pandangan matanya. Kini mereka hidup di bandar yang sama. Annura merasa sedikit tenang.

"Nak makan ke?" Tanya Rayyan tiba-tiba membuatkan lamunan Annura hilang.

"Ha? makan?"

Rayyan mengangguk.

"Boleh jugak. Saya lapar"

Rayyan memandu keretanya dan sampai di sebuah retoran cepat saji, McD.

"Ini je mampu" Ucap Rayyan membuatkan Annura bingung.

"Ha? Mampu apa?"

"Ini je mampu kita makan malam ni. Sebab saya dah lapar teruk, ini je yang dekat"

"Ini dah makanan mahal dah masa saya study dulu"

"Jom"

Di atas meja dah ada 2 buah Big Mac dan 2 tin 100plus. Annura tersenyum melihat dinner nya malam ini.

Lelaki Pilihan UmiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang