Tepat 30 minit sebelum adzan magrib berkumandang Annura tersedar dari tidur petang nya. Tangan hangat yang tadi memeluk nya erat telah menghilang. Annura merenung sejenak kemudian dia tersenyum. Setidaknya dia telah diperlakukan bagaimana isteri seharusnya diperlakukan. Ia bahagia sebab sudah merasakan bagaimana rasanya di peluk oleh seseorang bernama suami.
Tidur petang tadi adalah tidur yang paling nyaman dan tenang yang pernah Annura rasa. Ia bangkit daripada katil dan mengikat helaian rambutnya yang serabai.
"Bangun lah, mandi lepas tu aku tunggu dekat surau rumah ni. I give you 15 minute! go!"
"Siap boss" Annura cepat melaksanakan apa yang Rayyan perintahkan. Kali ini dengan senang hati dan tak merungut macam selalu nya.
Bunga-bunga bermekaran di dalam hati Annura. Annura memandang sekeliling surau mewah rumah agam ini. Jarang-jarang semua berkumpul untuk sholat berjemaah.
"Kak Zeera!! Annura menepuk bahu kaka iparnya setelah melaksanakan sholat mahhrib berjemaah.
"Nuraaa... rindu gila kat Nura"
Annura memeluk erat ex boss kesayangnya itu.
"Nura pun rindu jugak. Alhamdulillah tak lah Nura bosan."
"Ye. Kalau bosan boleh pergi office"
"Tak boleh!" Jawab Rayyan cepat.
Baru saja Annura nak berhoray ria Rayyan dah buat perangai. Mulutnya dimuncungkan macam itik.
"Ada-ada aje lah kauorang berdua ni. Dah lah, jom kita dinner kat atas"
Selepas Zeera pergi dari surau Annura nampak masih tak puas hati dengan Rayyan.
"Rayyan!! Apa ni?"
"Apa yang apa?"
Rayyan berjalan menaiki tangga diikuti dengan Annura dibelakangnya.
"Kak Zeera ajak pergi office dia"
"As I told you before, Annura. Bila dah kahwin dengan aku memang kau tak dibenarkan untuk kerja"
"Tapi ini tak kerja. Ini tolong je"
"Sama aje lah. Kau pergi office jugak kan? Kau pakai baju office jugak kan?"
Annura mengetapkan bibirnya dan menggenggam tangannya erat sebab geram.
"Tak. Aku pakai baju tidur. Aku tak pakai baju office"
Rayyan tertawa geli tapi ditahan. Annura tak tahu pun kalau Rayyan tengah gelak sekarang. Rayyan tengah gelakkan dia.
Mimpi apa lah Rayyan dapat isteri macam Annura. Baju tidur pun boleh.
"If I say no. Means no! Fullstop!"
Cisssss.... nampak Rayyan ni tak creative.. bukan ke itu ayat drama pukul 7?
"Dah lah tak pernah bawa pergi pettite, pergi office kak Zeera pun tak boleh, lagi lah balik rumah Umi. Tak berperasaan langsung!"
Annura membebel seraya meninggalkan Rayyan yang jalan macam turtle. Annura dengan berjalan cepat lebih cepat daripada Rayyan.
Rayyan perhati saja gelagat Annura ni. Ada terdetik rasa bahagia dan senyuman yang terlukis sedari tadi melihat tingkah Annura yang lucu dan apa adanya.
Annura menunjukkan siapa dirinya. Itulah diri Annura yang membuat Rayyan akhir-akhir ini memang rasa nak fight je hari-hari dengan Annura.
Rayyan pun tak tahu kenapa dia rasa nak cari pasal hari-hari dengan Annura. Dia nak tengok Annura mengamuk hari-hari.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lelaki Pilihan Umi
Romance"Umi ni macam lah Nura ni tak boleh cari calon sendiri" - Annura Rizrose "Umi macam lah anak umi ni tak ada peminat" - Annura Rizroze "Umi, stop! Nura penat dengan lelaki" - Annura Rizrose "Sampai masa nanti Nura kahwin lah" - Annura Rizroze