Detective Heochan: Case Opening

226 32 23
                                    

Seungwoo menyandarkan kepalanya pada kerusi. Dia menghela nafas berat. Serabut betul hari ni banyak kerja nak kena buat. Dia terpandang frame gambar yang terletak di atas meja kerja. Gambar seisi keluarga. Seungwoo selalu bawak frame gambar ni lagi lagi kalau dia kena outstation. " hmm rindu pulak aku kat tenuk kesayangan aku " omelnya sendirian. Di tempat dia bekerja sekarang waktu siang, di Korea pula waktu malam. Kalau dia nak call mesti semua anaknya dah masuk tidur.

🍃🍃🍃

Byungchan menyelimuti dirinya sambil memegang anak patung berbentuk sotong kurita. Mata dipejam erat, seminit, 2 minit, 5 minit, dia masih tak boleh tidur. Byungchan mencelikkan matanya apabila pintu biliknya dikuak oleh seseorang. " Hanse hyung, nape tak tidur lagi ? " tiada sebarang sahutan dari Hanse. Byungchan hanya mengabaikannya apabila mata mula berasa kuyu. Sebelum dia rebah ke alam mimpi sempat jugak dia tengok Hanse tu tengah ambil sesuatu dari dalam almari lepas tu keluar bilik balik dan akhirnya dia pun tertidur.

Byungchan terjaga apabila pipinya di tampar lembut oleh Heochan. Dah pagi rupanya. Subin pun dah takde dalam bilik.

" Byungchan kena ikut hyung sekarang " belum apa apa lagi Heochan dah tarik tangan Byungchan. Hampir jatuh adik dia macam nangka busuk. " eehh sabar lah, mandi pun belum lagi " " ishh tak yah mandi. Ikut je ". Heochan membawa Byungchan ke ruang tamu. Mereka mengintai Jeonghan di laman rumah yang sedang meratapi pokok bunganya sambil meraung macam orang hilang akal.

" dua tiga cheetah pantas, kenapa harus kau yang di cantas ?? ㅠㅠ uwaaa.. dua tiga pokok bunga, bunga cantik macam Joshua, kenapa ada orang dengki dengan bunga, suka sangat ke tengok aku berhua hua ?
ㅠㅠ  " pak cik yang nak berjoging kat depan rumah dia pun teragak-agak nak lalu, takut kalau Jeonghan ni mental.

Heochan separuh berbisik pada Byungchan " nampak tak dahan tu ? Mesti ada orang yang buat " Byungchan hanya mengangguk walaupun masih mamai. Malas dia nak layan karenah abangnya yang tah pape ni.

" oi korang tak gi sekolah ke ? Kenapa tak mandi lagi ? " Terperanjat makhluk 2 ekor tu apabila disergah sebegitu rupa. " ishh lain kali bagi lah salam dulu Sejun hyung ni " mata Byungchan membulat. Segar terus lepas terkejut. Sejun hanya menggaru kepala sambil tersengih menampakkan lesung pipitnya.

Beberapa minit selepas itu...

" aikk Heochan kenapa tak siap lagi ? Kang lambat " ujar Seungsik sebaik sahaja masuk ke dalam bilik dia dan Sejun untuk mengambil seluar sekolah Sejun yang baru sebab tadi masa sarapan seluar dia dah terkoyak. Heochan segera mencari alasan kemudian terus memegang perut.  " a-aduh ! Sakit perut ! " Seungsik memandang Heochan dengan curiga. " mengada kau kan laki, dah siap cepat pergi sekolah ". Heochan masih meneruskan lakonannya, dia berguling pula atas lantai. " sakit sangat~ ah rasa macam dah tak lama je ni " " ah takde takde cepat siap " Heochan berhenti dari berguling. Dia bingkas bangun sambil membuat muka lalu mencapai baju sekolahnya. Seungsik hanya menggeleng kepala. Dia kenal sangat perangai budak-budak tu suka naa reka penyakit.

" okay time to hantar y'alls ! " Seungsik mencapai kunci kereta sambil mengangkat Subin untuk di letakkan di kerusi khas. Heochan masih memikirkan cara supaya dia tidak perlu hadir ke sekolah. Ada sebab kenapa dia buat macam ni. Tiba-tiba sebuah mentol menyala di atas kepalanya. Dia mencuit bahu Byungchan. " ingat tak plan kita semalam ? " Heochan separuh berbisik dan Byungchan hanya mengangguk. " tapi hyung tak dapat berlakon pura pura sakit perut " " hah? habis tu macam mana? " " haaa hyung akan pura pura pengsan pastu Byungchan cari la alasan okay " " hah ?? " Byungchan mengerutkan dahi tak faham apa yang ada dalam fikiran abang sulungnya. " oi korang dua tak nak masuk kereta ke ? Lambat tinggal " nada suara Seungsik kedengaran dingin. Bila diingat balik pasal peristiwa tempoh hari rasa sakit hati terus menerkam jiwa. " okay ready " Heochan dah pengsan dulu gaiess ! Kesian Byungchan tergaru-garu kepala tak tau apa nak buat. Seungsik memegang tubuh kecil Heochan. " kenapa ni? Yah Heochan ireonna ". Byungchan masih terkebil-kebil. Apa patut dia buat ? Heochan dalam diam mencubit tangan Byungchan. Dia perlu pastikan rancangan kali ni berjaya ! " auw ! " Seungsik memandang Byungchan. Dah apahal tetiba jerit ? " a-ah pak cik ! tolong Chan hyung dia pengsan sebab sakit perut " " hah? kau biar betul ? " " b-betul.. C-chan hyung banyak kali bagitau masa sarapan tadi ". Kedengaran hon kereta dibunyikan, kepala Hanse tersembul keluar tingkap. " cepat lah pak cik !! Kitorang tak nak lambat !! " di akhir kata Hanse membunyikan hon beberapa kali sampai Seungsik pun dah serabut. " aihh pak cik hantar korang pergi sekolah dulu pastu pak cik bawak chan pergi hospital. Dah jom ". Seungsik mengangkat badan Heochan. Byungchan buntu, apa dia nak buat ?? Dia memandang Heochan, dapat dilihat Heochan membuat gelengan halus. " a-aa pak cik ! um kita tak yah la bawak dia pergi sana ". " eehh asal lak ? Kalau pape jadi kau nak tanggung ke ? " " e-eer chan hyung pernah jadi macam ni dulu. Appa tak bawak pergi hospital pun " " ye ke? " " h-haah.. uhm.. uhm.. biar Byungchan je jaga hyung. " Seungsik menatap Byungchan, Byungchan hanya menundukkan kepala. Takut nanti Seungsik perasan dia tengah tipu. " kalau macam tu okay. Tapi kalau pape jadi kau kena cepat cepat bagitau faham ? " Byungchan mengangguk laju.

 𝑽𝒊𝒄𝒕𝒐𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 [✓] Where stories live. Discover now