Alam Lain

246 19 0
                                    

Aku membuka mata perlahan. Tempat yang sangat asing bagi aku. Cantik. Dinding daripada kayu yang diukir. Menggunakan kayu yang masih bersih dan cantik. Aku dekat mana?

" Dah bangun? " kata seseorang. Wanita. Aku menoleh. Aku terus bangun duduk menghadapnya. Dia sedang melipat baju, membelakangi aku.

" Saya kat mana? " tanya aku. Kepala aku rasa pening. Aku tak ingat apa-apa. Kapas didahi aku sentuh perlahan. Apa dah jadi?

" Rumah saya " dia berkata dengan nada mendatar.

" Saya jumpa awak dalam semak. Awak kemalangan. " dia berhenti melipat baju. Tiba tiba dia menangis, bahunya terhinjut.

" Saya rindu. Rindu suami saya. Muka dia mirip awak. " dia meneruskan percakapannya yang tergendala tadi.

" Dia sayang saya sangat " tiba tiba dia tergelak kecil.

" Tapi dia dah tak ada " lalu kembali suram.

Aku menoleh ke kiri dan kekanan. Aku tak ingat langsung tentang kemalangan. Aku mencari pintu. Agar aku boleh keluar dari tempat asing ini. Aneh. Semua dinding. Aku berjalan perlahan. Tak mahu wanita ini tahu. 

" Kau takboleh keluar " katanya dengan nada keras. Aku terkejut lalu menoleh ke belakang. Dia bertukar daripada wanita yang tadi cantik dan kurus kepada wanita yang jelek, berkulit hitam.

Dia semakin dekat. Tiada jalan pintas lagi untuk aku melarikan diri. Tiada pintu. Tiada tingkap. Hanya aku, dan dia. Dan sebuah kematian menghampiriku.

Tiada suara daripadaku. Jeritan aku disekat. Surah surah di dalam kepala aku kini menghilang. Tiada apa yang boleh selamatkan aku.

Dia semakin dekat, lalu tangannya menghampiri leherku. Dengan kukunya yang panjang dan tajam, aku merasa leherku disiat, tertusuk dengan kukunya yang tajam.

Kukunya yang sudah dimasuk ke dalam kerongkong aku pula, dihala ke kiri dan kanan. Sehingga, kepala aku terputus.

--

Aku membuka mata. Wayar wayar berselirat di dada aku. Kepala aku dibalut kemas. Aku memandang lampu di siling tempat itu. Hospital. Aku menoleh ke kanan, di tepi katil aku, isteri aku sedang tidur. Tadi, hanya mimpi.

Aku menggerakkan jari aku sedikit. Dia bangun dengan mata bengkak dan yasin di sebelah.

" Abang! " dia menjerit kecil.

" Nurse! Suami saya dah sedar " dia menjerit memanggil jururawat.

Aku koma 2 bulan akibat kemalangan. Entah macammana jasad aku ada di bumi tetapi roh aku tersesat di alam lain. Bukan mimpi dan khayalan.

Creepypasta | MalayWhere stories live. Discover now