Saya nak membebel lagi ya. Hihihi...
Ada yang cakap cerita Dia Bintangku nama watak sama dengan Drama Aku, Kau, Kita sebab nama watak utama sama, Iman Firdaus. Sama tapi langsung tak serupa.Serius saya tak pernah terfikir pun pasal Drama tu walaupun saya memang tengok dari episod 1 lagi. Hahaha...
Untuk ketiga-tiga karya saya setakat ini semuanya adalah 100% asli dan tak pernah mencedok idea orang lain. Jadi..... Jangan sesekali cuba ciplak idea saya. Penat tau saya duk berangan siang malam untuk hasilkan dalam bentuk tulisan.
Insyaallah selagi masih bernyawa, saya terus berkarya. Dramatik la pulak. Banyak betul idea saya untuk next cerita tau. Nantikan kemunculannya.
Hasil karya saya adalah gabungan dari pengalaman dan angan-angan yang tak kesampaian. Hihihi.
YOU ARE READING
DIA BINTANGKU -Edlene Haura💖Ed husaini (editting In Progress)
RomanceEdlene Haura seorang budak berusia 9 tahun yang ku temui tanpa sengaja. Awal pertemuan aku sangkakan dia seorang budak lelaki. Edlene Haura membesar menjadi seorang gadis yang cukup menawan sehingga mampu menggoyahkan kelelakianku. Edlene Haura aku...