Jaga Anak

858 87 46
                                    

Seperti apa yang disuruh oleh isterinya dalam satu senarai, Seungwoo menjalankan tugasnya seorang diri sebagai bapa yang bertanggungjawab ( lah sangat // emoji mata ke atas // ). Dia memulakan tugas pertamanya dengan mengetuk pintu bilik Heo Chan.
" masuk "

Seungwoo masuk ke dalam bilik anak pertamanya. Dia tergamam. Bilik Heo Chan sudah dikemas seperti dia tidak pernah tidur di situ. Cadar katilnya juga tidak berkedut dan apa yang paling mengejutkan anaknya itu juga sudah mandi. Pelik. Monolog Seungwoo dalam hati. Kebiasaannya anaknya yang sorang ni tak akan mandi awal pagi.

" don't worry appa. I can take care of myself "

Amboi! Speaking hah! Seungwoo mengangguk faham dan keluar dari situ. Destinasi ke duanya pula ialah bilik Sejun dan Hanse. Pintu diketuk dan Seungwoo mendapat no respond. Pintu diketuk kali ke dua. Masih senyap. Dia baru hendak memulas tombol pintu, tiba tiba pintu itu dibuka dari dalam.

" morning appa! " Sejun terus berlari keluar dari biliknya sebaik sahaja menyapa Seungwoo dan menuju ke ruang tamu. Tak nak terlepas rancangan kegemaran di TV katanya.

" Hanse dah bangun ke belum?? " soal Seungwoo. Sejun hanya menggeleng dan Seungwoo terus masuk ke dalam bilik tersebut untuk mengejutkan Hanse. Belum sempat dia memegang tubuh Hanse tiba-tiba dia mendengar bunyi mangkuk pecah dari dapur.

" ayokkk!!! " suara Sejun menyakat dari ruang tamu. Seungwoo pula gelabah pergi dapur. Kalau mangkuk yang pecah tu mangkuk kesayangan isteri dia, mau tukar jadi hulk wife dia tu.

" ooppsss... sorry appa. Chan tak sengaja " Heo Chan menutup mulutnya. Heh kononnya terkejut sangat la tu

Mata Seungwoo terbeliak. Habis lah! Tu mangkuk favorite isteri dia! " apa Chan buat ni? " Seungwoo menahan nada suaranya agar tidak kedengaran seperti marah. Anaknya yang satu ni mana boleh tinggi suara, even sikit pun mesti nangis mengalahkan perempuan.

" Chan cuma nak buat breakfast untuk adik adik Chan je... " Dia menundukkan kepalanya. Tak nak bertentang mata dengan Seungwoo.

Mendengar alasan itu makin membuak kemarahan Seungwoo. Tahu tak apa dia buat? Dia pergi potong sayur mentah lepas tu lenyek dalam mayonis, guna mangkuk special pula tu! Ni ke makanan sarapan pagi untuk Sejun,Hanse, Byungchan dengan Subin? Memang keracunan makanan la jawabnya. " relax Seungwoo... relax.. niat dia baik.. perangai dia macam ni pun ikut kau time kecil dulu. Tak kan kau tak ingat kau hampir masuk kan resect dalam sup ayam nenek kau? So sekarang Chan pula mewarisi benda tu... chill ok.. " bisik hati kecil Seungwoo yang cuba untuk meredakan kemarahannya.

" sorry appa... " Chan mengulangi perkataan tersebut buat kali ke dua. Seungwoo tersenyum dan memegang bahu anaknya. " appa tahu niat Chan baik, tapi bukan ni caranya. Ok? " Seungwoo senyum seakan psycho yang menahan geram.

" appa bocor!! " dah apa pula kali ni?? Seungwoo berpaling ke arah bilik Subin dan bergegas masuk ke situ. " appa tengok ni! " Byungchan menunjuk pampers Subin yang sudah berat dengan air kencing. Bukan setakat berat, dah keluar dah pun siap buat peta atas cadar lagi.

