Sebelum bts balik rumah ..
Ji yun POV
Aku, Baekhyun dan Chanyeol berjalan bersama-sama di mall. "Berapa umur Ji yun?" Baekhyun memulakan perbualan. " 17. Kenapa?" soalku dengan muka hairan.
"Jadi umur Ji yun sama dengan umur bts lah ni? Sekolah pun sama macam diorang lah ni?" Baekhyun meneka. Sebenarnya Baekhyun dan Chanyeol pakai mask, kaca mata hitam, topi dan pakaian yang tertutup untuk mengelakkan kena serbu fans.
"Ha'ah. Jangan lah buka topik tentang diorang tu! Aku tengah merajuk dengan diorang ni! " lesap terus mood aku bila Baekhyun buka cerita pasal bts. Kedudukan kami ialah Baekhyun sebelah kananku aku kat center , Chanyeol kat sebelah kiriku.
"Hai budak miskin! Boleh pulak kau kat sini? Bukan kau miskin ker? Kenapa tetiba ada bodyguard bagai ni pahal? Ouh, kau kikis duit dari BTS eh? Dasar perempuan murahan!" perli seorang perempuan yang pakai dress paras lutut. Aku sangat kenal perempuan tu. Perempuan yang buli aku di tandas kat sekolah.
"Jessica....!" bisikku dengan geram tetapi boleh didengari Chanyeol. Chanyeol memandangku dari tubir matanya.
"I am right, Ji yun?" katanya lalu tersenyum sinis.
"kau jaga siki-"
"Kau jangan nak cakap bukan-2 pasal Ji yun ,eh? Kau nak tau tak? Aku rasa kau lagi teruk lah!" Chanyeol potong percakapanku lalu menengking Jessica. Aku terkedu. Pertama kali aku tengok Chanyeol membuka mulutnya. Berbisa mulut Chanyeol ni!>_<
"Eh, kau diam lah ! Kau tu cuma Bodyguard pada perempuan pengkikis duit orang ni je!!" tengking Jessica dingin.
"Aku ni boyfriend dia lah!" kata Chanyeol lalu membuka mask dan kaca mata hitamnya. Sekali lagi aku terkedu diikuti Baekhyun dan Jessica.
"Chanyeol apa kau buat ni!!" jerit Baekhyun tetapi berbisik kepada Chanyeol. Chanyeol mengendahan Baekhyun. Dia menarik tanganku lalu menggenggam tapak tanganku. Aku membahang.
"Chanyeol!!??" Jessica separuh menjerit kerana terkejut. Dia terus melarikan diri.
"Tsk! Tak sedar diri!" Chanyeol mencebik. Dia terlupa yang dia masih menggenggam erat tanganku.
"Chanyeol......" kataku dengan muka merah tomato kerana malu. Chanyeol memandangku. Dia turut membahang lalu melepaskan tanganku.
"uuuuu....." kata Baekhyun sambil menyiku lengan Chanyeol. "kau diam , Baekhyun!" Chanyeol Memakai kembali mask dan kaca mata hitamnya.
"Gomawo, Chanyeol..." tuturku dengan perlahan.
"Ermmmm..." kata Chanyeol lalu memandang ke tempat lain . Shy shy cat. Kalau dengan Baekhyun macam Shy shy ton (syaiton).Selepas bts balik...
"Baekhyun, Chanyeol Gomawo hantar aku balik." Ji yun membongkok badannya 90° .
"Sama-sama. Terutamanya kat Chanyeol.. Kan Chanyeol dah tolong Ji yun tadi." sekali lagi Baekhyun menyiku tangan Chanyeol. Chanyeol menjeling tajam Baekhyun.
'Ni yang nak kena flying kick ni' bisik hati kecil Chanyeol."Ermmm...aku masuk kereta dulu eh?" kata Baekhyun terus pecut masuk kereta. Amboi!
Ji yun dan Chanyeol terdiam seketika. "Ermmm.. Aku nK minta maaf sebab menyusahkan Chanyeol je." kat Ji yun lalu menundukkan kepalanya.
"Eh, tak susah pun! Perempuan gedik tu memang patut kena tengking dengan aku. " Chanyeol senyum manis.
"ouh, okey.." kata Ji yun lalu tersenyum lebar .
"Can we take a selfi? Please?" Sambung Ji yun lalu mengeluarkan Vivo 5s lalu menekan aplikasi B612 .
"Ermmm..Okey" kata Chanyeol mendekati Ji yun lalu berselfi dengan Ji yun. Ji yun mengambil beberapa .
"Weh, korang tak bawa aku selfi pun!"rengek Baekhyun sambil mengangkat beg pakaian Ji yun.
"Eh, lupa pula beg aku..hehehehe.. Jom lah Baekhyun selfi sekali!" kata Ji yun lalu mengambil beg pakaiannya dari tangan Baekhyun.
'Tsk! Kacau daun betullah Baekhyun ni! Wait-2!! Kenapa dengan aku ni?!' bisik hati Chanyeol. Ji yun , Chanyeol dan Baekhyun berselfi dengan pelbagai gaya.
"Chanyeol , Baekhyun? Boleh minta nombor telefon korang? Boleh chat dengan korang! " Ji yun membuat muka cute dengan blink-2 sekali.
"Boleh je. Chanyeol tolong bagi dia boleh? Okey? Aku masuk kereta dulu" Baekhyun pecut masuk kereta kembali. Laju betul budak ni!
Chanyeol me'roll'kan matanya tanda menyampah.
Dia memberi nombornya dan Baekhyun kepada Ji yun."okey TQ.. bye jumpa nanti!"
Ji yun melambai Baekhyun dan Chanyeol yang berada di kereta. Kereta BMW mereka meluncur keluar dari perkarangan rumah Ji yun. Ji yun terus memasuki rumah lamanya."WAH!!! Rindu pula dengan rumah ni!!" jerit Ji yun sendiri. Dia terus ke biliknya lalu menghempas badannya di atas katil. Ji yun melelapkan mata kerana terlalu mengantuk.
-----------------------------------------
Hai guys!
Sorry tiba-tiba masukkan Chanyeol dan Baekhyun Dalam Bab ni... Author dah takde idea so masuk je lah nama diorang tu... Hehehehe.. Okey bye!!7
YOU ARE READING
Music is love 🎶❤[M.Y.G]
FanfictionJi yun , seorang gadis yang miskin dan ibu bapanya telah meninggal sejak umurnya 12 tahun. Walaupun Ji yun miskin , dia dapat bersekolah di sekolah Muzik yang hanya pelajar berbakat dalam bidang Muzik dan tarian dapat masuk. Hidupnya mula berubah ap...