Kakinya dihayunkan ke depan dan ke belakang. Matanya meliar memandang ke arah pekerja-pekerjanya yang sedang sibuk menyusun senjata api ke dalam bekas khas masing-masing.
"Senang kerja kau." tegur seseorang dari arah belakang.
Rafael menoleh memandang belakang. Tersengih dia dibuatnya apabila wajah lelaki pertengahan tahun menyapa pandangan matanya.
"Senanglah, pa. Bukan susah pun kerja yang papa bagi dekat Raf. Setakat tengok anak buah papa itu saja."
Mulutnya mengulum lollipop berperisa oren itu.
"Kilang dekat hujung bandar yang aku suruh kau tengok itu kau dah tengok belum?" soal Gavin dengan wajah serius.
Rafael menoleh memandang Gavin yang sudah pun berdiri di sebelahnya.
"Dah." balas Rafael ringkas.
Matanya tajam memerhati pekerja-pekerja ayahnya itu membuat kerja.
"Kau jangan cuai lagi. Aku masih boleh maafkan kau tentang senjata kita yang dah dirampas itu tapi jangan sampai kilang itu kena ceroboh. Rugi besar aku nanti."
Rafael mengangguk-anggukkan kepalanya malas. Sudah berulang-ulang kali Gavin mengulang ayat yang sama.
Dia juga sudah naik bosan dengan pesanan ayahnya itu.
"Kau jangan nak angguk-angguk saja. Anak aku ke bukan anak aku ke, kalau kau buat hal lagi memang mati kau aku kerjakan." gertak Gavin sebelum mengorak langkah berlalu pergi.
Rafael berdecit perlahan tanda menyampah. Sungguh meluat mendengarkan gertakan ayahnya itu tetapi dia langsung tidak gentar.
Kata-kata Gavin itu bagaikan angin lalu saja buatnya.
"Sebelum aku mati, entah-entah kau yang mati dulu." gumam Rafael perlahan.
Dia tertawa kecil mengingatkan bait ayatnya itu. Dia merasakan itu adalah satu perkara yang lucu.
Steven menyelaraskan muncung pistol tepat menghadap patung yang berjarak lebih kurang 10 meter darinya itu. Picu ditekan melepaskan tembakan.
Dia melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali. Peluh yang mengalir di wajahnya dikesat.
Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi yang tersedia di dalam bilik tembakan. Dia ingin melepaskan lelahnya sebentar sebelum menyambung latihannya.
Pistol diletakkan bersebelahan dengannya.
"Hei,"
Leo menepuk perlahan bahu Steven sebelum mengambil tempat di sebelah sepupunya itu.
"Hm," Steven meneguk rakus air mineral. Peluhnya dilap menggunakan tuala muka yang dibawanya sekali.
"Kau nampak stres." tutur Leo sambil memerhati beberapa ahli De Greco yang turut sama berlatih di dalam bilik tembakan itu.
"Ya, ke?" soal Steven perlahan.
Tiba-tiba sahaja dia teringatkan tentang Kayla. Mata dipejam rapat sebentar. Dia cuba untuk mengusir wajah itu dari dalam fikirannya.
"Hm," Leo menganggukkan kepalanya mengiyakan.
Kedengaran Steven melepaskan keluhan. Badan disandarkan pada dinding.
"Kayla, okey?" soal Steven ingin tahu.
Dia tidak dapat menahan dirinya daripada mengambil peduli tentang adiknya itu.
Hampir setiap masa dia memikirkan tentang satu-satunya adiknya itu. Dia sangat merisaukan gadis itu.
Walaupun dia sering sahaja meninggikan egonya apabila Kayla memohon maaf, tetapi tetap jua hatinya masih lagi menyayangi gadis itu.
"Aku nampak dia cedera dekat lengan." balas Leo.
Dia teringat pagi tadi apabila dia menyinggah sebentar di syarikat mereka. Ketika itu Marco sedang mencuci luka Kayla.
"Teruk, ke?"
"Bolehlah. Marco kata lengan Kayla kena jahit sebab malam semalam dia orang ada misi. Mungkin Kayla cedera masa buat misi itu." bicara Leo jujur.
Rambut yang jatuh menutupi matanya diraup ke belakang. Dia mengerling ke arah Steven yang berdiam diri.
Kelihatan seperti Steven memikirkan sesuatu.
"Sampai bila kau nak layan Kayla macam itu? Aku tahu sebenarnya dalam lubuk hati kau yang paling dalam, kau rindukan Kayla. Kau nak berbaik dengan Kayla."
Anak matanya memerhati Steven yang mula menundukkan kepala.
"Aku tak tahu."
Steven merenung dalam kedua belah tangannya. Dia teringatkan peristiwa di mana dia sendiri hampir mencabut nyawa satu-satunya adik yang dia punya.
"Aku tak sangka yang aku hampir bunuh adik sendiri." kata Steven dengan nada yang sedikit kesal.
Dia kesal dengan tindakannya yang mengikut amarahnya.
Setiap tindakannya bakal diakhiri dengan perasaan kesal yang bertandang. Dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri jika pada masa itu dia betul-betul membunuh Kayla.
"Aku cuma berharap yang selama ini Enrico menipu aku. Aku tak sanggup lagi nak berpura-pura yang aku benci adik aku sendiri. Aku tak sanggup lagi nak bermusuh dengan Kayla."
Leo hanya mendiamkan diri dan menadah telinga mendengar luahan hati Steven. Dia menyimpul senyuman.
Sudah begitu lama dia mengenali Steven. Dia tahu yang Steven tidak membenci Kayla.
Steven hanya tidak boleh menerima kenyataan bahawa ayahnya, Mario meninggal disebabkan pembunuhan yang dirancang. Kebencian dan ketidakpuasan hati itu diletakkan di atas bahu Kayla.
Disebabkan itu sehingga kini Steven tidak boleh menerima Kayla yang merupakan sebahagian daripada hidupnya.
"Sampai satu hari nanti bila semuanya terbongkar, aku akan terima Kayla semula." ujar Steven dengan maksud yang tersirat
Kata-kata Steven itu difahami oleh Leo. Semuanya bakal terbongkar satu hari nanti. Hanya menunggu masa yang sesuai itu tiba.
Dia ingin melihat semula hubungan Steven dan Kayla seperti dahulu. Tidak bermusuhan dan tidak mempunyai perasaan benci.
"Kau sambunglah latihan kau. Aku ada kerja nak buat." Leo bangkit berdiri lalu bahu Steven ditepuknya beberapa kali.
Steven tersenyum nipis. Kedua-dua sepupu itu melagakan tumbukan sebelum Leo melangkah keluar dari dalam bilik tembakan itu.
Keluhan dilepaskan buat kesekian kalinya. Steven termenung sebentar mengenangkan Kayla.
Dia tahu adiknya itu cukup kuat untuk menghadapi segalanya. Dia berharap gadis itu akan terus kuat untuk masa yang akan datang.
Menghadapi sebuah kebencian daripada abang kandung sendiri hanyalah sebuah halangan yang kecil buat Kayla. Masih banyak lagi yang perlu Kayla harungi.
"Aku bukan abang yang baik."
Steven tersenyum kecil. Pistolnya dicapai kembali. Dia ingin menyambung latihannya semula.
YOU ARE READING
Cimmerian (Terbit)
ActionRomance Action | Terbitan Penerbitan Kaseh Aries Previously known as Love You Miss Mafia ____ Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu, tersimpannya sisi gelap yang paling digeruni. Senjata api, membunuh dan darah. Itu semua sudah sebati di dalam hi...