LPU #6

223 7 0
                                    

"Annura!" Rayyan datang mendekati Annura yang tengah duduk mengelamun di balcon bilik tidur Rayyan. Annura membalikkan tubuhnya menghadap kepada Rayyan. Annura perati saja Rayyan ni, dingin tidak bertempat. Kalau nak dingin pun hidup lah sana dekat kutub utara.

Belum sempat Rayyan berkata-kata, pintu sudah diketuk. Rayyan membuka pintu bilik nya, seorang pelayan bernama Ira itu datang untuk menyampaikan sebuah berita.

"Maaf Tengku dan Cik Puan. Tengku dan Cik Puan ditungu oleh para wartawan untuk klarifikasi"

Annura nampak sangat terkejut, lain hal nya dengan Rayyan. Rayyan nampak biasa saja, dia nampak sudah biasa menghadapai situasi sebegini. tak tunggu lama-lama lagi, Rayyan dan Annura segera keluar daripada bilik dan segera menuju ruang tetamu.

Disana dah ramai para wartawan dari pelbagai media di negeri ini. Disana terdapat meja panjang yang di khususkan untuk Rayyan dan Annura. Awalnya Annura menolak ikut serta, sebab dia takut menengok wajah dingin Rayyan itu akhirnya Annura pun akur untuk ikut masuk kedalam interview itu.

"Tengku, macam mana dengan gossip yang beredar sekarang ni? Adakah gadis itu istimewa?" Tanya seorang wartawan pada Rayyan. Nampak wajah Rayyan teramat santai untuk kejadian sebegini.

Tiada jawapan daripada Rayyan, membautkan wartawan semakin ingin tahu saja. Wartawan pun menanyakan soalan yang sama pada Annura. Awalnya Annura hanya diam, namun akhirnya Annura angkat bicara.

"Wanita yang bersama dengan suami saya itu adalah sepupu suami saya, tiada hubungan yang istimewa. Pernikahan kami sangat bahagia setakat ini, kami saling mencintai"

Rayyan segera menoleh Annura, kemudian mendekap Annura kedalam pelukannya. Seketika itu para wartawan tersenyum melihat pemandangan romantik yang mereka lihat sekarang ini. Pasangan yang paling femes di negeri ini.

 ###

Clarissa menutup televisyen dengan marah "Kurang ajar perempuan! Berani dia cakap aku sepupu Rayyan, berani Rayyan peluk dia! Kau siap perempuan!" Remote televisyen itu di lemparnya kasar di atas katil president suit milik nya.

##

"Terimakasih Annura dah selamatkan Rayyan daripada gossip itu" YM Zulaikha memeluk tubuh Annura erat dan kuat, tak lupa juga kak Zeera dan juga Nenek turut serta memeluk Annura.

"Sama-sama. Memang ini tugas Nura, melindungi suami Nura" Jawapan Annura itu membuatkan Rayyan semakin tak tentu arah tingkahnya. mungkin ada perasaan malu dan segan pada Annura yang telah selamatkan dia dari gossip yang boleh saja menjejaskan karir nya dan juga Alamsyah Empayar ini.

"Dengar tu Rayyan, jagalah Annura elok-elok" Rayyan hanya mengangguk entah dia faham ataupun tak.

Rayyan segera menarik tangan Annura setelah undur diri daripada ruang keluarga. Rayyan membawa Annura masuk ke dalam bilik dan mencampakkan Annura begitu saja di atas katil.

"Auchhh!! Awak dah gila ke, Rayyan? Sakit lah!" Annura mengurut pergelangan tangannya yang di tarik kasar oleh Rayyan.

"Kau dah bagi apa dekat famili aku sampai percaya sangat dengan cakap kau?"

"Bagi apa pulak ni? YaAllah, mengadanya!" Annura membuang muka pada Rayyan. Siapa tak sakit hati dituduh macam tu oleh suami sendiri.

"Aku tak suka dekat kau lah, perempuan! Kenapa kau mesti ada kacau hidup aku?"

"Saya kacau hidup awak? Heeei. Awak yang kacau hidup saya! Awak yang buat kerjaya saya hancur macam tu aje sebab kahwin dengan awak! Cermin diri tu sikit"

Annura dah tak dapat nak menahan amarahnya pada Tengku Rayyan ni. Muka saja yang lawa, perangai? Menyakitkan hati!

"Talk to my hand!!" Selamba saja manusia bernama Rayyan ini membuka lebar-lebar kelima jari nya. Boleh ke dia suruh Annura cakap dengan tangan dia. Lelaki ego.

Lelaki Pilihan UmiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang