08 | CIMMERIAN

5.2K 243 0
                                    

Derick membebel sendirian sambil menendang batu-batu kecil di atas jalan tar itu. Skrin telefon yang memaparkan berita tentang pembunuhan yang berlaku terhadap seorang lelaki itu segera ditutup.

Pembunuhan yang dilakukan oleh Marco dan Farrel.

Telefon diseluk ke dalam poket seluar. Rasa sebal bertandang di hati apabila mengingatkan Kayla yang melepaskan Zafran begitu saja malam semalam.

"Apa masalah? Kalau dia buka mulut macam mana? Mula-mula mungkin aku yang kena. Tak lama itu? Habis hancur kumpulan kita itu nanti." omel Derick dengan geram.

Derick berdecit perlahan saat seseorang merempuh badannya dari belakang. Dia berpaling dengan wajah marah. Hampir saja dia mencarut.

"I'm so sorry." ucap seorang gadis dengan ketakutan.

Wajahnya berpeluh dan reaksi mukanya kelihatan begitu takut.

Berkerut dahi Derick dengan tingkah gadis itu. Dia melihat dua orang lelaki yang sedang berlari seperti mengejar gadis itu. Dipandang silih berganti wajah gadis itu.

"Kau..." Tanpa menghabiskan ayatnya, terus saja dia menarik gadis itu bersembunyi di belakangnya kerana dua orang lelaki itu sudah mendekat.

Tanpa rasa gentar dia menunggu dua orang lelaki itu untuk tiba di hadapannya.

"Kau siapa?" soal lelaki berjaket hitam itu.

Wajahnya begitu bengis dengan parut yang terdapat pada pipi lelaki itu.

"Entah." balas Derick bersahaja.

Dia bersiul kecil dengan selamba. Sempat dia mengerling sekilas ke arah gadis yang menyorok di belakangnya.

Genggaman pada pergelangan tangan gadis itu yang berlapik dengan baju lengan panjang diperkemaskan.

"Aku nak perempuan itu." Tanpa berselindung, terus sahaja lelaki berjaket hitam itu memberitahu niatnya.

Derick tergelak kecil. Hujung kening yang tidak gatal digarunya perlahan. Saja ingin menaikkan amarah kedua-dua lelaki di hadapannya itu.

"Aku nak perempuan itu!"

Derick mengerutkan keningnya saat lelaki itu meninggikan suara. Sisa air liur yang terpercik di wajahnya dilap menggunakan lengan bajunya.

"Hujan, bang. Hujan." kata Derick dengan jijik.

Geli dibuatnya saat air liur lelaki itu terkena wajahnya.

"Kau!"

Kolar baju Derick dicengkamnya cuba untuk menakut-nakutkan Derick tetapi Derick tetaplah seorang Derick. Dia hanya memandang kosong lelaki itu yang lebih rendah daripadanya.

Terasa mahu gelak pun ada saat lelaki itu mendongak memandangnya.

"Selagi aku cakap baik-baik, lebih baik kau bagi perempuan itu dekat aku. Jangan sampai kau menyesal sebab menyibuk hal kami." gertak lelaki itu.

Derick hanya menghiraukan kata-kata lelaki itu. Saat dia melihat lelaki yang berbaju lengan pendek itu cuba mendekati gadis di belakangnya, lantas kakinya bergerak menendang perut lelaki berbaju lengan pendek tersebut.

Dia melepaskan tumbukan pada wajah lelaki berjaket hitam itu. Derick berdecit perlahan saat gadis itu menggenggam belakang bajunya.

Macam mana dia hendak menyerang kalau begitu?

"Lepaskan baju aku. Ke kau nak ikut aku berlawan sekali?" provok Derick dengan kasar.

Senyuman senget terbentuk apabila gadis itu sudah melepaskan bajunya. Derick membuat isyarat untuk maju ke arahnya. Serentak kedua-dua lelaki itu menyerang.

Cimmerian (Terbit)Where stories live. Discover now