06 | CIMMERIAN

5.8K 265 0
                                    

Farrel memandang Marco melalui skop yang terdapat pada sniper jenis SPR-2 itu. Derick di tepi pula sejak tadi sedang sibuk mengunyah biskut.

Mereka berdua sekarang sedang berada di salah satu bumbung bangunan untuk menyelesaikan sebuah misi.

"Bila kau nak berhenti makan?" soal Farrel perlahan.

Sejak tadi Derick seperti tidak berguna saja di situ. Disuruhnya memerhatikan sekeliling takut-takut jikalau target mereka sudah memunculkan diri tetapi lelaki itu sibuk dengan dunianya sendiri.

"Aku lapar tahu, tak? Aku minta mee segera tapi kau beli biskut. Aku dah kata yang aku lapar sejak petang tadi tapi kau bukan nak layan pun. Selepas itu, kau nak complain pula." bentak Derick tidak puas hati.

Wajahnya cemberut apabila ditegur sahabatnya itu.

"Sekarang ini kita ada kerja nak buat. Kau pula sibuk fikir pasal makan. Fokus boleh, tak?" marah Farrel dan dijeling Derick yang duduk bersandar pada tembok itu.

Dia kembali memerhati sekeliling menggunakan skop. Dia dapat melihat jelas Marco yang sedang berdiri di salah sebuah lorong.

Hanya Kayla saja dia tidak kelihatan sejak tadi. Entah ke mana gadis itu pergi.

Kali ini hanya empat orang saja ahli Vittoria yang menjalankan misi.

"Marco."

"Apa dia? Kau ada nampak sesiapa yang mencurigakan, ke?"

"Tak ada. Aku cuma nak tanya mana Kayla. Aku tak nampak dia."

"Aku tak pasti tapi dia kata jangan hiraukan dia. Teruskan misi."

"Okey."

Farrel menoleh ke sisi saat Derick bangkit berdiri secara tiba-tiba itu.

"Kau nak pergi mana?" tanya Farrel kehairanan.

"Aku nak turun bawah."

Wajah Farrel sudah berubah bengang.

Derick ini masa-masa inilah nak buat masalah. Kalau Kayla tahu ini, mahu separuh mati Derick dikerjakan.

Tak pernah-pernah nak buat hal dan hari ini tiba-tiba saja buat perangai. Pening dia mahu melayan.

"Kau nak buat apa?" Bersama kerutan di dahinya, Farrel menyoal sekali lagi.

"Aku nak buang sampah. Dekat sini tak ada tong sampah." balas Derick sambil menunjukkan bungkusan biskut yang sudah pun kosong.

Wajah tidak bersalahnya ditayang.

"Buang sajalah dekat tepi itu. Sekarang ini tengah kerja tahu, tak?" Farrel memarahi lelaki itu dengan geram.

Nanti-nanti sajalah hendak buang sampah itu. Tak menyempat langsung.

"Inilah sikap manusia sekarang. Suka buang sampah merata-rata. Tahu tak buang sampah merata-rata menyebabkan pencemaran?"

Farrel memejamkan matanya.

Masa genting beginilah Derick mahu merepek entah apa-apa. Tangan diangkat membuat gaya pergi. Dia malas hendak mendengar Derick merepek lagi.

"Cepat sikit." pesan Farrel.

Derick mengangkat ibu jarinya dengan senyuman yang terpalit pada dua ulas bibirnya. Farrel memerhati Derick yang sudah berlalu pergi.

Kepala digeleng perlahan sebelum dia kembali melakukan kerjanya.

Kepala dialihkan ke tepi saat dia melihat seseorang yang dicari mereka. Senyuman senget terhias di bibirnya.  Dia memerhati gerangan tersebut menggunakan skop agar terlihat lebih jelas.

Cimmerian (Terbit)Where stories live. Discover now