Bab 2

7.1K 220 0
                                    

Seminggu bekerja tidak memberi apa-apa makna buatku. Otak dan tenaga disalurkan seikhlasnya untuk kepentingan syarikat. Hujung minggu yang membosankan pada yang sukakan hiburan, namun sama sekali tidak menjejaskan hari aku kerana dipenuhi dengan aktiviti riadah outdoor dan indoor. Walaupun bersendirian, hidup aku masih lagi boleh diteruskan dengan penuh berpsemangat.

Rumah sewaku masih kosong memandangkan lagi dua minggu baru gaji. Kebanyakan keperluan asas masih tidak ada. Nampaknya aku terpaksa makan nasi bungkus sehingga hujung bulan nanti. Duit yang tinggal tidak seberapa kerana sudah dihabiskan untuk deposit rumah dan motosikal untuk kegunaan aku ke tempat kerja.

Restoren masakan panas menjadi pilihan untukku isi perut yang makin rancak melagukan irama rock and roll. Nasi goreng kampung dengan tea o ais. Jimat dan yang paling utama adalah mengenyangkan perutku sehingga esok pagi.

Sedang leka menjamu selera pandangan mataku terarah kepada susuk tubuh kecil yang berdiri di sebelah tiang berhampiran meja yang aku duduk. Sesekali kelihatan tekuknya menelan air liur. Tangan aku angkat dan melambai ke arahnya supaya menghampiriku. Beberapa kali lambaianku di abaikan dengan gelengan kepala darinya.

"Mari duduk makan dengan abang". Akhirnya dia aku hampiri. Duduk mencangkung di hadapannya Tangannya aku sentuh lembut. Namun dalam menggeletar dia menepis kuat tanganku. Mungkin takut.

"Jangan takut ya. Abang bukan orang jahat. Mari kita makan. Lepas tu abang hantar adik balik". Pujukku. Matanya masih terkebil-kebil memandangku.

"Mari". Akhirnya dia melangkah mengikutiku.

"Adik makan yang ni dahulu ya. Nanti abang order yang lain lagi". Pelayan ku panggil segera.

Dia makan dengan gelojoh sampai tersedak. Tea O ais kuhulurkan. Sekali sedut sudah separuh gelas. Baki separuh nasi tadi licin. Air juga disedut sampai habis.

Wajah dia ku amati. Comel untuk dianogsis pertamaku. Terdapat lebam di tulang pipinya. Begitu juga tepi bibir. Luka berdarah yang sudah kering. Badan kurus kering itu hanya dibaluti sehelai t-shirt lusuh dengan seluar trak koyak sedikit pada bahagian lulut. Normal untuk kanak-kanak lelaki. Pada perkiraanku umurnya mungkin dalam lingkungan enam atau tujuh tahun.

Beberapa ketika selepas itu pelayan menghantar sepinggan lagi nasi goreng kampung bersama segelas air teh o ais. Nasi itu ku suakan kepadanya. Laju dia menggelengkan kepala. Aku kembali menyambung makan memandangkan perutku masih merayu supaya diisi lagi.

"Nama adik siapa?". Aku cuba berbual dengannya.

"Ed". Jawabnya sepatah. Aku terkejut seketika apabila mendengarnya. Nama yang sama denganku. Ajaib sungguh.

"Nama abang pun Ed jugak. Umur adik berapa?". Tanyaku lagi.

"9 tahun". Yang ni aku betul-betul terkejut. Badannya kecil sangat untuk kanak-kanak berumur 9 tahun.

"Ed buat apa kat sini? Mana mak ayah Ed?". Aku perlu tahu lebih lanjut. Dia diam. Tidak menjawab pertanyaanku.

"Ed jangan takut. Abang nak tahu je". Suapkan terakhir aku sudahi tanpa subutir sisa yang tertinggal.

"Pakcik cakap mak dengan ayah buang Ed". Aku mengangguk sahaja.

"Jadi mana pakcik Ed?". Sambil aku melambai ke arah pelayan untuk kira semua makanan yang kami makan.

DIA BINTANGKU -Edlene Haura💖Ed husaini (editting In Progress)Where stories live. Discover now