It's April...
Pertengahan bulan April di Incheon International Airport. Bandar udara ini berada di Gonghang-ro, Jung-gu, Incheon. Ini adalah kali pertama nya untuk Annura menjejakan kaki di Korea. Rasa excited itu ada, membuak-buak di dada. Kenapa? Sebab ini kali yang pertama dan bersama seorang lelaki.
Udara dingin yang hampir menusuk tulang. Udara segar yang sangat terasa menusuk ke hidung dan dada. Rayyan membawa dua suitcase bersama nya. Mereka berdua naik teksi menuju Yeouido. Yeouido berada di Seoul bahagian barat. Kenapa Yeouido? Sebab Rayyan mahu mengajak Annura untuk melihat Cherry Blossom. Sebab dekat Korea tengah spring sekarang ini.
Annura melihat ke arah tingkap teksi, betapa indah nya Seoul pada petang menjelang malam ini, Annura tak bisa menyembunyikan perasaan gembiranya melihat Cherry Blossom untuk kali pertama dalam hidupnya. Tak pernah terbayangkan sebelumnya hari ini akan tiba.
Dekat Yeouido banyak sangat pejabat-pejabat seperti Television office dan juga bank. Dekat sana lah office KBS. Mesti Amani terkesima punya. Perjalanan jauh jugak sebab Annura dan Rayyan menghabiskan masa sebanyak 4o minit untuk tiba ke destinasi.
Setelah mengambil masa 6 jam perjalanan daripada KLIA2 ke Incheon airport ditambah dengan 40 minit ke Yeouido akhirnya mereka berdua tiba di GLAD hotel, Uisadang-daero, Yeoui-dong, Yeongdeungpo-gu, Seoul.
credit pic. google
Rayyan dan Annura hanya menginap semalam saja disini sebab Rayyan bercadang akan membawa Annura ke Hanok Village. Mereka akan menginap di Bukchonmaru Hanok Guesthouse sebab Rayyan nak merasakan suasana kampung ala Korea.
Rayyan sudah kali ke tak terhitung nya ke Korea, patut saja dia beria-ria nak ajak Annura sekali. Rayyan nampak sudah planning benda ini jauh-jauh hari. Sebab nampak semua nya well prepared.
"Awak lapar ke?" Tanya Rayyan pada Annura selepas mereka berdua berkemas dan bertukar baju.
"Lapar sangat" Jawab Annura seraya memegangi perut nya.
"Jom"
Annura dan Rayyan keluar dengan jacket agak tebal, mereka berjalan kaki menuju National Assembly station. Mereka berdua naik Subway 9-beige ke Dangsan Station selepas itu mereka naik Subway 2-green dekat Dangsan Station menuju Euljiro 1-ga station.
"Cantik nya malam hari dekat sini" Annura mengeluarkan kamera nya untuk mengambil semua gambar yang cantik di setiap tempat yang di lalui nya bersama Rayyan. Rayyan hanya tersenyum melihat gelagat bahagia Annura. Tak salah Rayyan ajak Annura bercuti. Dia memang perlu bercuti.
Annura dan Rayyan berjalan selama 5 minit untuk sampai ke Busan Jib Restaurant. Busan Jib berada dekat 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu. Memang jauh perjalanan mereka. Tapi tiada rasa lelah di raut wajah Annura. Senyum memanjang sahaja sedari tadi.
Source : Halaltravel
This restaurant is pork free and Halal Meat Available with halal certificatation. 19 minit mereka habiskan dekat jalan. Sebab ini lah yang dekat menurut Rayyan. Sambil berjalan-jalan tiada salah nya.
"Dah alang-alang kita kat Korea ni Annura, apa kata kita explore habis-habisan Seoul?"
"Good idea" Jawab Annura.
"Whats good dekat sini?" Tanya Annura pada Rayyan
"hm... Bulgogi Lettuce wrap? Korean Spicy chicken stew? Ginseng Chicken? Sotong Chilli?"
"Adui... sedap-sedap pulak kedengaran nya"
Selepas beberapa minit menunggu akhirny datang jugak Bulgogi lettuce wrap dan sotong Chilli. Annura sangat excited sebab dia suka masak-masak ni. Annura mengambil kamera dan mengambil gambar makanan.
