Sampai sekarang Yoongi tak bercakap dengan aku , Taehyung dengan Nayeon dah pergi dah. Taehyung lah celaka sangat pergi lari. Aku kena pujuk Yoongi jugak ni kesian pulak aku tengok dia.
" Yoongi , maaf lah aku tak sengaja aku terkejut salah kau jugak tiba tiba pegang tangan aku " aku memegang tangannya , tetapi dia menarik tangannya. Aku dengan Yoongi duduk di tepi lorong mall yang berhampiran toilet.
Pipinya masih kemerah merahan , comel lah dia ni. " Kalau kau tak nak maafkan aku , suka hati lah aku nak keluar dengan Cho " aku berdiri belum sempat aku pergi tangan Yoongi menyambar tangan aku. Aku tahu dalam hati Yoongi sekarang mesti menyumpah aku sebab dia yang mangsa tapi aku pulak yang merajuk hahaha.
" Hah tahu pun baik kau maaf kan aku sekarang " aku mendesak Yoongi. " Boleh aku maafkan kau tapi dengan 1 syarat " aku naikkan keningku.
" Apa dia ? "
♡
Kecik besar kecik besar je aku pandang Yoongi di depan aku ni , nak makan pun dah terganggu bila terfikir balik ada ke patut dia suruh aku ikut cakap dia dalam masa 1 minggu ?
flashback
" Kau kena ikut cakap aku dalam masa 1 minggu " aku tergamam , terngaga. Betapa bodohnya aku masa tu. " wtf , kenapa sampai 1 minggu lempang je kot , aku lempang kau lagi sekali kang , sepatutnya 2 hari je " Aku geram dengan Yoongi ni bagi betis nak peha pulak.
" Kau sanggup ke kalau kau mati tapi orang tak maafkan kau ? " Yoongi mula jongketkan keningnya sambil tersenyum sinis. Cis.
" Okay okay aku dengar cakap kau dalam 1 minggu , lepas 1 minggu jangan harap ya ? Baiklah encik Yoongi kita nak ke mana sekarang ? " aku memberi senyuman terpaksa , Yoongi tersenyum kemenangan.
" Kita pergi makan dulu , lepastu em " aku rasa nak bunuh je dia ni , tapi nasib baik aku ni penyabar orangnya. " Nanti aku fikirkan , kita pergi makan dulu " Yoongi menarik tangan aku berjalan di sebelahnya.
end flashback
Begitu lah ceritanya , tak apa lah 1 minggu je pejam celik pejam celik dah 1 minggu. " Kau fikir apa lagi ? Makan lah , kalau tak nak aku nak " Celaka mamat ni badan keding tapi makan macam buaya.
Aku menjeling Yoongi. " Nak makan lah ni " Yoongi tersenyum. Selesai kami berdua menghabiskan makan aku mengajak Yoongi balik , kepalanya digelengkan (?) tanda tidak mahu.
" Hah ? Habistu tak kan nak duduk kat dalam restoran ni je ? " aku naikkan bibir ku.
( faham tak alah yg mcm bibir atas tu kita naikkan ? alah faham faham jela 😂 )
" Aku tak cakap pun nak balik and baik kau jangan buat bibir macam tu sebelum aku cium sampai lunyai " Dengan selamba Yoongi berkata dia terus berdiri dan pergi dari situ.
Mulut aku terkumat kamit mencarut kerana percakapan Yoongi. Aku berjalan di belakang Yoongi yang aku sendiri tidak tahu dia hendak ke mana.
Yoongi memberhentikan langkahnya dan memusingkan badannya ke belakang , wajahku betul betul dekat dengan dada Yoongi. Aku mendongak memandang Yoongi yang lagi tinggi dari aku , bila aku lihat muka Yoongi dari jarak ni aku dapat melihat dia sungguh SEXYYYYYYY WAH TERLIUR AKU.
" Kenapa ? " aku tanya dan menjarakkan diri aku daripada dadanya. " Lembap " Yoongi terus menarik tangan aku dan mengenggam.
Aku berjalan disebelahnya , tangan aku dan Yoongi masih bersama. " Kita nak ke mana ? " aku tanya lagi. " Dating "
" HAH ??!! "
♡
over lah hani 😔😂😂 okay tak yang ni ? sebab aku rasa cerita ni makin mengarut lol 😂
YOU ARE READING
SimSimi
FanfictionSiapa sangka watak disebalik aplikasi Sim Simi itu ialah seorang lelaki yang sedang bosan ? Story ideas by @sugastly @aishetaeru-