04 | CIMMERIAN

6.5K 298 0
                                    

Jam yang berada di atas meja kecil di tepi katil dicapai lalu disarungkan ke pergelangan tangan kirinya. Tangannya bergerak membetulkan tali leher yang dipakainya.

Minyak wangi yang sering digunakannya disembur ke tubuhnya sehingga menghasilkan wangian maskulin.

Buat kali yang terakhir, dia memandang wajahnya melalui pantulan cermin itu. Kunci kereta dan briefcase dicapai sebelum dia melangkah keluar dari dalam biliknya.

Terus sahaja dia berjalan keluar dari rumahnya itu. Badan diboloskan ke dalam kereta.

"Hello." sapanya saat dia mengangkat panggilan.

Enjin kereta dihidupkan. Badannya disandarkan pada tempat duduk itu.

"Sekejap lagi Zaf sampai. Baru saja nak gerak dari rumah."

Tali pinggang keledar ditarik dan dipakai pada tubuhnya.

Telefon masih lagi melekap di telinganya. Dia mendengar bicara gerangan di hujung talian dengan begitu tekun.

"Uncle dah tempah tiket ke Malaysia? Zaf ingatkan uncle lama dekat sini. Uncle kata klien yang ini penting. Uncle nak uruskan sendiri."

Jari telunjuk mengetuk perlahan stereng keretanya.

"Okeylah kalau macam itu. Nanti Zaf uruskan. Uncle hati-hati." bicara Zafran buat kali terakhir sebelum dia mematikan panggilan.

Dia memulakan pemanduan keluar dari pekarangan rumahnya itu menuju ke tempat kerjanya. Sebaik sahaja dia tiba di syarikat yang merupakan tempat kerjanya itu, keretanya diparkir di dalam kotak parkir.

Langkah dihayun masuk ke dalam bangunan yang gah berdiri itu. Senyuman ditarik buat para pekerja yang menunduk menyambut kedatangannya.

"Selamat pagi, Encik Zafran." ucap Hani, pembantu peribadinya itu. Seorang gadis Amerika yang begitu fasih berbahasa Melayu.

Pekerja di syarikat itu sememangnya diterapkan untuk belajar berbahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sampingan mereka selain bahasa Inggeris.

Zafran melangkah masuk ke dalam pejabatnya diekori Hani. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi lalu tumpuannya diberikan sepenuhnya kepada Hani.

"Hari ini Encik Zafran tak ada sebarang appointment. Cuma pukul 2 nanti, Encik Zafran ada meeting dengan Encik Wong dari Ye Xuan Holdings." ujar Hani.

Matanya tepat memandang buku catatan di tangannya itu. Takut-takut jikalau dia ada terlepas pandang.

"Okey. Noted." balas Zafran ringkas.

Dia memandang ke arah fail-fail yang bertimbun di atas mejanya itu. Semuanya adalah laporan daripada pekerja-pekerja di bahagian jabatan pemasaran itu.

Nampaknya memang tidak tidur malamlah dia jawabnya kalau begini.

"Jangan bagi sesiapa masuk. Saya sibuk." pesan Zafran. Dia tidak mahu ada yang mengganggunya di saat waktu-waktu sebegini.

Hani menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia melangkah keluar dari pejabat milik Zafran setelah meminta izin.

Pintu ditutup rapat. Dia tersentak saat dia berpaling terpacul wajah Irham di hadapan mukanya.

Dadanya diurut perlahan kerana terkejut. Tanpa mempedulikan lelaki itu, dia melangkah ke tempat duduknya.

"Zafran dah sampai?" soal Irham ingin tahu sambil mengekori langkah Hani itu.

Kedua belah tangannya diletakkan di atas meja kerja Hani untuk menyokong badannya.

"Dah." balas Hani ringkas.

Cimmerian (Terbit)Where stories live. Discover now