Bab 17

6.3K 197 5
                                    

"Ed lepak-lepak dekat sini dahulu ya. Kalau rajin, tolonglah kemas apa yang patut". Tepat Jam 9 pagi aku dengan Ed tiba di pejabatku. Sepatutnya setengah jam sebelum itu lagi aku kena mulakan kelas. Oleh kerana terlajak tidur sampai subuh meninggalkan kami, inilah hasilnya.

"Abang nak kemana?". Tanya Ed yang sudah duduk di kerusi sambil berpusing ke kiri dan kanan.

"Abang ada kelas sampai pukul 12 nanti. Kalau Ed lapar pergilah beli makanan dekat kafe bawah tu, tapi pastikan kunci pintu ofis abang ya". Kad kunci aku letakkan di hujung meja.

"Oh ya.. Ed ada duit tak?". Pantas dia menggelengkan kepala.

"La... Kenapa tak cakap. Nah". Aku hulurkan wallet kepadanya.

"Abang gerak dahulu ya. Telefon jangan silent". Aku meninggalkan Ed yang sedang leka meniliti bilik pejabatku.

Kelasku berlangsung seperti biasa walaupun aku terlewat hampir satu jam. Separuh dari pelajarku masih setia menunggu kemunculanku walaupun aku tidak sempat hendak bagitahu mereka terlebih dahulu.

Kecelaruan hidupku akhir-akhir ini berpunca dari Edlene Haura. Lena malamku juga terganggu kerana daya tarikan yang ada padanya. Apabila memikirkan kejadian malam tadi terasa bodoh tiba-tiba. Tiga kali aku ulang alik dari bilik tidurku ke bilik Ed. Tetapi hanya berdiri sahaja di hadapan pintu. Imanku yang masih bersisa menghalang daripada mencerobohi bilik tidur Ed. Syukur kerana aku masih dapat mengawal gelora yang bersarang di jiwa.

Lamunanku terganggu dengan getaran di dalam kocek seluarku. Panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum Prof. Ed Husaini ke yang bercakap ni?". Tanya empunya suara di hujung talian.

"Ya saya bercakap. Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?". Tanyaku.

"Saya dari Pejabat Pengawal Keselamatan Universiti. Ada seorang pelajar Prof. membawa remaja perempuan ke sini. Menurutnya remaja ini telah mencuri wallet Prof. dan cuba menggunakan duit di dalamnya untuk membeli sesuatu di kafetaria". Jelas pemanggil itu.

"Ya Allah Ed!!! Awak jangan apa-apakan remaja itu. Tahan perempuan yang membawanya. Jangan biarkan dia pergi lagi". Terkejut aku nendengar Ed dituduh mencuri sedangkan aku yang menyerahkan walletku kepadanya pagi tadi.

"Perhatian!!! Awak semua siapkan tugasan yang saya bagi sebelum balik. Selepas itu macam biasa hantar dekat saya melalui email". Aku terus melangkah keluar dari makmal komputer. Ed perlu segera aku dapatkan.

Perjalanan selama lima minit ke pejabat pengawal keselamatan seperti lima jam lamanya. Aku mempercepatkan lagi langkahku.

Akhir-akhirnya aku sampai juga di bahagian tahanan. Pintu sliding itu aku seret ke kanan sehingga mengeluarkan bunyi yang agak kuat dan mengejutkan isi di dalamnya.

"Ed!!!". Aku terus mendapatkannya. Pipinya aku pegang dengan kedua belah tanganku. Terdapat kesan lebam dan luka sedikit di tepi bibirnya.

"Kau ke yang pukul dia???". Pengawal keselamatan yang sedang berdiri di tepi meja aku tanyakan.

"Bukan pihak kami yang buat Prof. Dia dibawa dengan luka begitu oleh Cik Erina". Mataku terus menghala ke arah empunya nama.

"Ed... I tangkap dia tadi dekat kafe tadi bersama wallet dan kad kunci ofis you". Rina menghampiriku. Ed menikus di tepi dengan tangannya memeluk pinggangku erat. Takut dengan Rina.

"Kau ni memang tak tahu nak hormat aku sebagai pensyarah kau ke?". Aku menengking kepada Rina. Terangkat bahunya.

