03 | CIMMERIAN

6.5K 296 0
                                    

"Kenapa, Kayla?" soal Derick apabila melihat kerutan di dahi gadis itu sambil membelek salah satu senjata api.

Kayla memandang kesemua senjata tersebut yang ditempatkan di dalam kotak kayu.

"Siapa pemilik sebenar senjata ini?" soal Kayla kepada ahli Vittoria. Sejak tadi itulah persoalan yang sering bermain di dalam kepalanya.

Mereka melakukan misi untuk siapa? Siapa yang mengupah mereka?

"Queen. Tengok ini." ujar seseorang sambil menunjuk ke arah satu senjata.

'Queen' ialah nama panggilannya di dalam dunia mafia itu.

Bukan dia yang menggelar dirinya seperti itu tetapi ahli Vittoria sendiri yang menggelarnya sebegitu memandangkan hanya dia saja seorang perempuan di dalam De Greco.

Kayla mencapai senjata tersebut. Di hujung pemegang senapang itu terdapat satu simbol.

Terkedu dia dibuatnya apabila melihat simbol yang lebih kepada logo sebuah kumpulan itu. Dia cuba menganalisis logo tersebut.

"Crimson." sebut Kayla perlahan tetapi cukup untuk sampai ke halwa telinga ahli Vittoria.

Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Wajah Kayla kelihatan tegang sahaja.

Mengapa mereka terjebak dengan musuh ketat mereka itu? Crimson merupakan antara kumpulan mafia yang terkuat di Amerika selain De Greco.

"Bawa senjata itu masuk ke dalam lori." arah Lorenzo dan didengari oleh semua ahli Vittoria.

Mereka semua memandang Kayla.

Apa sebenarnya yang dirancang Lorenzo? Mengapa mereka perlu membabitkan diri dengan kumpulan Crimson itu?

"Grup C dan grup D masuk." arah Kayla dan tidak lama itu semua ahli Vittoria berkumpul di situ.

Kayla membuat isyarat berhenti ke arah grup C dan grup D yang ingin mengangkat kotak-kotak kayu tersebut saat dia mendengar sesuatu.

"Kita sekarang dalam masalah." ujar Farrel kepada semua ahli Vittoria tiba-tiba.

Pandangan mereka tertancap ke arah beberapa kereta yang berhenti di luar gudang. Beberapa orang lelaki berpusu-pusu keluar dari dalam kereta-kereta tersebut.

"Group C and group D. Retreat!" arah Kayla saat kumpulan Crimson tiba-tiba saja memunculkan diri di gudang tersebut.

Ahli grup C dan grup D mula melakukan kerja mereka. Hanya tinggal grup A dan B sahaja di situ cuba untuk mempertahankan ahli Vittoria yang membawa pergi senjata-senjata tersebut.

Pistol diacukan ke arah ahli Crimson itu. Beberapa das tembakan dilepaskan.

Kedua-dua kumpulan ini mula berbalas tembakan. Ahli Vittoria mula bersembunyi di sebalik kotak-kotak kayu yang tersusun di situ.

Kayla memandang ke arah orang-orang bawahannya. Marco yang bersembunyi bersamanya itu turut dipandang.

Sesekali Marco melepaskan tembakan.

"Kita kena keluar sekarang." ujar Kayla.

Jika hendak berlawan lebih lama, dia risau kalau-kalau ada ahli Vittoria yang bakal tercedera. Dia mula memikirkan rencana untuk keluar dari situ dengan segera.

"Yang lain teruskan menembak. Farrel, Derick, Kaido dan Black keluarkan bom asap." ujar Kayla.

Tangannya turut sama mengeluarkan bom asap yang berjenis EG18 black smoke grenade dari dalam beg kecil yang dipakainya pada pinggangnya.

Cimmerian (Terbit)Where stories live. Discover now