Subin mengambil tempat di atas sofa. Terdapat mahkota yang diperbuat daripada kadbod di atas kepalanya. Dia juga memakai cape dan di tangan kanannya ada pedang mainan eco rm 2.00. " hah kemas leklok ! Jangan ada satu habuk pun tinggal ! "
Hanse separuh berbisik sambil menyapu kaki Sejun. Geram. " ishh hyung lah ni. Dah tahu pak cik tu geli tikus pergi bagi buat apa "
" sapu tempat lain lah ! Eee " Kebetulan pula tugasnya adalah mengemop lantai jadi memang sengaja dia mop kaki Hanse tu seraya berkata " jangan kata hyung, tah tah meja tu pun tak tahu kalau dia nak roboh hari ni ". Maka dengan itu, tercetus lah perang menyapu serta mengemop kaki antara satu sama lain.
" oi oi yang sana tu ! Nak kena sanjung kepala ke hah main main ni " ayokk putera Subin dah murka. " eehh budak belum darjah 1 ni. Ayat pun tunggang terbalik nak jadi raja. Pancung lah bukan sanjung ! Kau nak sanjung kepala orang mati buat apa " Subin terus membuat rolling eyes sebaik sahaja dia ditegur oleh Sejun. " what-tever . shape raja sekarang ni ? " ingat Subin senang je nak beralah macam tu ? Sedang mereka berdua bertekak pasal benda kecil, kelihatan Byungchan datang dari dapur sambil membawa botol susu kemudian dihulurkan kepada Subin. " ampun tuanku, ini minuman yang tuanku pesan "
" ampun tuanku , tolong alihkan kaki tuanku. Kaki tuanku yang berat macam gajah ni dah menghalang patik dari vacuum carpet ni " Heo Chan mencelah. Subin cepat cepat alihkan kaki risau nanti dia pulak ada dalam bekas vacuum.
" tuanku, patik dah siapkan kerja menyapu. Boleh patik rehat sekarang ? " kata Hanse yang keletihan. Cehh letih lah sangat, padahal baru sapu 2 tiles je. " eehh ! Mana boleh lepas sapu pergi lah buang sampah sana " ewah ewah tak padan dengan kecik nak arah orang pulak. " tuanku, patik dah siap vacuum, boleh patik tengok cerita pororo ? Dah nak mula dah ni " Heochan dah matikan suis vacuum. " heh jangan harap! Gi cuci tandas sana. Beta tak akan seshekali berlembut dengan hyung beta walaupun hyung kesayangan "
" tuanku ! Patik nak terkencing ni ! Boleh tak patik pergi tandas dulu? " nampak keresahan kat wajah Sejun tu sebab tak tahan. " tak boleh ! Mop sampai licin dulu ! " tak semena-mena susu dari dalam botol menitik-nitik di atas lantai sebab tangannya sibuk dihayun ke sana ke mari mengenai kawasan yang belum habis mop.
Sejun terlopong. Selama ni dia susah payah mop sesenang je budak tak cukup pelajaran tu tumpahkan susu ? Ini tidak boleh dibiarin !
Hidung Hanse pun dah kembang kempis. Geram dengan budak yang senang lenang je dapat susu tapi tak buat pape ni ! Ni nak marah ni ! Heochan dah ready nak berperang remote. Cartoon lagi penting dari kemas rumah !" weyh Sejun pegang aku jap " Sejun terus memegang lengan Hanse. " yahh ! Kalau Subin nak tahu Subin ni anak pungut je tau ! Omma kutip Subin kat tepi tong sampah tu . Eeee sib baik Sejun hyung halang tauu kalau takk dah lama hyung hantar balik kat tempat asal Subin tepi tong sampah tu ! " haaa amek kau ! Kan hanse dah marah.
" prftt gila ke budak ni ? -,- " bisik hati Sejun.
Tiba-tiba...
" Hoii Byungchann ! "
Terkejut dengan jeritan Seungsik yang macam nak masuk opera tu Sejun terkencing dalam seluar. Subin pula dah meleleh air mata. Bukan sebab terkejut tapi sebab kena panggil anak pungut.
" asal kau conteng proposal aku hah ?!?? " nada suara Seungsik dah macam guruh yang berdentum. Berciciran budak budak tu lari tinggalkan Byungchan sorang sorang. Takut punya pasal. " haaa mesti kau pelik kan camne aku boleh tahu . Ni ada nama kau. Explain sekarang " . Byungchan memandang Seungsik sambil terkebil-kebil. Tak faham dia dengan orang tua ni. Tetiba je tuduh melulu dah apahal ? " eee tak yah buat mata comel lah ! Explain now "
YOU ARE READING
𝑽𝒊𝒄𝒕𝒐𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 [✓]
Fanfictiontenuk tenuk kesayangan Seungwoo ❤️✨ Story ini tidak menjanjikan hiburan seperti yang anda expect tapi saya berani jamin telatah anak anak Seungwoo sangat lah comel. Ok bye.