Salah Faham

369 48 12
                                    

Dino menolak Subin di buaian. Subin bersorak keriangan dan tak lama selepas itu dia semakin merasakan bahawa ayunan semakin perlahan. " " alaaaa Lee Chan, tolak lah lagi! "

" sabar la.. tu tengok tu " Dino menghalakan jari telunjuknya ke satu sudut. Maka kelihatan lah seorang perempuan dan lelaki sedang berbual mesra.

" eehh tu suami cikgu ke? " Subin mengajukan soalan dan Dino hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. " jom lah kita tengok " ajak Dino. Maka bermula lah sesi imaginasi mereka macam polis nak tangkap penjahat. Habis baju kotor sebab menyorok di celah celah dinding dan cuba berguling dekat dinding tersebut. Dino meletakkan jarinya di mulut Subin supaya dia mendiamkan diri.

" dengar tak? " bisik Dino pada Subin. Subin hanya memasang telinga.

" dah habis jual ke belum? " kedengaran suara seorang lelaki sedang berbicara

" belum. Tinggal sikit je lagi... sekarang budak budak tak tidur lagi jadi tak boleh lah nak jual " kini suara seorang perempuan pula kedengaran.

" aduh... susah lah macam ni... kau tidur kan diorang dulu lepas tu nanti baru potong dan jual "

" hmm tengok lah macam mana. Diorang tu dah lah susah nak tidur "

" pastikan jual tau. Kalau laris, kaya lah kita "

Mata Subin dan Dino terbeliak. Mereka memandang sesama sendiri. " cikgu... cikgu nak jual kita ke?! " Subin separuh menjerit namun sempat mulutnya ditekup oleh Dino. " sekarang kita bagitahu kawan yang lain lepas tu lari dari sini " ujar Dino dan Subin hanya mengangguk.

Mereka berdua lari lintang pungkang masuk ke dalam taskan untuk mendapatkan rakan rakan yang lain. " korang korang " panggil Dino tercungap cungap. Semua berhenti main.

" cikgu... cikgu Bomi nak jual kita! " Subin menjerit cemas.

" hah?! Cikgu Bomi tu baik lah! " salah seorang budak lelaki menafikan apa yang di kata oleh Subin.

" kitorang tak tipu! Tadi cikgu dengan lelaki lain! " kini Dino pula menyampuk. Seorang budak perempuan yang bernama Wendy sudah menangis. Kawan rapatnya cuba memujuk dia.

" apa bukti yang cikgu Bomi nak jual kita?? " budak lelaki tersebut bersuara lagi.

" dia-- " belum sempat Dino menghabiskan ayatnya, Bomi masuk ke dalam sambil tersenyum sinis ke arah mereka lalu pergi ke dapur. " hah korang nampak senyuman dia tu?! Tu senyuman nak jual kita lah! " ujar Dino. Tak lama selepas itu kawasan mereka menjadi huru hara.

" sshhhh jangan bising. Nanti Cikgu Bomi dengar... ok kitorang ada strategi " Subin mula membisikkan rancangannya pada kawan yang lain.

Beberapa minit kemudian...

" cepat... nanti cikgu Bomi nampak.. Wendy cepat sikit " arah Dino sambil memerhati kawasan sekeliling. Imaginasinya mengatakan bahawa itu tempat markas tentera Jepun dan mereka ialah mangsa tebusan yang perlu cari jalan keluar melalui longkang tapi realitinya mereka hanya keluar senyap senyap mengikut pintu pagar.

" saya takut lah " kata Wendy agak takut dan manja

" awak nak kena sembelih dengan cikgu Bomi lepas tu tak dapat jumpa mak ayah awak atau awak nak ikut kitorang keluar dari sini?? " Dino membuat pilihan. Kalau ikutkan nak je dia heret Wendy keluar tapi dia kena mengawasi pagar tersebut biar tak ada siapa siapa nampak.

" keluar je lah Wendy! Daripada mati sia sia? " kawan baiknya menolak dia keluar dari pagar. Subin berlari keluar dari taska sambil menjerit. " korang cepat!!! Cikgu Bomi dah keluar dari bilik air!! Cepat!!! "

 𝑽𝒊𝒄𝒕𝒐𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 [✓] Where stories live. Discover now