"Hm... awak nak bergambar dengan saya tak?" Pelawa Annura pada Rayyan
"Of course lah"
Annura dan Rayyan pun bergambar dengan gelak ketawa.
"Ini gambar kita yang pertama" Ucap Rayyan
"Ha? Masa nikah tu kan ada bergambar"
"No, I mean bergambar dengan kerelaan dan gelak ketawa"
Annur terdiam sekejap. Betul juga apa yang Rayyan cakap. Ini adalah kali pertama nya mereka bergambar sambil gelak ketawa.
"Betul jugak" Jawab Annura seketika malu.
###
Annura dan Rayyan sudah pun berada di dalam bilik, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam waktu Korea.
Mereka tidur sekatil dan sebilik. Panas dingin panas dingin Annura dibuatnya. Dah lah Korea ni sejuk dia jauh beza dengan Malaysia, boleh pulak Rayyan tidur nak berpeluk bagai.
"Kenapa nak pakai peluk ni?"
"Tak boleh ke? Halal kot"
"Kita kan tak biasa buat macam ni, berpeluk bagai. Saya agak rimas"
"Awak tak rasa sejuk ke Annura? Saya sedia di peluk oleh awak. Tak dosa pun"
"Memang lah tak dosa. Tapi kita tak biasa"
"Jom lah kita buat benda ni menjadi biasa untuk kita!" Dengan kedipan matanya yang boleh membuatkan jantung perempuan mana saja akan luruh dan berdegup kencang.
Annura terdiam seketika. Ia tak tahu nak jawab apa.
"I need your hug" Ucap Rayyan.
"Why? Selama ini tak perlu pun"
"Sebab saya dah sedia buka hati saya untuk awak"
"Jangan buat main masalah hati ni Rayyan. Sekali awak ambil jangan pulak awak pulangkan balik"
Rayyan tiba-tiba saja mengusap pipi Annura sehingga membuat dada Annura beradu kencang sekencang angin di luar tingkap sana.
"Saya akan ambil hati awak malam ini dan saya akan cuba simpan sampai saya mati"
Rayyan berbisik pelan dan mesra di telinga Annura. Membuatkan Annura kegelian.
"I hope you keep your promise till you die. Semoga awak tunai kan janji awak"
Rayyan mengangguk yakin.
"Sebab...sekali awak patahkan hati ini, ia nya tak akan sama lagi"
Rayyan memegang tangan Annura dan mengusapnya dengan lembut.
"Saya tahu sebelum ini saya buat apa dekat awak. I was hate you dan tak percayakan awak sebagai pilihan Mama. Tapi, seorang pembenci ini dulu, sekarang merasa nak kan awak setiap masa. Saya harap awak beri saya peluang untuk rumah tangga kita. Saya harap awak bagi saya peluang untuk jadi suami awak. Your fulltime husband. No hating each other"
"Hati ini juga teramat rapuh, hati ini dulu juga pernah takut untuk berbagi. Malam ini saya beri hati dan hidup saya untuk awak. Awak jagalah sampai awak mati. Kalau awak rasa dah tak mampu nak jaga, saya harap awak tak campakkan dia. Awak simpan je sampai awak mati. Sebab itu janji awak!"
Rayyan mengangguk kemudian mencium kening Annura.
Assalamualaikum... mohon maafkan saya sebab dah 2 bulan tak upload. I was busy dengan class, sebab assignment banyak tapi sekarang tengah cuti so InshaAllah boleh tulis sekerap mungkin.
Terimakasih sebab masih sudi membaca dan menunggu ❤❤❤
KAMU SEDANG MEMBACA
Lelaki Pilihan Umi
Romance"Umi ni macam lah Nura ni tak boleh cari calon sendiri" - Annura Rizrose "Umi macam lah anak umi ni tak ada peminat" - Annura Rizroze "Umi, stop! Nura penat dengan lelaki" - Annura Rizrose "Sampai masa nanti Nura kahwin lah" - Annura Rizroze