Subin Yang Kesunyian

207 31 60
                                    

First of all, happy belated birthday Subin! Lewat kat sini je tapi awal di hati 🥳 chapter ni panjang sikit, harap anda semua layan kan je perangai yang merepek repek tu hehe bye 🌻

— — —
" alaaa boleh la hyung boleh la "

Kedengaran Subin merengek pada Sejun tapi rengekannya langsung tak diendahkan. " boleh la hyungg kejap jeee. Subin janji tak nak curi seluar dalam hyung lagi " Subin mengangkat tangan kanan setinggi bahunya macam nak baca ikrar.

" hyung kata tak boleh, maksudnya tak boleh lah eee ketuk kang "  Sejun menunjuk penukul mainan pada Subin. Subin terus membuat muka. " hyung ni kedekut lah ! humph ! " Subin masuk ke dalam rumah sambil hentak kaki. Tak lama selepas itu kedengaran suara Jeonghan menjerit namanya. Subin mengadu lah tu! Dia keluar dari rumah sambil memimpin tangan Subin. " kenapa dia ni nangis hah ?? "

Sejun melepaskan keluhan kecil. " hyung, budak tak cukup umur ni nak main taik kucing tak kan Sejun nak bagi main pulak ?? "

Krikk.. krikk..

" uh.. eerr dah lah. Subin ni pun satu banyak benda boleh main kenapa nak main benda kotor macam tu? " kemerahan wajah Jeonghan menahan malu tapi dia cuba abaikan rasa tu. " Subin nampak benda tu macam kek pandan je.. 😔 " Sejun facepalming sempat jugak dia mengutuk adik beradiknya yang lain. " adik adik aku ni agaknya tak beratur kut masa ambik otak dulu "

— — —

" Jeonghan hyung, hari ni jom kita pergi jalan nak? " tanya Byungchan dengan mulut yang penuh dengan makanan.

Jeonghan menjawab pertanyaan Byungchan sambil menyuap Subin " jalan mana? "

" mana mana je lah. Byungie bosan lah duduk rumah. Hari hari hadap muka Chan hyung. Kalau handsome takpe jugak "

Heochan meletakkan sudu di atas pinggan. " habis tu ingat hyung tak bosan tengok galah hari hari? Kalau boleh buat kait rambutan kenyang lah jugak hyung kat rumah. Rambutan Mak Nyet tu dah lah merah macam biji saga sedapnyaa "

" prftt! Bahaha galah! Ambil galah tolong jolokkan! Saya budak malas belajar, kalau salah tak payah tunjukkan pun takpe~ " Hanse menyampuk. Geli hati apabila Byungchan digelar sebagai budak galah nasib bukan budak tebing ( yang layan tu tau la tapi aye tak layan )ohoo 🌚

Byungchan mengecilkan anak matanya. Geramnya bila kena ejek ni! Dia terus membaling sayur sawi tepat di muka Hanse. " padan muka! Mayat hidup tak sedar diri "

" bahahaha mayat hidup! Betul- " giliran Heochan pula kena baling dengan timun oleh Hanse. Byungchan membaling lagi sayur sawi tapi kali ni kat Heochan sebab dia lupa yang Heochan pun ejek dia tadi. " eee korang ni nak kena ke hah? Meh ar perang makanan kalau berani sangat " Heochan menggenggam nasi di tangan. " eehh mari lah. Sape ejek sape dulu? " Byungchan mengambil sebanyak sawi yang boleh. Kenapa sayur? Suka hati lah diorang nak masak apa pun yang sibuk kenapa?

" heipp! Hormat sikit ada hyung kat sini " Jeonghan bersuara dengan tegas. Budak budak tu pun macam dah lupa je Jeonghan ada kat meja makan tu. " entah hyung ni. Hormat lah orang tua kat sini " sampuk Subin. Aikk?? Pelik ni. Subin tu bukan tau apa pun heh. Sejun masih setia mendiamkan diri. Dia tak nak terlibat dengan apa apa peperangan.

" tapi Chan hyung yang suka cari pasal! "

" hyung cakap benda fakta je! "

" entah Byung ni. Sesikit nak touching. Galah je pun "

" hek eleh Hanse hyung pun kuat touching jugak! Werkk mayat hidup! "

" mwo?!?? Mayat hidup tu Byung dengan Chan hyung lah! "

 𝑽𝒊𝒄𝒕𝒐𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 [✓] Where stories live. Discover now