Rayyan memberanikan diri untuk masuk kedalam bilik mereka. Ia berjalan perlahan mendekati Annura yang tengah berselindung di balik selimut. Rayyan naik ke atas katil dan membuka selimut Annura perlahan namun Annura menahan nya.
"Annura, please dengar apa yang saya nak cakap"
Annura bangkit dari baring nya dan duduk membelakangi Rayyan.
"Ini tak macam yang ada dalam fikiran awak"
"Saat ini fikiran itu lah yang berlaga-laga dekat dalam kepala saya ni, Rayyan."
"Iya saya tahu. Tapi semua itu tak betul"
"Apa yang tak betul nya kalau dah kunci rumah pun ada dekat dia? Berarti dia selalu datang sini kan dulu? YaAllah, Rayyan"
"Sumpah, Annura. Sumpah demi Allah"
Annura tersenyum sinis.
"Sedap kan jadi lelaki? Kalau perempuan? Tak virgin je lelaki maki lepas malam pertama, kalau lelaki? Tak perjaka perempuan tak akan tahu."
"YaAllah..... sumpah Annura. Saya tak pernah buat semua tu dengan dia"
"Awak yang buat saya berfikir kotor dan bodoh macam ni"
"Annura.... please lah percaya"
Annura menangis terisak. Tak pernah dia sesedih ini....lagi. Tak pernah dia se-terluka ini....lagi. Annura sebenarnya percayakan Rayyan, dia terlalu percayakan seorang Rayyan. Tapi, apa yang berlaku malam ini sangat menyakiti hati nya. Annura cemburu. Dia sudah berada di tahap kecemburuan seorang isteri terhadap masa lalu suaminya.
"Maaf, Annura. Maaf...saya tak plan nak sakitkan hati awak"
"Saya dengar tadi dia cinta pertama awak?"
"Ye. Dia memang yang pertama tapi awak yang terakhir."
"Kenapa eh lelaki suka bermulut manis. Saya dengar segalanya, Rayyan. Dan saya dapat mengertikan bahawa awak masih mencintai Clarissa."
"Ye.... saya masih cintakan dia. Itu yang sekarang saya tengah cuba dan usaha untuk rumah tangga kita. Itu sebab nya saya minta tolong dekat awak untuk tolong saya untuk tak lupa janji saya. Sebab saya tengah cuba. Saya perlu awak, Annura. Cinta atau tidak nya saya dengan awak tak buatkan awak bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Awak lebih dari dia, Annura."
".....Cinta pertama, Annura. Awak pun pasti ada kan?"
Annura menggeleng.
"Awak cinta pertama saya. Awak kekasih pertama saya, Rayyan"
Rayyan terdiam. Tergamam.
Annura mengelap air mata nya yang sudah banjir di pipi putih gebu nya.
Rayyan berjalan menghadap Annura yang sedari tadi berbalik. Annura tertunduk kosong melihat lantai sejuk.
Rayyan memegang tangan Annura. Mengelusnya dengan lembut dan perlahan.
"I'll try..... I'll try"
"Tapi saya tak boleh janji seberapa lama hati saya akan tunggu" Jawab Annura
"Ye.... saya bersedia kalau sekiranya suatu hari nanti hati awak dah tak sanggup tunggu untuk cinta saya. Kita boleh berpisah baik-baik. Saya faham, siapa yang nak hidup dengan orang yang tak cinta kita, kan?"
"Cubalah sampai boleh" Annura melepaskan tangannya dari di genggam oleh Rayyan kemudian dia masuk ke dalam tandas.
Rayyan masih terduduk sambil melihat sekeliling bilik dan tangan nya yang basah sebab keringat dan hangat selepas menggenggam tangan Annura.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lelaki Pilihan Umi
Romance"Umi ni macam lah Nura ni tak boleh cari calon sendiri" - Annura Rizrose "Umi macam lah anak umi ni tak ada peminat" - Annura Rizroze "Umi, stop! Nura penat dengan lelaki" - Annura Rizrose "Sampai masa nanti Nura kahwin lah" - Annura Rizroze