Bab 27

5.2K 146 8
                                    

Pemanduan aku kembali dari rumah Prof. Aziz agak sunyi dari celoteh Ed. Mungkinkah dia terkesan dengan permintaan yang tidak munasabah dari Prof. Aziz sebentar tadi.

"Sayang... Kenapa senyap sahaja ni?". Aku meraih tangan Ed dan membawanya ke bibirku.

"Tak ada topik nak sembang. Ed senyap la. Abang pun senyap jugak kan". Balasnya bersahaja.

"Abang tak akan terima cadangan Prof. Aziz". Ujarku.

"Kenapa? Kak Tasya cantik. Sesuai dengan abang. Kerja pun sama-sama pensyarah". Apa kena dengan Ed ni. Bersungguh-sungguh hendak aku menerima permintaan yang tak masuk akal itu.

"Ya. Memang dia cantik dan kami sama taraf". Air muka Ed berubah apabila mendengarnya.

"Tetapi dia tidak bermoral. Mengandung sampai tidak tahu siapa bapa kepada anak dalam kandungannya". Ed memandang aku sekilas.

"Ed rasa abang kena terima kak Tasya sebagai isteri abang. Ed rasa bersalah kalau kita tidak membantu uncle dan aunty. Mereka banyak sangat bantu kita masa mula-mula kita sampai ke sini". Matang sungguh bicara Ed. Tetapi aku tidak akan bersetuju sama sekali. Pandai-pandailah si Tasya itu cari jalan penyelesaiaannya.

"Ed suka ke dimadukan?". Tanyaku geram.

"Mestilah tak. Abang kena ceraikan Kak Tasya selepas dia bersalin nanti. Kalau abang tetap nak pilih dia atau pilih untuk bersama kami berdua, abang boleh lepaskan Ed. Biarkan Ed pergi, supaya Ed boleh mengejar cita-cita Ed tanpa sebarang gangguan". Terkesima aku mendengar kata-kata Ed.

"Kenapa Ed nak sangat abang kahwin dengan perempuan tu? Abang ni sayangkan Ed lebih dari abang sayangkan diri sendiri tau tak. Ed tak sayangkan abang ke?". Suara aku semakin meninggi.

"Sebab Ed sayang dan cintakan abang la Ed minta abang terima hasrat Uncle. Tak lama pun abang. Selepas sembilan bulan kita boleh kembali seperti biasa". Jawapan Ed yang membuatkan aku rasa tercabar.

"Baiklah. Abang terima. Puas hati Ed sekarang". Aku meneruskan pemanduan dalam keadaan tertekan. Keretaku pecut selaju-lajunya. Ed hanya membiarkan sahaja dan menutup matanya rapat-rapat. Tidak pernah aku rasa geram seperti ini terhadap Ed. Mulut aku kata akan terima tetapi hatiku memberontak mengatakan taknak.

✴✴✴✴✴

"Abang... Dah subuh. Abang.... Bangunlah". Sayup-sayup suara memecah gegendang telingaku.

"Emmm... Yelah". Aku membuka mata sedikit. Ed sudah siap bertelekung dan tersenyum manis memandangku. Perasaan geram aku malam tadi sudah tiada apabila disajikan dengan keindahan seperti ini taktala tersedar dari lena.

"Ed tunggu abang. Kita solat bersama". Ujarnya lagi. Wajah polos Ed aku tatap lama. Tidak patut aku marahkannya malam tadi sedangkan aku tahu dia cuma mahu aku menjadi seorang yang mengenang budi. Memang betul pun Prof. Aziz banyak membantu aku sehingga berada di kedudukan sekarang ni. Bantuan dari segi kewangan dan tunjuk ajarnya sehingga aku dapat menjawat jawatan di sampingnya. Mungkin aku patut menerima permintaannya untuk tempoh masa selama sembilan bulan. Boleh jadi kurang kerana kandungan Tasya mesti sudah mencecah sebulan atau lebih.

"Abang... Mengelamun pula dia. Cepatlah siap". Gesa Ed lagi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih memandang Ed yang sudah duduk di birai katil.

DIA BINTANGKU -Edlene Haura💖Ed husaini (editting In Progress)Where stories live. Discover now