"Ma... Ma.. Maafkan saya Prof.". Terus tergagap-gagap Rina.

"Kau pukul ke ni?". Tanyaku. Masih keras dan tegas.

"Sebab tadi dia taknak mengaku dan cuba melarikan diri". Adu Rina.

"Kurang ajar!!!". Terangkat tanganku untuk menampar Rina, tetapi tinggal satu inci sahaja lagi hendak hinggap ke sasaran.

"Abang... Ed okay ni". Laju Ed menarik tanganku.

"Okay apa macam ni. Abang sendiri pun tak pernah buat Ed sampai luka macam ni". Kesan luka di tepi bibir itu aku sentuh sedikit dengan ibu jariku.

"Jadi semua ini salah faham la ya". Pengawal keselamatan mencelah setelah lama menjadi penonton drama aku.

"Salah faham pun tak patut pukul sampai luka berdarah macam ni. Negara kita ada undang-undang. Kau Rina, kenapa selalu buat kacau dalam hidup aku. Kelas kau ponteng, acah-acah nak tangkap pencuri pulak". Rina beriak biasa sahaja.

"Kenapa wallet Prof. ada dengan budak ni?". Rina menunding jari telunjuknya ke arah Ed.

"Siapa kau untuk ambil tahu. Dia di bawah jagaan aku. Barang aku adalah barang dia, malah aku sendiri milik dia. Awak, uruskan apa yang patut ke atas perempuan ni. Catat kesalahan dia, memukul adik pensyarah. Kalau boleh buat sampai dia digantung semester ni atau semester hadapan". Arah aku kepada pengawal keselamatan yang terkebil-kebil memandangku.

"Ba.. Ba.. Baiklah Prof.". Garang sangat ke aku ni sampai pengawal keselamatan yang berbadan sado ni boleh tergagap-gagap juga.

"Prof. Tolong maafkan saya. Saya tak sengaja nak pukul adik Prof. Saya tak tahu dia ni adik Prof. Masa saya tanya, dia hanya senyap dan cuba untuk melarikan diri sahaja". Rayu Rina.

"Tadi Ed tak sempat nak cakap apa....".

"Tengok... Adik Prof. pun mengiakannya". Laju Rina memotong bicara Ed.

"Betul ke sayang?". Ed aku tanya. Rina mulai menggelabah.

"Ed sebenarnya tak sempat nak cakap apa-apa, akak ni dah tarik Ed dari belakang semasa Ed tengah beratur nak bayar makanan dekat kafe tadi. Lepas tu, dia terus pukul Ed dan rampas wallet abang". Terang Ed.

"Maaf Rina. Aku lebih percayakan cerita Ed ni lagi daripada cerita kau. Jom sayang kita pergi dari sini. Luka Ed ni nak kena rawat". Bahu Ed aku paut.

"Prof. tolong saya. Adik Prof. tipu sebenarnya". Jerit Rina. Tangannya ingin mencapai lengan Ed tetapi pengawal keselamatan sempat menghalangnya. Aku terus berlalu pergi, meninggalkan Rina untuk menerima hukuman yang setimpal.

Untuk kembali ke rumah agak jauh berbanding ke ofisku. Aku melihat Ed agak payah hendak mendaki anak tangga. Tak guna kau Rina, kaki pun kau kerjakan. Aku akan pastikan kau akan dapat balasan setimpal dengan apa yang kau buat.

"Ed boleh berjalan tak ni?". Tanyaku. Anggukkan sahaja yang menjadi balasan. Kalau jauh dari pandangan umum aku dah dukung Ed, tidak sampai hati melihatnya berkerut menahan sakit dalam setiap langkahnya.

Dari jauh Rina memandang sinis Ed Husaini berjalan sambil memapah gadis yang dia katakan adik itu. 'Kau jangan nak memperbodohkan aku la Ed. Kau ingat aku tak tahu yang kau tu anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak yatim. Buruk sangat aku ni pada pandangan kau seburuk itulah pandangan aku kepada budak tu'. Bicara Rina di dalam hati.

DIA BINTANGKU -Edlene Haura💖Ed husaini (editting In Progress)Where stories live. Discover now