" Subin nak tukar pampers~~ " Subin mula merengek sebab tak selesa

Seungwoo menepuk dahi. Macam mana pula dia nak tukar cadar sebab selama dia berkahwin, isteri dia yang tukar cadar. Kerja dia tolong tengok je. " kita mandi dulu ok? Byungchan pergi tengok tengok TV dengan Sejun hyung " arah Seungwoo sambil membawa Subin ke bilik mandi dan Byungchan sudah lari ke ruang tamu.

Sedang seronok dia memandikan Subin tiba tiba dia mendengar tangisan yang amat kuat yang sudah tentunya berpunca dari Hanse.

" memang hari ni hari malang kau lah Seungwoo... " Seungwoo bermonolog perlahan. Selesai sahaja mandi dia terus mengelap Subin sehingga kering. " Subin pakai baju sendiri eh.. appa nak tengok hyung kamu "

" ok appa " balas Subin sambil tersenyum. Ok Subin ni baru lima tahun tapi masih pakai pampers. Cuma waktu malam je.

Makin dekat Seungwoo dengan bilik Hanse, makin kuat tangisannya. Seungwoo meluru masuk sebab pintu bilik tu memang tak tutup dari tadi, dia mendapatkan Hanse.

" appa~~ lapar " dia merengek. Habis hingus semua keluar. Seungwoo memandangnya dengan pandangan kenapa-perangai-kau-macam-minta-penampar? Dia melihat anaknya dari atas hingga bawah. Dah lah belum mandi lepas tu ada hati nak nangis macam orang keguguran 😒

" appa~~~ " Hanse menangis lagi. Seungwoo bingung. Macam mana dia nak pujuk budak ni? " ok lah. Hanse mandi dulu nanti kita makan ok? " Seungwoo cuba memujuk.

Hanse menggeleng. " tak nak... lapar~~ "

" ye appa tahu.. tapi Hanse mandi dulu ok? "

" tak nak!! " Hanse menangis sekuat hati sambil memukul badan Seungwoo. Faham faham je lah budak sekolah rendah macam mana

" ok ok.. kajja kita makan " Seungwoo menudukung Hanse. Habis hingusnya melekat dekat baju Seungwoo. Gahahaha xD

Semua berkumpul di meja makan sebaik sahaja Seungwoo meletakkan sepinggan sandwich di atas meja

" Subin mana? " tanya Seungwoo. Anak anaknya langsung tidak menjawab soalannya kerana keenakkan sandwich yang dibuat

Subin berlari keluar dari biliknya dan terlanggar dinding. " appa Subin dah buta!!!! "

Abang abangnya melihat ke arahnya dan dalam kiraan tiga mereka semua sudah ketawa terbahak bahak. Mana taknya, Subin menyangka dirinya sudah buta tapi hakikatnya dia cuma pakai seluar dekat atas kepala je.

Seungwoo mendapatkan Subin untuk membetulkan seluarnya. Selesai urusan dia dengan Subin dia berpaling semula ke meja makan dan boom! Makanan bersepah di merata rata tempat!

" haha perang makanan!!! " Heo Chan memicit botol mayonis sehingga isinya habis. Hanse dan Byungchan membaling sayur sesama mereka. Sejun menyorok di bawah meja sebab tak nak terlibat dengan perang tersebut. Subin berlari anak mendapatkan abangnya lalu menyertai perang makanan yang sedang berlaku. Seungwoo menepuk dahi. " memang salah kau pun Seungwoo sebab nak anak ramai " bisik hatinya.

-TBC-


Ni hah muka muka yang nak kencing pun tak pandai bagitahu 😂 tak habis habis menyusahkan Seungwoo! Huh!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ni hah muka muka yang nak kencing pun tak pandai bagitahu 😂 tak habis habis menyusahkan Seungwoo! Huh!

 𝑽𝒊𝒄𝒕𝒐𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 [✓] Where stories live. Discover now