Setelah kereta diparkir di tempat letak kenderaan, Kayla melangkah keluar dari keretanya dengan langkah yang tergesa-gesa.
Tiba-tiba saja dia mendapat panggilan daripada Marco bahawa Lorenzo memberikan mereka sebuah misi. Tidak pasal-pasal dia bergegas dari pejabat untuk ke markas mereka itu.
Beberapa pengawal menyapanya saat dia melangkah masuk ke dalam markas itu. Kayla tidak membalas.
Langkahnya dilajukan.
Dia perlu tiba tepat pada masanya kerana itu adalah peraturan De Greco. Berdisplin.
Salah satu bilik mesyuarat dimasukinya. Kelihatan semua orang bawahannya sudah berada di dalam bilik tersebut.
Kayla menunduk sedikit ke arah Lorenzo yang turut sama ada. Dia merasakan hairan kerana tiba-tiba sahaja Lorenzo turun padang.
Kebiasaannya dia hanya sekadar mendapat mesej daripada ketua De Greco itu dan dia yang akan menguruskan semuanya daripada segi strategi dan sebagainya.
"Okey. Semua dah ada. Kita akan mulakan perbincangan. Aku pilih Vittoria untuk jalankan misi kali ini." ujar Lorenzo memulakan bicaranya.
Satu-persatu wajah di dalam bilik mesyuarat itu dipandangnya. Kemudian, dia berpaling memandang papan putih.
Kayla mencuri pandang memandang ke arah Marco sebaik sahaja dia mengambil tempat duduk. Mengapa tiba-tiba saja Lorenzo yang menguruskan misi ini?
Marco menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
Derick yang duduk di sebelah Marco turut sama dipandang. Jawapan yang sama dia dapat, iaitu gelengan kepala.
Keningnya berkerut.
Mereka tiba di sebuah gudang lama yang terletak di dalam sebuah hutan. Kenderaan di parkir jauh agar kehadiran mereka tidak disedari.
Lorenzo turut sama mengikuti mereka menjalankan misi tersebut.
"Semua bersedia." arah Lorenzo dengan serius.
Ahli kumpulan Vittoria mula menyumbat walkie-talkie headset di telinga mereka.
Pelitup mulut dan hidung ditarik ke atas menutupi separuh wajah mereka. Ini bagi menyorok identiti mereka yang sebenar.
"Semua dengar?" soal Kayla ingin memastikan mereka semua mendengar suaranya.
Dia mendapat anggukan daripada ahli kumpulannya. Isyarat diberikan kepada mereka untuk berdiri di posisi masing-masing seperti strategi yang disusun Lorenzo itu.
Kayla melutut di sebalik semak yang tidak jauh dari gudang itu.
"Macam biasa bila aku kata move, maknanya maju. Bila aku kata retreat, maknanya berundur. Jangan ada yang bertindak sendiri dan ingkar arahan aku." pesan Kayla dengan tegas.
"Grup A. move. Grup B, grup C dan grup D tetap dalam posisi masing-masing." ujar Kayla lagi.
Dia sempat mengerling sekilas ke arah Lorenzo yang memerhati diiringi dengan beberapa orang pengawal peribadi lelaki itu.
Gadis itu mula bangkit berdiri lalu bergerak dengan perlahan-lahan supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi. Mereka mula mencari tempat persembunyian.
Kayla memandang ke arah ahli grup A yang terdiri daripadanya, Marco dan dua lagi orang bawahannya.
Dia berbalas pandangan dengan ahli grupnya itu. Mereka berempat menganggukkan kepala tanda sudah bersedia.
"Marco."
YOU ARE READING
Cimmerian (Terbit)
ActionRomance Action | Terbitan Penerbitan Kaseh Aries Previously known as Love You Miss Mafia ____ Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu, tersimpannya sisi gelap yang paling digeruni. Senjata api, membunuh dan darah. Itu semua sudah sebati di dalam hi...