Bab 3

6.4K 233 11
                                    

"Ed... Kenapa lama sangat ni? Tak siap lagi ke? Abang nak guna bilik air jugak ni". Senyap. Tombol pintu aku pulas. Berkunci dari dalam. Aku ketuk lagi dan lagi. Masih tiada sahutan.

"Abang... Ed minta maaf. Masa Ed keluar tadi tak perasan pintu terkunci". Beritahu Ed.

"Pulak... Dah kau dari mana ni?". Ed aku pandang dari atas ke bawah. Rambut sudah bersikat rapi. Nampak comel dengan t-shirt warna pink. Aku ingat budak lelaki tak suka warna pink

"Ed keluar jemur baju dekat ampaian kat luar tu. Bilik Air tu macam mana?". Tanpa rasa bersalah langsung di wajahnya.

"Buka guna kuncilah. Kau pergi tidur sekarang. Dekat bilik tengah tu. Maaflah Ed, malam ni kita tidur kongsi satu tilam ya, sebab abang tak ada tilam extra". Segugus kunci yang diberikan oleh tuan rumah aku capai. Satu persatu aku cuba. Alahai... Seksa sungguh menahan rasa hendak membuang.

Ed sudah menghilang ke bilik yang aku maksudkan. Senang betul mendengar arahan. Kunci yang terakhir membuahkan hasil. Seberapa pantas aku menerpa ke dalam bilik air. Hajat yang satu itu
perlu dilepaskan segera.

"Fuh!!! Lega". Perut ku gosok perlahan. Bilik bahagian belakang ku tuju untuk menunaikan solat isyak yang tertangguh. Bilik belakang memang aku berhajat hendak khaskan untuk bilik solat dan bilik bacaan mungkin. Semua itu belum aku putuskan. Nampaknya gaji pertama aku memang licin la nanti.

Selesai menunaikan tuntutan ilahi kakiku menapak ke bilik tidur. Ed sedang tidur beralaskan kain pelikat milikku di tepi tilam. Suasana malam sangat tenang dan sejuk diselangi bunyi cengkerik sebagai halwa telinga. Tubuh kurus Ed aku angkat ke tilam dan badannya aku selimuti. Tilam bujang tidak terlalu kecil untuk kami berdua kerana badanku tidaklah terlalu besar, tinggi tu mungkin.

Kurebahkan badan di sebelah Ed. Dia yang tidur mengiring ku amati. Masih jelas kesan lebam di tulang pipinya. Sungguh kejam manusia yang memukul anak kecil seperti ini. Tanganku bawa ke pipinya. Menekan sedikit dengan hujung jari telunjukku. Dia menyerigai sedikit. Mungkin terasa sakit akibat usikan jariku. Tadi aku betul-betul terlupa hendak membeli ubat untuk rawat lukanya.

Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam, namun mataku masih tidak mahu terpejam. Ed sudah mengubah posisi, memeluk pinggangku erat. Kakinya pula disilangkan ke pahaku. Lena sungguh, tidak sampai hati pula untuk aku ganggu. Aku mengeratkan lagi pelukan supaya dia rasa lebih selesa dan selamat.

Azan subuh mengejutkan aku dari lena. Nafasku rasa agak payah. Terasa beban menghempap badanku. Aku membuka mata, Ed sedang lena di atas tubuhku yang terlentang. Kepalanya senget ke sebelah kanan dengan air liur basi meleleh-leleh membasahi dadaku. Badannya aku tolak perlahan-lahan ke sebelah. Bebelan tanpa makna keluar dari mulut kecilnya sebelum kembali terlena. Aku tersenyum kecil memandang wajah comelnya. Keluarganya perlu aku cari dengan segera. Aku perlu tahu apa yang berlaku sebenarnya. Situasi sebegini boleh menyebabkan aku boleh dituduh menculik kanak-kanak. Berat hukuman yang bakal aku tanggung nanti.

Usai mandi dan solat subuh aku menukar pakaian kepada pakaian sukan. Rutin harianku adalah berlari keliling taman perumahan selama 30 minit. Cukuplah untuk basahkan baju dengan peluh.

Ketika larian ku bermula, kebanyakkan penghuni taman perumahan masih lagi lena ku kira kerana rata-rata rumah yang aku lewati gelap gelita dan hanya lampu bahagian luar sahaja yang terpasang. Larian aku perlahankan sedikit apabila masuk pusingan ke tiga. Sudah cukup rasanya kerana baju t-shirt sudah lencun dihujani peluh.

DIA BINTANGKU -Edlene Haura💖Ed husaini (editting In Progress)Where stories live. Discover now