Hari Malang

488 53 17
                                    

Seungwoo membuat regangan sebaik sahaja bagun dari tidur. Dia berharap bahawa sesuatu yang baik akan berlaku sambil tersenyum lebar. Mana tak nya hari ni birthday dia woi. Selang 10 hari dengan birthday Heochan. Dia kemudian mencapai telefonnya, mana la tahu isteri tercinta wish happy birthday kan. Tapi apa yang dilihatnya adalah

Kemaskan baju Subin dengan kelengkapan susu. Masuk dalam bakul lepas tu hantar dekat taska. Petang nanti terus ambil dia, kalau balik awal lagi bagus. Tak ada la dia bosan dekat sana.

Sent 6:05 a.m

Dia mengeluh. Tak habis habis risaukan pasal anak. Baik risaukan pasal dia daripada anak yang berperangai macam monyet. Selesai sahaja mandi dan menyiapkan sarapan pagi dia terus mengejutkan anak anaknya.

" Sejun, Heochan bangun. Hari ni sekolah dan appa tak nak kamu berdua lambat " ujar Seungwoo sambil menyelak langsir bilik anaknya. Sejun dan Heochan langsung tidak bergerak dari katil. " bangun... Nanti kena denda jangan cakap appa tak kejutkan " mereka hanya mengangguk kecil tapi masih tidak berganjak. Di sebabkan tak nak membuang masa dengan mereka berdua, Seungwoo menuju ke bilik Hanse. Apa yang dilihatnya amat mengejutkan. Atas cadar katil ada peta dunia!!!

Nampaknya ni petanda buruk. Tak akan ada hari yang baik monolog Seungwoo pada diri sendiri. Malas nak jerit awal pagi dia terus angkat Hanse masuk dalam bilik air. Tak lama selepas itu mereka pun terdengar jeritan terkejut Hanse hoho.

Sebaik sahaja kesemua anaknya bangun mereka berenam terus duduk di meja makan. Byungchan memang senang nak kejut, jadi tak ada masalah bagi Seungwoo. Subin pula biar tidur pun tak apa sebab nanti nak hantar pergi taska while Heochan kepala dia dah terhantuk dekat meja makan sebab ngantuk sangat. Hanse makan nak tak nak je sebab masih terkejut dengan kejadian tadi.

" jangan lah macam ni. Appa penat lah kalau hari hari macam ni "  Seungwoo memberitahu isi hatinya pada mereka.

" kalau penat appa cakap lah dengan omma jangan lahir kan kami lain kali!  " haaa tu dia jawapan dari Hanse. Budak kecil mana tahu apa hoho. Seungwoo hanya mendiamkan diri.  Bukan apa orang kata kalau berdebat pagi pagi ni tak elok. Lagipun hari ni birthday dia so buat apa nak rosakkan hari yang indah? Ye tak? 

Sedang seronok dia bermesra dengan anak kesayangan tiba tiba telefonnya berdering.

Woi Seungwoo kau ingat ni office ayah kau ke? Kau ingat kau bos ke nak datang lepas pukul 8?

Suara di hujung talian separuh menjerit. Seungwoo melihat jam di dinding. 20 minit lagi nak pukul 8!

O-ok aku datang sekarang

Dia terus mematikan talian. " ok anak anak, sarapan dah habis! Jom kita pergi sekolah! " seungwoo segera meletakkan pinggan dan mangkuk ke dalam sinki. Byungchan yang baru nak habiskan suapan terakhir pun tak sempat. Muka Heochan yang dipenuhi susu kokokrunch terus dilap olehnya. " dah semua masuk kereta cepat! " Seungwoo meluru ke arah kereta sambil mendukung Subin. Abang abang dia semua terpaksa sekolah, seronok la dia sebab boleh sambung tidur dan tak payah tergesa gesa.

" cepat lah Sejun hyung!! Pakai kasut pun lambat ke??  " Hanse menjerit dari dalam kereta.

" alaaa appa!! Sejun tak tahu nak ikat!  " Sejun mula merengek. Ditunjuknya tali kasut yang dah terbelit di jarinya pada Seungwoo.

" tu la appa dah cakap hari tu. Beli je kasut yang lekat lekat tu.. " ujarnya sambil menolong Sejun mengikat tali kasut.

" appa cepat lah! Appa ni lambat lah!  " Hanse menjerit lagi. Haihhh anak orang ni, makan pelempang kang. Orang pagi pagi makan lempeng mu pagi pagi makan lempang nak? " ok dah cepat masuk kereta " Seungwoo melihat jam. Ok ada lagi 10 minit.

 𝑽𝒊𝒄𝒕𝒐𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 [✓] Where stories live. Discover now