Kesian Heo Chan

262 35 12
                                    

" Heo Chan!!!! "

Jeritan Seungsik yang nyaring di waktu senja membuatkan semua isi rumah berlari ke biliknya. Jeonghan yang nak ambil air wuduk pun terbantut.

" kenapa pak cik? Kenapa? " ujar Byungchan sambil menolak adik adiknya supanya dia dapat melihat Seungsik dengan lebih jelas.

Nafas Seungsik turun naik. " kenapa kau tanya? Abang kau Heo Chan mana ?! " mata Seungsik meliar mencari kelibat Heo Chan namun dia tiada di dalam bilik itu.

" Ya Tuhan!! Langsir aku!! Apa kau buat ni Seungsik oi ??? " Jeonghan mendapatkan langsir di tingkap bilik Seungsik. Langsir yang dulu cantik kini berubah menjadi comot. Hampir seluruh bahagian langsir di conteng dengan crayon dan di hujung kain langsir ada tertulis nama Heo Chan.

" apa aku buat? Ni semua kerja budak budak ni lah! Tu aku tak nak bela diorang kat rumah ni! Mana Heo Chan?! " tu diaa kan dah datang marah dia. Hampir saja Subin terkucil di situ. Dia tak pernah nampak Seungsik marah macam ni sekali. Menakutkan~ Jeonghan pula hanya menangis meratapi langsirnya yang sudah di conteng.

" kenapa bising bising ni? " ujar Heo Chan yang baru sampai. Dia menguap sambil menggosok mata. Mamai la tu.

" oohh kau lah yang conteng langsir aku eh? " belum sempat Seungsik berbuat apa apa Jeonghan sudah mengajukan soalan secara melulu.

Heo Chan bingung dengan apa yang terjadi sekarang. Dia perlukan seseorang untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Kenapa dua orang tua ni nampak marah sangat? Heo Chan memandang Byungchan, Subin dan Sejun. Apa semua ni?

Byungchan menghela nafas berat. " hyung yang conteng kan? "

" hah? "

" oi budak. Kau jangan buat tak tahu lah. Dekat langsir tu ada nama kau. " ujar Seungsik.

Heo Chan hanya membuat mulut berbentuk O. Dah tu Seungsik nak suruh dia buat apa? Nangis?

" yahh! Kau tak payah buat buat blur baru bangun tidur lah. Cakap je lah kau buat " marah Seungsik lagi. Eeyy geram je dia dengan budak Heo Chan ni.

" hurm pak cik. Bukan Heo Chan memang tidur kat bilik Sejun ke tadi? " sampuk Sejun. Kesian pulak dia tengok Heo Chan kena tuduh melulu ni.

Seungsik membuat muka tidak puas hati. Jeonghan pula sudah buntu. Dah lah nak beli langsir satu meter pun mahal nak mateyy. Sedang dia buntu dengan masalah yang ada Seungsik dah bersuara dingin " malam ni kita semua makan kat keluar kecuali Chan "

Mata Heo Chan membulat. " waeee ??!!!! " " kau nak tanya lagi kenapa ??? Kau yang buat kan ? " Seungsik masih bertegas. " takkk!! " " tipu " " Heo Chan tak tipu! " " tipu tipu tipu " " mana ada Heo Chan tipu ! " " tipu tip— " " pak cik ni macam budak budak lah. Dah tua pun perangai tak matang lagi " teguran Byungchan membuatkan Seungsik terdiam. " dah semua kecuali Heo Chan pergi siap, kita makan kat luar . Bagitahu Hanse sekali " arah Seungsik.

Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan Heo Chan sudah menangis kuat sambil meluru laju ke arah pintu. Grill pintu itu dihentak-hentaknya bagai nak tercabut. " woi patah grill tu nanti !  " teriak Seungsik tapi langsung tak dipedulikan oleh Heo Chan malah hentakannya makin kuat " nak ikutt ! huwaaaa nak ikut! huwaaaa ~! "

Adik-beradiknya yang berada di dalam kereta hanya memandang simpati terhadapnya. Jeonghan yang baru lepas check battery kereta pun turut memandang Heo Chan yang macam kena kurung dalam basement. Ni kalau jiran lain dengar confirm ingat ada penderaan kanak-kanak.

" jangan lah tinggalkan Heo Chan sorang sorang !! Huwaaaaa apa salah Heo Channn "

" weyh Seungsik, dia budak-budak lagi kut, kesian la sikit kat dia " walaupun hati Jeonghan agak kecewa dengan apa yang baru terjadi sebentar tadi tapi.. haihh jiwa dia lemah dengan kanak-kanak ni. Nak marah lelama tak boleh sebab kanak-kanak kan.

 𝑽𝒊𝒄𝒕𝒐𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 [✓] Where stories live. Discover now