Seungwoo menghempaskan tubuh di atas sofa sebaik sahaja dia menidurkan kesemua anaknya. Penat!! Patut lah isteri dia selama ni selalu tak cukup tidur, sekarang baru dia tahu betapa susahnya nak memantau lima orang anak. Dia baru hendak melelapkan matanya, tiba tiba...
" appa " Sejun memanggilnya dengan suara yang masih ngantuk. Seungwoo memejam mata berharap itu cuma khayalannya tapi sangkaannya salah apabila suara itu tidak putus putus memanggilnya.
" kenapa Sejun tak tidur lagi ni? " Seungwoo terus duduk di atas sofa dan Sejun duduk di atas ribanya.
" appa lupa nak baca buku My Little Pony " jawabnya manja. Seungwoo blank buat seketika. " cepat lah appa... " Sejun mula merengek. Disebabkan dia terlampau penat dan tak nak memujuk Sejun, dia pun ikutkan je apa yang Sejun minta.
Seungwoo membaca buku cerita tersebut sehinggalah anak lelakinya itu tidur. Dia mengeluh seketika. " kadang aku pun confuse dengan jantina anak aku... " monolognya dalam hati dan tak lama selepas itu telefonnya berbunyi. Tertera nama isterinya di telefon.
" anak anak macam mana? Ok? " ujar isterinya sebaik sahaja panggilan di angkat.
Seungwoo diam memikirkan kejadian kejadian yang dia tidak pernah sangkakan sebelum ini. Heh perangai masing masing macam hantu raya. " ah ok je.. baik macam bidadari "
" bidadari?? Hmm setahu saya perangai diorang tu macam penjajah nak serang negara luar "
" eehh? Haha tak lah.. dengan saya je diorang tak berani buat perangai " Seungwoo terpaksa menipu. Kalau isteri dia tahu yang Heochan pecahkan mangkuk fav dia, confirm dia akan balik Korea sekelip mata
" bagus lah kalau macam tu... rumah senyap je. Mana diorang? " isterinya bertanya lagi.
" diorang baru je tidur.. ok lah awak tak payah risau. Saya boleh jaga diorang.. saya nak mandi ni, ok bye " Seungwoo terus memutuskan talian. Kalau dia tak end call nanti macam macam wife dia tanya dan rahsia pasal mangkuk pecah tu akan terbongkar.
8:00 P.M
Mereka sekeluarga menikmati hidangan yang tak seberapa di meja makan. Sudah tentunya di masak oleh Seungwoo. Heh dia kerja apa pun tak boleh buat. Yang dia tahu pergi dan balik kerja, bagi nafkah, cover lagu. Tu je lah benda dia selalu buat selama hidup bergelar suami.
" appa... kenapa kentang ni hangus eh? " Heo Chan membuka soalan untuk memecahkan kesunyian.
" sebab appa terlebih masak " jawab Seungwoo sambil menyuap Subin.
" kenapa terlebih masak pula? " tanya Heo Chan lagi.
Seungwoo diam seketika. Sebenarnya dia tak ingat macam mana makanan tu boleh jadi hangus. " uhm.. appa pun tak tahu lah.. "
" kenapa appa tak tahu? Kan appa yang masak " celotehnya.
Me: complain je kerja kau.. asal bukan kau je yang masak??
" makan je lah.. banyak tanya pula " Byungchan menyampuk. Heochan hanya mencebik. Seungwoo menghela nafas lega sebab dia tak payah la jawab soalan Heochan lagi. Yeay!!
Tak lama kemudian...
" uhm appa... " Hanse memanggilnya. Seungwoo cuba bersabar. " ye Hanse?? "
" kenapa makanan hangus mesti pahit dan makanan pahit mesti hangus? Dan kenapa ubat yang tak hangus jadi pahit? " ambil kau! Soalan doktor yang bertauliah dah keluar dari mulut Hanse! Seungwoo terkial kial mencari jawapan. Dia tak pernah fikir pun pasal benda ni tapi anaknya yang baru lapan tahun dah tanya benda macam ni. Sedang Seungwoo memikirkan jawapannya tiba tiba Heochan kembali membuka mulut. " ye la appa.. kenapa sayur yang hijau pun pahit? Tapi limau yang hijau tu masam? " Maka dengan soalan yang diajukan oleh Heo Chan dan Hanse, saraf otaknya pun terputus.
YOU ARE READING
𝑽𝒊𝒄𝒕𝒐𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 [✓]
Fanfictiontenuk tenuk kesayangan Seungwoo ❤️✨ Story ini tidak menjanjikan hiburan seperti yang anda expect tapi saya berani jamin telatah anak anak Seungwoo sangat lah comel. Ok bye.