Bab 38

7.4K 242 33
                                    

"Assalamualikum semua. Seperti yang telah kita maklum, majlis kecil ini diadakan sempena meraikan pensyarah kita yang paling hot di fakulti ni. Saya taknak cakap banyak-banyak dekat sini. Dipersilakan Dr. Ed Husaini bin El-Hussain memberikan sepatah dua kata bagi memeriah majlis perpisahan ini. Hendak menyanyi pun kami sudi mendengarnya". Semua mata tertumpu ke arahku. Malulah sebagai pensyarah hendak menolaknya. Aku menepuk paha Ed di bawah meja tanda meminta kebenaran untuk ke pentas mini yang dihiasi serba ringkas untuk berucap.

"Kacak Dr. Ed malam ni". Tegur kerani fakulti yang bertindak sebagai mc semasa menghulurkan mikrofon kepadaku. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. Wajah gediknya aku pandang tanpa rasa. Berpakaian agak menjolok mata bagiku walaupun tidak menampakkan isi dan kulit. Setiap lekuk jelas kelihatan di sebalik balutan jubah moden dari fabrik lycra itu. Umpama telanjang di dalam tutup. Figura itu aku biarkan dengan dunianya.

"Ehem.. Ehem..". Membetulkan sedikit nada suaraku walaupun tidak perlu sebenarnya. Suntikan semangat berbicara aku capai dari dehem tadi.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertama sekali saya hendak ucapkan terima kasih kena menganjurkan majlis ini. Saya bermula di sini dan niat asal saya ingin berakhir di sini sahaja, namun kehidupan ini perlukan perubahan juga". Jeda seketika.

"Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah senior yang banyak membantu saya sama ada semasa saya masih lagi seorang student di sini mahupun setelah menjadi rakan sejawat anda. Jasa kalian akan saya kenang sampai bila-bila. Begitu juga dengan rakan sekerja yang lain di fakulti Alam Bina dan seluruhnya. Malam ini adalah hari terakhir saya berada di sini kerana esok pagi saya akan bergerak ke negeri pantai timur tanah air untuk memulakan tugas di sana. Jikalau terdapat salah dan silap saya terhadap kalian semua harap jangan simpan di dalam hati dan maafkanlah kerana saya hanya manusia biasa". Nafasku tarik perlahan.

"Kepada bintangku Edlene Haura Abdullah pula, terima kasih kerana sanggup hidup susah dan senang bersama dengan abang. Dari Kuala Lumpur kita merantau keJohor dan kemudian akan ke Kelantan pula selepas ini". Aku berhenti lagi, mencari kata yang sesuai untuk aku teruskan ucapan ini.

"Edlene Haura, seorang kanak-kanak yang saya temui di jalanan suatu ketika dahulu. Dia membawa seri di dalam hidup saya yang sentiasa sendiri sahaja sebelumnya. Di sini kalian hanya mengenalinya sebagai seorang adik kepada saya, namun hakikat sebenarnya kami bukanlah adik beradik kandung malah tidak mempunyai sebarang pertalian persaudaraan. Oleh itu perkenalkan satu-satunya isteri saya Edlene Haura Abdullah". Suasana senyap seketika, ada yang menukup mulut tidak kurang yang ternganga begitu sahaja. Ed juga terkejut dengan pengakuan mengejut dariku.

"Sekian terima kasih dan saya mohon berundur dari majlis ini kerana kami perlu mengemas beberapa barang lagi". Mikrofon aku serahkan kepada Juruacara majlis. Aku yakin dia juga terkejut kerana tiba-tiba aku perkenalkan Ed sebagai isteriku. Kebanyakkan tetamu yang hadir sibuk berbisik sesama sendiri.

Semasa aku melangkah turun dari pentas mini itu, Prof. Aziz memandang tajam kepadaku. Dia berseorangan tanpa peneman kerana Tasya masih di hospital, isterinya pula sudah tentu sedang menemani anak kebanggaannya itu. Aku hanya mengangguk tanda bertegur dengan beliau sebelum dia membuka langkah meninggalkan majlis. Tanpa mengendahkan Prof. Aziz aku bersalaman dengan beberapa orang yang berada di sekitar meja yang aku duduk tadi. Aku yakin ramai yang ingin bertanya kenapa tiba-tiba isteri aku bukan Tasya anak kepada Prof. Aziz.

