Grab

525 38 3
                                    

" Malam ni takde penumpang kot. " kata Amran dengan keluhan kecil. Sejak akhir akhir ini, penumpang semakin berkurangan membebankan Amran.

1:30am .

" Tit " ringtone telefon bimbit Amran berbunyi. Senyuman di bibirnya semakin lebar.

" Ada customer! " lantas tangannya mengambil telefon itu.

Apps grab dibuka. Senyuman di bibir yang dari tadi lebar semakin suram.

Alamat yang mengelirukan memeningkan kepala Amran.

" Kat mana ni? " kepala digaru.

Tanpa berfikir panjang, enjin kereta dihidupkan. Dia terus ke alamat yang telah diberi.

Jalan lama dipilih sebagai jalan pintas.

' Tanah Perkuburan Islam '

" Ikut alamat ni, kat sini lah " kata Amran sambil melihat telefon bimbitnya sekali lalu. Dia ingin memastikan tempat ini betul.

" Tuk tuk " ketukan cermin tingkap kedengaran membuatkan Amran tersentak.

Terdapat seorang gadis memakai kebaya merah di luar. Cermin kereta diturunkan.

" Ya? " kata Amran.

" Boleh hantar saya ke sana? Dekat sahaja. " serta merta bulu roma Amran menaik. Suara gadis itu lembut dan mengilai ngilai.

" Awak yang amik grab dengan saya? " kata Amran dalam ketakutan.

" Ya. Saya lah itu. Hihihihih " hilaian suara kedengaran. Dalam fikiran Amran ialah dia inginkan duit belanja lebih untuk keluarganya.

Perempuan itu masuk kat duduk di tempat duduk belakang.

" Dulu, saya kena tanam dekat sini. Tapi saya tak aman, ada orang bunuh saya. Dikerat kerat badan saya. " perempuan itu memulakan bicara. Serta merta brek ditekan.

Kepala Amran dipusing kebelakang dan melihat perempuan itu tersenyum menampakkan darah yang mengalir di mulutnya.

" Kau yang bunuh aku! Kau terima balasan ini! "

Creepypasta | MalayWhere stories live. Discover now