"Sayang, jom kita balik sekarang". Aku berbisik ke telinga Ed yang berlapik dengan tudung.

"Tak apa ke? Majlis belum selesai lagi kan". Tanya Ed.

"Tak apa. Kita ada urusan lain lagi. Biarlah mereka menjamu selera sepuas-puasnya". Aku menghulurkan tangan kepada Ed. Senyuman tulus aku ukirkan di garis wajahku.

Ed akhirnya menyambut huluran tanganku walaupun nampak sedikit keberatan. Tangannya aku genggam erat dan berjalan meninggalkan majlis. Sempat juga aku bersalaman dengan tetamu di sepanjang laluan keluar. Ada juga yang mengucapkan tahniah, tak kurang yang memandang sinis sahaja. Semuanya tidak ku pedulikan lagi kerana tempat ini hanya akan menjadi kenangan buat aku dan Ed.

Selepas ini aku hanya perlu fikirkan tentang pendidikan Ed dan juga kehidupan kami suami isteri. Buku baru akan dimulakan di tempat baru, jauh daripada sesiapa yang pernah mengenaliku. Harapan menggunung agar dipertemukan dengan suasana dan orang yang bermanfaat kepada kami dan juga masyarakat.

"Abang ingat nak ke Kuala Lumpur sekejap. Kita pergi melawat rumah anak yatim tempat abang membesar dahulu. Lepas tu kita ke rumah lama Ed. Kita jumpa nenek Ed, kalau dia masih ada lagi". Beritahuku selepas meninggalkan majlis makan itu. Alarm kereta aku picit dan membuka pintu untuk Ed terlebih dahulu sebelum aku bergerak ke bahagian pemandu.

"Boleh tak kalau kita tak payah ke sana abang. Ed takutlah. Pakcik...". Beritahu Ed sambil menarik tali pinggang

"Sayang jangan risau ya. Pakcik Ed dekat penjara sekarang. Abang dah minta tolong kawan siasat. Kita pergi ya sayang. Mesti nenek Ed gembira tengok cucu dia yang makin cantik ni". Puncak hidung Ed aku cuit sedikit.

"Nenek masih hidup lagi ke abang?. Kenapa kita tak jenguk dia sebelum ini?". Pertanyaan Ed menerbitkan rasa bersalahku.

"Nenek Ed masih sihat dan sekarang dia tinggal di rumah perlindungan warga emas. Bukan abang taknak bawa Ed jumpa mereka. Ed fahamlah pakcik Ed tu macam mana. Kita sampai ke negeri Johor ni disebabkan dia kan. Menurut kawan abang, pakcik Ed dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana kes rompakan bersenjata yang melibatkan kematian beberapa orang awam". Jelasku.

"Kita nak pergi sekarang ke?". Tanya Ed. Terdapat sinar dalam wajahnya.

"Ya sayang. Kita gerak ke sana sekarang". Aku terus mengambil laluan mengarah ke Kuala Lumpur.

"Barang-barang kita macam mana?. Bukan ke sepatutnya kita bergerak ke Kelantan sekarang?". Berkerut dahi Ed memandangku.

"Pasal barang-barang sayang jangan risau. Nanti adalah orang yang selesaikan untuk kita. Kita ke Kuala Lumpur dua tiga hari selepas itu baru kita ke Kelantan pula". Jelasku. Jari Ed aku jalinkan dengan jariku. Jelas ketara perbezaan tone warna kulit antara kami.

"Ed sayangkan abang sangat-sangat". Beritahu Ed tanpa berselindung.

"Abang sayang Ed juga. Setiap hari makin bertambah sayang". Kekura tangan Ed aku kucup lembut.

"Sayang mengantuk tak?". Ed menggelengkan kepalanya sahaja kemudiannya tersenyum memandangku.

Pemanduanku berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kesesakkan lalu lintas. Ed di sebelah leka membelek Ipad milikku. Sekejap dia ketawa kecil, lepas tu tersenyum pula. Aku berasa cukup bertuah kerana memiliki Edlene Haura si cantik manis ini.

💖tamat💖

DIA BINTANGKU -Edlene Haura💖Ed husaini (editting In Progress)Where stories live. Discover now